Breaking

Monday, April 28, 2014

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan.



Assalamualaikum!


Jepun merupakan sebuah negara paling berisiko di dunia! Mana taknya, dengan ribuan gunung berapi yang aktif setiap tahun, serta insiden gempa bumi yang tidak putus-putus melanda rakyat negara itu, telah meragut lebih seribu nyawa setiap tahun.


Namun, ironinya negara Jepun sangat dicemburui oleh negara-negara membangun lain bukan kerana gunung berapinya yang 'ganas' tetapi kerana rakyat Jepun mempunyai sikap cekal yang tinggi, tahap displin yang baik serta tidak mudah berputus asa.


Maka, tak hairanlah negara matahari terbit itu kini antara model negara contoh di rantau Asia dan di peringkat antarabangsa.

Rahsia??

1. Di Jepun, diajar pada awal sekolah rendah hingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakan "Jalan kearah Akhlak" dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation).

3. Jepun walaupun salah satu negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan ke atas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama guru-guru mereka. Faktor ini membawa kepada kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat ke arah kebersihan.

5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah disterilkan (disinfected), dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap hari selepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia muda.




6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai "Jurutera Kesihatan" yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Dilarang menggunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat tertutup, dan perlu disetkan kepada mode "silent" sebagai menjaga akhlak/etika.

9. Jika anda pergi ke restoran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan tidak akan meningglakan apa-apa lebihan makanan di dalam pinggan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

It is all about attitude and discipline. 

Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini.

#pray4MH370


14 comments:

  1. susah nak implement kat msia... tapi kalau semua set nak implement, msti berjaya...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kenit.. maju betul depa. pandai pula displin gila.. serius jeles.. singgah menabung huawei sini~~~

    ReplyDelete
  3. Lecturer jepun sy dulu pernah cite benda ni sume kat sy masa dia kat jepun dulu.

    ReplyDelete
  4. Bolehkah Malaysia jadi macam Jepun, susah orang kita nie :)

    ReplyDelete
  5. bagusnya orang Jepun..salute

    ReplyDelete
  6. contoh yang baik untuk kita contohi..mungkin rakyat malaysia ni 'manja'..huhu

    ReplyDelete
  7. Perkara2 yg baik spt ini mmg seharusnya kita contohi & praktikkan... hait!!!
    T kasih atas perkongsian kenit.. :)

    ReplyDelete
  8. bagusnye org jepun ni. diorg pun memang berdisiplinkan dlm menepati masa.

    ReplyDelete
  9. Kemajuan tidak beerti kebahgiaankan.kadar bunuh diri sangat tinggi diJepun..mesti ada yang kurangkan

    ReplyDelete
  10. Jepun memang maju walaupun negara kecik kan

    ReplyDelete
  11. Sebab tue la depa maju kan.. kta pn ptt contohi depa utk maju lg.. =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.