Friday, June 07, 2013

# Lelaki

Tian Chua Bersama Jemaah Masjid - Doaku Buat Dirinya.

Assalamualaikum!~

Tiada pemandangan seindah yang Kenit lihat di hari Jumaat yang penuh barokah ini melainkan sekeping foto yang Kenit dapati dari facebook. 

Berkelip-kelip sepasang mata ini tatkala melihat susuk seorang lelaki Cina menyantuni jemaah yang hadir di suatu majlis ceramah Isra' Mikraj di Masjid Sayidina Ali, Kg Padang, Balang.

sumber: instagram

Jika anda seorang muslim yang baik, maka titipkanlah doa buat beliau, moga Allah berikan taufik dan hidayahNya kepada beliau. Tiada apa yang menggembirakan kita sebagai umat Islam melainkan menerima saudara baru dalam keluarga besar kita. Allahuakbar.

Indahnya Islam itu, sehingga memikat hati beliau untuk berpakaian persis seorang muslim. Allahurobbi....

Mungkin ada yang mengatakan, Kenit hanya bermimpi disiang hari untuk melihat beliau menerima Islam. Namun, melihat beliau begitu menyantuni orang Islam yang bukan dari kalangan bangsanya sudah cukup membuat Kenit kagum.

Jangan pula ada mulut 'busuk' mengatakan non-muslim tidak boleh masuk masjid. Mereka amatlah digalakkan sebenarnya asalkan pakaian menutup aurat dan menjaga kesopanan dan akhlak ketika berada di rumah Allah.

P/S: Sedikit muhasabah buat diri kita, jika non-muslim berada di masjid pada malam Isra' Mikraj, dimanakah kita yang muslim ini? Di masjid atau di rumah menonton Kilauan Emas?

6 comments:

  1. doakan yang terbaik untuk mereka..

    ReplyDelete
  2. Tq, dah habis, tapi trauma masih ada, hehehe. Nak sejukkan otak dulu sebelum lawat pangkalan Tedi.. Ada Kilauan Emas ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hehe. Kilauan emas dah habih, skrg dok ada AF hehe. Same je la tu...(^_^)

      Delete

Apa kata korang?