Saturday, April 05, 2014

# Denaihati.Com

5 ENTRI PALING POPULAR DENAIHATI.COM

Assalamualaikum!

Sejauh mana korang pembaca setia blog Denaihati.com? Satu benda yang sangat pasti, kini dengan rasminya aku adalah pembaca setia blog Denaihati.com!

Tak pernah lagi aku membelek entri-entri dari mana-mana blog 'sejauh' 2 tahun! haha. Bila peluang diberi, takkan nak lepaskannya dak? Dalam proses membelek-belek tu, aku sempat menerjah beberapa entri lama yang paling popular di kalangan pembacanya.  

Entri-entri ini adalah yang paling popular di blog Denaihati.com. Jumlah sebaran pun sangat mengagumkan aku, sebab entri-entri di blog sendiri ni pun tak tercapai lagi angka tu.

Jadi, korang nak tau entri mana yang paling popular tu? Jom kita buat countdown sedikit ye hehe.

5 ENTRI PALING POPULAR DENAIHATI.COM!





Entri yang turut diselitkan video boleh dijadikan pengajaran buat hamba-hamba Allah yang masih merokok. Peringatan dah diberi dan fatwa dah dikeluarkan. Mungkin ada baiknya, kita melihat kembali dimana silap kita dan cuba mengubahnya agar generasi baru yang kita bakal kita lahirkan ini bukan generasi yang rosak akhlak dan pemikirannya. Wallahualam.
En




Pakej eQurban yang dipromosikan oleh team Denaihati ini sangat menarik, dimana eQurban Resources sebuah syarikat peneraju qurban dan aqiqah di Kemboja menyediakan package Aqiqah Ramadan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM250 untuk satu bahagian lembu dan RM550 untuk seekor kambing. Pesanan Aqiqah Ramadan boleh buat secara online di eQurban.com





Haaaaa time ni isu saman aes memang hot kot! hehe. Menangis jugakla kalau kena sama aes ni! Jadi, perkongsian info oleh Denaihati.com tentang bagaimana kita nak semak saman aes secara online sedikit sebanyak membantu pengguna jalanranya. Paling leceh dan paling tak suka kalau kena saman ni! So, elakkan diri anda dari disaman! hehe.



gambar hiasan

Time bulan puasa, memang inilah yang dicari-cari kan? Antara entri yang paling popular di blog Denaihati.com dan kedua paling banyak disebarkan adalah senarai buffet ramadhan di hotel dan restoran sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Bagi yang suka berbuka puasa di luar, atau nak cuba menikmati sesuatu yang lain dari biasa, entri ni sangat sesuai untuk dijadikan rujukan. Buktinya, jumlah sebaran yang menjangkau 4.8k! Perghh!


Tibalah masanya mengumumkan pemenang bagi entri paling popular Denaihati.com bagi tahun 2012-2014. Entri paling popular selama 2 tahun ini ialah ……….





Sudah semestinya, makluman waktu imsak dan berbuka puasa ini adalah yang paling popular dan paling banyak disebarkan! Makluman waktu yang lengkap bagi setiap negeri turut dikongsikan sebagai rujukan buat muslimin dan muslimat sepanjang bulan Ramadhan tahun 2012.

Itulah senarai 5 entri paling popular di Denaihati.com.  Dengan ini berakhirlah sudah anugerah entri paling popular. Jangan lupa terjah kelima-lima entri paling popular ini ya!

Sekian, kenit cinonet melaporkan dari Genting Highland (ekekeke)

#pray4MH370


5 comments:

Apa kata korang?