Monday, June 10, 2013

# Something in my head

Taska Jabatan Bakal Ditubuhkan?

Assalamualaikum!~

Nampaknya keluhan staff jabatan mula mendapat perhatian dari pihak pengurusan. Memang dari zaman Kak Ijat jadi Menteri Pembangunan Wanita dulu, benda ni dah disaran dan diwajibkan di setiap jabatan. Sampai orang tu dah 'pencen' benda ni masih tak nampak bayang.



Alhamdulillah, sekarang sinar mulai terang ekekeke. Bermadah pulak kiter (^_^) Aperpun, bancian taska ini diharap menjadi suatu permulaan yang baik untuk staf JMM khususnya. 

Kebanyakan staff di sini wanita dan masih beranak kecil. Kebanyakan mereka juga menghantar anak-anak either ke rumah pengasuh berdekatan rumah or taska yang berhampiran pejabat (macam Kenit). Petang balik dah terkejar-kejar pulak nak mengambil anak sebab nak kejar masa. Kalau lambat ambil, kena charge OT pulak ke pengasuh/taska tu.

Bila dah tertubuhnya taska jabatan ni nanti, staff JMM mudahla menghantar dan mengambil anak mereka.  Takdala terkejar-kejar nak amik anak.  Pergi bersama balik pun bersama. Paling konvenien bagi ibu-ibu yang breastfeed kan? Barulah senang hati mak pak kalu anak-anak sentiasa dekat dgn diaorg, toi dak? hehe.

P/S: Jeles tengok MPC sebelah dah ada taska. Anak mak pergi keje sesama, balik sesama...

10 comments:

  1. ada dengar dari En.husband dkt Politeknik nak buat satu taska..tp xtaulh jadi ke x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jadi alhamdulillah kak. Ni pun baru bancian harap2 adalah kesinambungannya nanti..jangan diam je macam tahun2 lepas.

      Delete
  2. A'a benda nie mmg dah lama dengar..tapi sampai sekarang tak nampak bayang pun.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan farah, benda ni dah lama diwajibkan. Sambutan pun cukup menggalakkan tapi tahap pengurusannya macam endah tak endah je.

      hopefully this time, they take it seriously.

      Delete
  3. Assalamualaikum. bagusnya. memang wajib la buat. kan menyenangkan kaum ibu yang bekerja kan.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sheila...

      memang banyak senang kalau benda ni dilaksanakan. Kesian ke para ibu macam Kenit ni ekekekeke.

      Delete
  4. untung la mane tempt yg dah ade tu..senang sikit kot2 anak kehabisann susu...dulu2 membe asyik ulang alik dri kl ke puchong aje...sebb susu anak abes...kebetulan die memang x bg susu formula kat anak die

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sheyla...

      ni semua untuk kemudahan para ibu yang masih breasfeeding lagi. Kesian jugak Kenit tengok kadang2, mana ibu yang banyak susu tu sampai 4/5 beg susu disimpan..tak cukup tempat dah.

      Delete
  5. yelah sis dengar nak buat..tapi ada je tangguh sana tangguh sini,kan.senang..tengok kawan2 yang kerja gov ni..pergi kerja sama2 dengan anak.kalau anak demam senang nak jengok.

    yang kerja swasta terkejar2..hantar anak kat area rumah then baru pergi office.ada jugak kawan yang hantar anak berdekatan office.nak buat macam mana huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah realitinya kak lea. Tu sebab kami berharap sangat kali ni jabatan betul2 laksanakan apa yang tertangguh. Dah PJ ni jam sokmo, nak tempuh bulatan dan simpang, memang boleh tensi dibuatnye hehehe.

      Delete

Apa kata korang?