Tips & Doa Untuk Elak Jadi Mangsa Rogol - Peranan Lelaki

Saturday, June 15, 2013

Assalamualaikum!~

Apa perasaan anda jika isteri/adik perempuan/kakak/ibu anda menjadi antara salah seorang mangsa statistik rogol dan jenayah? Tentunya anda tidak mahu ia terjadi bukan? Lelaki diberikan tanggungjawab dan amanah oleh Allah s.w.t untuk menjadi pelindung kepada wanita bukan perosak wanita.


gambar hiasan

Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." 
(Surah an-Nisa, ayat 34)

Tanggungjawab lelaki/para suami bukan setakat memberikan nafkah buat wanita yang dibawah tanggungan mereka. Lelaki sebagai pemimpin dalam konteks masyarakat perlu bertindak menjadi pelindung kepada wanita secara keseluruhannya.

Akhlak yang baik bermula dari rumah. Begitu juga ingin menjadi lelaki yang bertindak sebagai pelindung perlu bermula dengan diri sendiri. Menuding jari menyalahkan antara satu sama lain tidak menyelesaikan masalah. Apa yang perlu dilakukan adalah check diri sendiri dan betulkan mana yang salah.


Peranan Lelaki

Jauhi DAYUS - Ayah/suami bertanggungjawab memastikan penampilan ahli keluarga mereka sentiasa dalam keadaaan sopan khususnya d khalayak ramai. Adalah DAYUS bagi seorang lelaki membiarkan anak bini mereka mendedahkan aurat untuk tatapan orang yang bukan mahram.

Sahabat Nabi mendatangi Baginda dan bertanya apakah nasihat yang Baginda boleh berikan kepada mereka untuk dilakukan kepada isteri-isteri mereka, dan Baginda menjawab:


"Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Di penderhaka kepada ibubapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si LELAKI DAYUS."
(H.R Ahmad dan An-Nasaie; Albani mengesahkannya sahih : Ghayatul Maram, no.278)

DAYUS YANG BAGAIMANA?

  • Dia yang membiarkan anak/bini/ibu/adik perempuannya berpakaian mendedahkan aurat dan dia sekadar senyap tanpa bertindak untuk menegur untuk memperbetulkannya.
  • Dia yang melihat kemungkaran dilakukan oleh isteri dan ahli keluarganya namun dia tidak berusaha mengubahnya.

SOLAT - Solat terbukti dapat mencegah diri kita dari melakukan perbuatan yang terlarang. Namun, ada juga yang solat tapi masih berbuat kemungkaran. Maka, perlu diperiksa semula adakah solat kita itu solat yang berkualiti atau sekadar solat yang memenhui kehendak orang lain. Solat yang baik akan memelihara pelakunya baik dari segi sahsiah mahupun keperibadian. Dirikanlah sembahyang dengan khusyuk dan penuh tawadduk untuk memohon perlindungan dari Allah.

Firman Allah s.w.t bermaksud:


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
  (Surah Ali `Imran: 110)


PUASA - Antara tujuan berpuasa adalah mendidik nafsu (syahwat) dan membentuknya agar ia dapat dikawal. Dengan berpuasa kita dapat mengawal pancaindera dari melakukan/melihat perkara yang boleh 'merosakkan'.

Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:


 “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam badan anak adam melalui saluran darahnya, maka sempitkanlah laluan syaitan itu dengan berlapar."

Dari sabda Nabi s.a.w di atas, jelas bahawa amalan puasa dapat mengekang musuh Allah kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh (bagi manusia) dan musuh (syaitan) tidak akan kuat melainkan dengan pengantaraan syahwat. Justeru dengan berlapar sesorang itu dapat mematahkan keseluruhan syahwatnya yang menjadi alat bagi syaitan untuk menggoda manusia.



Majlis Ilmu - Dekatkanlah diri anda dengan majlis-majlis ilmu semoga jiwa dan hati anda sentiasa dipenuhi dengan ketenangan. Jadikan 'taman-taman syurga' yang berdekatan dengan rumah anda sebagai tempat WAJIB untuk dikunjungi, bila hati dan jiwa tenang disuluhi dengan ilmu agama maka hati anda akan tertutup untuk melakukan maksiat.

Perbanyakkan solat berjemaah dan hadir kuliah di masjid instead of melepak di kedai mamak dan menghabiskan masa dengan berborak kosong. 



Sukan - Aktifkan diri anda dengan bersukan. Bukan saja dapat menyihatkan tubuh badan dan kecerdasan minda. Bila minda cerdas insyaAllah ia akan menjadikan pemikiran anda lebih positif dan pasti akan mendorong anda juga untuk melakukan perkara yang baik (positif)



Amal kebajikan - Dekatkan diri dan keluarga anda dengan amal kebajikan. Melawat rumah-rumah anak yatim dan memberi sumbangan kepada yang memerlukan boleh membersihkan jiwa dan membuat hati sentiasa tenang. Ketahuilah syaitan tidak suka dengan orang yang melakukan perkara baik dan menjauhkan diri dari maksiat. Jika kita nak tewaskan syaitan maka mulakanlah dengan membuat amal...insyaAllah.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:


"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat; dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahala di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan."
(Surah Al-Baqarah, ayat 110)


Bercampur dengan orang baik - Kata mak, jika kita berkawan dengan orang baik maka kita akan jadi baik. Begitulah sebaliknya. Carilah teman yang boleh membawa anda ke jalan yang diredhai Allah, yang mengajak anda melakukan perkara baik, yang boleh menegur anda seandainya anda melakukan kesalahan dan sebagainya. Juga, dekatkanlah diri anda bersama para alim ulama. InsyaAllah hidup anda akan menjadi lebih berkat dan anda tidak akan ada hati untuk berbuat maksiat dan kemungkaran.



Berdoa - Doa adalah senjata orang mukim. Maka gunakanlah kelebihan anda sebagai orang Islam untuk memohon kepada Allah agar diri anda sentiasa terhindar dari melakukan perkara yang boleh merosakkan iman anda. Antara doa yang boleh dikongsikan di sini:


foto ihsan :darussyifa.org

Kesimpulannya, perubahan bermula dari dalam diri kita. Pilihan yang baik akan mendatangkan manfaat yang baik. Tapi, pilihan yang buruk akan mengakibatkan kesudahan yang buruk bukan saja pada diri kita malah pada orang lain. Wallahualam~

Selami juga peranan wanita:

You Might Also Like

6 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM