Lelaki Juga Boleh Dikecualikan Dari Berpuasa.

Sunday, July 28, 2013

Assalamualaikum!~

Agak-agak suke tak orang lelaki kalau baca title di atas?hehe. Perempuan kalau tak berpuasa kita tau dah sebab apa. Sebab paling besar yang tak boleh dielakkan dan sangat dibolehkan untuk tidak berpuasa adalah bila 'datang bulan', kuar darah nifas pas bersalin atau kerana menyusukan anak.


gambar hiasan - google

Lelaki? 'bulan' pun tak pernah timbul-timbul, yang lain lagi takkan timbul muehehe. 

Seperti dalam bab solat, Islam juga memberikan rukhsah dalam bab puasa. Islam juga menggariskan beberapa keadaan di mana kefarduan berpuasa ke atas umatnya baik lelaki mahupun wanita gugur. Walaubagaimanapun, kelonggaran yang diberi tidak boleh dianggap sebagai mutlak kerana ia perlu ditebus dengan amalan lain.  

Kelonggaran yang diberikan Allah pada orang-orang yang dibolehkan tidak berpuasa perlu mempunyai beberapa syarat yang telah digariskan.


1) Tidak Berpuasa dan Wajib Ganti

  • Dibenarkan tidak berpuasa (berbuka) ke atas lelaki-lelaki yang sakit tetapi berpotensi (ada harapan) untuk sembuh serta mereka yang dalam perjalanan (musafir). Ini jelas dinyatakan dalam al-Quran, surah al-Baqarah (2), 184:

    "Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam perjalanan, wajiblah dia menggantikannya pada hari-hari yang lain."

Firman Allah ini disokong oleh banyak hadis Rasulullah melalui riwayat ulama muktabar seperti Imam Ahmad, Abu Dawud, Baihaqi dan lain-lain dengan sanad yang sah. Penyakit yang mengharuskan tidak berpuasa ini merujuk kepada penyakit berat yang akan menjadi lebih buruk atau melambatkan sembuh sekiranya pesakit berpuasa. 

Keadaan ini boleh ditentukan berdasarkan pengalaman, nasihat doktor/pakar ataupun sangkaan kuat (ghalabah al-zann) yang biasanya boleh disimpulkan berdasarkan situasi semasa pesakit.  

  • Orang-orang sihat yang dikhuatiri ditimpa penyakit atau masalah kesihatan yang serius sekiranya berpuasa. Begitu juga mereka yang kebuluran atau kehausan melampau sehingga boleh membawa kemudaratan kepada diri atau nyawa mereka seandainya diteruskan berpuasa, walaupun dia seorang yang sihat dan tidak bermusafir.

  • Bagi orang-orang yang bermusafir, tahap kesukaran perjalanan mereka tidak diambilkira dalam penentuan kebenaran berbuka. Samada mereka bermusafir berjalan kaki, berkenderaan unta, kereta, keretapi, kapal laut atau kapalterbang – semuanya diberikan kelonggaran yang sama selagimana perjalanan mereka adalah atas tujuan yang diharuskan agama dan membolehkan mereka memendekkan (qasar) solat (perjalanan melebihi 2 marhalah = 93 km).

2) Tidak Berpuasa dan Wajib Fidyah

  • Rukhsah diberikan untuk tidak berpuasa kepada orang-orang tua, orang sakit yang tiada harapan sembuh, orang-orang yang sulit melakukannya, mereka yang melakukan pekerjaan berat dan mereka yang menerima hukuman kerja berat dalam tahanan (sekiranya ada).

  • Tiga bentuk keuzuran pertama boleh terjadi kepada lelaki dan wanita manakala dua jenis kemaafan terakhir lebih menjurus kepada golongan lelaki sahaja. Semuanya diberikan pengecualian berpuasa sekiranya amalan itu terlalu memberatkan mereka.

  • Bagaimanapun, sebagai tebusan, semua mereka diwajibkan pula memberi makan seorang miskin secupak makanan ruji atau yang mengenyangkan bagi setiap hari Ramadhan yang ditinggalkan tanpa perlu mengqadakan puasa berkenaan.

    Dalam konteks ini, dalil Qurani yang berkaitan juga terdapat dalam surah al-Baqarah (2), ayat 184:
    Dan wajib bagi orang-orang yang sulit melakukannya (tidak terdaya berpuasa), membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin.

  • Dengan kata lain, mereka adalah orang-orang yang tidak sanggup atau tidak terdaya menunaikan kewajipan berpuasa atas alasan-alasan yang munasabah dan diterima Islam, tidak terhad tetapi termasuk perkara-perkara yang dibincangkan di sini.

  • Berkaitan mereka yang bekerja berat, antara kerjaya sarahidup yang dimaksudkan adalah seperti di tempat-tempat yang melibatkan kepanasan api (contoh: industri pengeluaran batu-bara/arang, penempaan kaca/besi), buruh-buruh pembuat jalanraya di bawah panas terik matahari atau pekerja-pekerja binaan yang memerah keringat dari pagi hingga senja. Semua ini sememangnya tanggungjawab kaum Adam sebagai ketua keluarga.

Benar dan tepat sekali firman Allah dalam surah al-Hajj (22), ayat 78


"Dan tidaklah Allah menyebabkan timbulnya kesulitan bagimu (menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah) dalam urusan agama."
sumber : yahoo

You Might Also Like

14 pengomen comel

  1. bagaimana pula kalau x pose dgn sengaja xnpe ad sbb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adapun jika lelaki itu tidak berpuasa dengan tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak atau disebabkan keuzuran, maka boleh jadi dia termasuk dalam golongan yang 'lelaki yang wajib qada' puasanya dan bayar fidyah (sekiranya bertunggak bertahun2)' Lelaki jenis ini juga wajib bertaubat segera. Wallahualam.

      Delete
  2. alhamdulillah, terima kasih atas perkogsian ni..boleh buka puasa, tapi bersyarat juga..hehe..salam ramadhan..:)

    ReplyDelete
  3. tak lama lagi yumida jadi musafir
    perjalanan 11 jam balik ke kpg
    siap bawak bekal lagi dlm keta..kikiki
    tp hb yumida puasa..camana tu??? hikhik
    iman dia kuat..yumida je x puasa jd musifir
    nnti puasa akan diganti jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe semoga kak yumida dan husband selamat sampai ke destinasi nanti. Kalau kuat iman tak jadi masalah malah itu adalah tanda kekuatan dan ketinggian iman dalam diri...alhamdulillah :).

      Delete
  4. info bagus... tapi tak bleh buat selalu lah... hehe... ada sebab baru bleh tak posa...SELAMAT HARI RAYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu, rukhsah adalah untuk meringankan bukan dibuat ringan-ringan :). Terima kasih sahabat.

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM