Abg Burn Bagi Burger Bakar FREE!!

Tuesday, February 25, 2014


Assalamualaikum!

Actually, lama dah tahan tekak ni dari 'godaan' kolesterol, tapi offer Abg Burn kat fanpage dia melampau hebatnya! Tak bisa kusanggah lagi muehehehe. Dari minggu lepas lagi, Abg Burn ada buat offer 'Buy 1 FREE 1 burger' dan offer tersebut masih 'terngiang-ngiang' di fanpage Abg Burn! 


Voucher SAH dari 21hb Feb hingga 2hb Mac 2014

Macam yang aku cakap selalu, sekali aku dah suka selagi boleh aku akan setia! Begitu juga lah kisahnya ngan Burger Bakar Abg Burn. Sehingga ke saat ini, aku hanya boleh telan burger Abg Burn je hehe. Yang lain bukan tak mo mencuba, tapi belum sempat nak mencuba lagi. Lagi pun, style Pak Jelan macam aku jugak, susah nak try benda lain kalau dia dah suka yang ni!

Lagi satu, cawangan burger bakar Abg Burn dekat ngan rumah aku. Samada cawangan di Ampang Dagang Foodcourt atau di Bandar Sri Permaisuri dua-dua pun dekat ngan umah aku. So, tak susah nak cari 'port' makan hehe.




Semalam aku print voucher ni dari fanpage Abg Burn. Satu untuk aku dan satu lagi untuk opismate. Kalau ikut tekak dan perut buncit ni memang nak print banyak-banyak dan beli banyak-banyak, tapi tak perlu begitu tamak sebab nanti jenuh nak kasi perabih itu burger! hehe. Sungguh! memang payah nak kasi perabih sebiji burger Abg Burn ni tau dak!




Lepas maghrib, aku angkut dua budak kenit ni ke Bandar Sri Permaisuri. Pak Jelan outstation, maka inilah masanya aku nak berjimba bersama anak-anak kan hehe. Alaaaa sekali sekala makan-makan ngan anak-anak, kasi motivasi sikit kat diaorg .... dan kat diri sendiri hehe. Aku suka service kat sana, diaorg cepat dan very friendly. Stok pun sentiasa ada untuk customer, jadi semua orang pun dapat merasa keenakan burger bakar Abg Burn.

Mira nak makan terus burger kat situ, tapi aku tak bagi. Tau-tau je la burger macam tu punyer 'gemuk', macam mana la aku nak kontrol ayu depan orang gigit sikit demi sikit. Padahal, baunya pun dah boleh bikin aku bertukar jadi singa lapo! muehehehe. Takde! takde! kita balik makan kat umah je, senang sikit ibu nak nganga mulut ni besar-besar dan ngapppp! Kat umah, ko nak makan style kuak lentang pun takpe orang tak nampak kannnnnnnn ekekeke.


Mira suka betul dengan minuman yogurt Yeo's ni.

Macam yang voucher tu 'cakap', Buy 1 FREE 1. So, aku order Double Beef Burger (DBB) berharga RM15.00 dan aku dapat FREE 1 Burn Ori Beef Burger bernilai RM7.50. Opkos, DBB aku yang punye hehe. Kakak pulak amik Ori Beef, sementara Mira pilih set meatball RM9.90. Set meatball tu saja aku tambah sendiri pasal Mira suka benor ngan meatball tu. Dia tak berapa suka sangat ngan burger pasal 'trauma' nampak sayur dan sos cili hehe. Kalau sos blackpepper tu laju je dia bedal!


Dinner orang-orang bujang hehe

Punye la lapo masing-masing, sampai umah basuh kaki tangan terus terkam burger masing-masing. Maunye tidak, masa ni dah dekat kul 9.30pm kot! Lapo kedarah doh time ni hehe.


Double Beef Burger - tebal giler daging dia!!

Ori Beef - asalnya burger ni ada sos,
tapi aku mintak tukar ngan cheese. Tambah RM1 je.

Set meatball - kesukaan Mira, tak pernah mengecewakan!

Ha ko! melopong terus dapat makan meatball haha

Adoii! puteri tak makan sayur ni, sanggup kuarkan sayur letak tepi

Tak puas ati lagi tu! final spotcheck ekekekeke

Ini namanya senyum simpul kambing, senyum tak nampak gigi.
 Malu nak tunjuk gigi reput kat depan tu hehe.
Tapi, meatball ni memang sodap! Mira dah approve!

Gambar aku je takda dalam ni, malas nak letak gambo makan sambil mulut comot sos bersememeh kat pipi hahaha. Budak-budak kalau comot sekalipun, tetap comei. Tapi, kalau mak budak makan comot pastu tunjuk 1 Malaysia, memang tak senonoh jawapnya tu! ekekeke.


Mineeeee! Jenuh la nak kasi perabih!

Mula-mula makan burger ni, ingat boleh kasi ngap sekali dua lapis daging burger tu. Last-last, aku give up, makan selapis demi selapis hahahaha. Tebal giler kot!! Bibir aku pun takde tebal ini macam tau! Layannnnnnn

Korang jangan cakap telio telio je! Ni Abg Burn dah kasi offer baekkkkkk punya! Kalu korang takda plan nak diet atau yang sewaktu dengannya, boleh la korang terjah mana-mana cawangan burger bakar Abg Burn sebab offer Buy 1 FREE 1 ni sampai 2hb Mac 2014 AJE!! So, apa lagi korang print je la voucher yang aku tepekkan kat atas sekali tu. Voucher (black and white pun diterima) tu korang 'persembahkan' kat cashier masa buat order nanti (^_^).


P/S: Aaahhh! lupa pulak nak pesan, jangan lupa TULISKAN NAMA, EMAIL DAN NO. TEL kat bahagian bawah voucher tu sebelum beri pada cashier. Mana tau korang terpilih untuk menang voucher FREE bernilai RM30!!



You Might Also Like

20 pengomen comel

  1. semua orang boleh pakai y print ke?ingatkan untuk 30 pemenang je

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehe takpe, kenit pun lupa nak pesan yang tu tadi. Sekarang dah update! (^_^)

      Delete
  3. bila tengok burger kat sini,dah teringin pulak nak pi jugak makan burger abg burn nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai 2hb Mac je ni kak. Kat Johor pun ada cawangannya :)

      Delete
  4. siap promote lagi yer kak..wahh sedapnya teliur kita nampak wahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah, cepat2 rembat voucher kat atas tu tau hehe :D

      Delete
  5. Terliur betul tgk burger abg burn ni heheh

    ReplyDelete
  6. wah....singgah untuk klik tabung nuff...sekarang nuff berkeliaran...

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lak rasa...tgk meatball mcm sedap jer...yummy

    ReplyDelete
  8. nak ajak hubby try gak la..mcm sedap ajer

    ReplyDelete
  9. waahh sedap tu..tergoda dengan meatball..nyummylicious!

    ReplyDelete
  10. Pnh rasa sekali.. Daging sedap dr yg ayam kot..

    ReplyDelete
  11. Pieww.. terbaik... lapar pulak bila tengok gmbr2 burger tu.. best.. :)

    ReplyDelete
  12. Sedapnya tgk burger gemok2 tue kenit.. mmg berbaloi2 la offer tue.. kalau la ada cawangan dia kat sini.. confirm2 p dah nie..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM