Bila Anak Nak Pergi Lawatan Ikut Sekolah

Friday, April 25, 2014


Assalamualaikum!

Ingat lagi aku time kakak umur 5 tahun, beria-ia nak aku sign surat kebenaran lawatan ikut sekolah. Lawatan kemana aku pun dah lupa hehe. Punyala merayu siap convincekan aku lagi tempat tu best ada itu ada ini, padahal kaki dia pun tak jejak situ lagi hehe.

Bagi ibubapa yang berat hati nak lepaskan anak kecil mereka mengikuti lawatan sekolah tanpa kita ikut sekali, pengalaman sebegini mungkin sedikit sebanyak akan menyebabkan korang berbelah bagi ... nak bagi pergi ke taknak?


Let say, anak korang bagi surat lawatan ikut sekolah pada korang:

  • Kenalpasti tempat lawatan yang anak nak pergi 
  • Berbincang dengan pasangan 
  • Sebaiknya elakkan dari melawat tempat-tempat berair seperti yang ada kolam
  • Tanyakan lebih lanjut pada guru berkenaan
  • Berdoa & bertawakal

Bukanlah kita tak yakin dengan kecekapan pihak sekolah mengendalikan lawatan, cuma sebagai ibu kita pasti akan risau, tak banyak sikit mesti ada! Tambah tempat yang anak kita nak lawat tu, agak tidak berapa sesuai seperti tepi pantai dan taman tema air. 



kredit : tadika anak aku

Baru-baru ni, Mira pergi lawatan ke kilang coklat Beryl. Seminggu sebelum pergi, aku dah bagi 'warning order' kat dia apa yang patut dibuat bila pergi tempat orang. 

Pagi tu, dalam kete pun sempat lagi aku bagi 2nd reminder.

  • Dengar cakap cikgu.
  • Bergerak dalam kumpulan, jangan pergi tempat yang sunyi.
  • Nak pergi tandas cakap ngan cikgu, minta cikgu temankan
  • Jangan bertolak-tolak ngan kawan
  • Jangan jalan sorang-sorang
  • Jangan pegang benda-benda tajam/panas. Kalau cikgu atau uncle/aunty tak benarkan pegang atau amik, jangan buat!
  • Jangan bermain tepi longkang/jalanraya/tempat berlubang
  • Pastikan barang sendiri macam dompet atau botol air tak tertinggal
  • Jangan berlari dalam kawasan kilang/tempat lawatan


kredit : tadika anak aku

Kebiasaanya, sekolah-sekolah tadika adakan lawatan ke tempat-tempat seperti kilang makanan macam kilang coklat atau kilang aiskrim. 

Tahun lepas, kakak & adik dapat gi kilang vitagen & Pusat Sains Negara.

Belum pernah lagi sekolah diaorg adakan lawatan ke tempat-tempat yang berair seperti kolam atau pantai. Mungkin diaorg consider dari segi faktor umur yang tidak sesuai dan juga keselamatan.

kredit : tadika anak aku

Setakat ni, aku takda masalah nak biarkan anak-anak aku gi lawatan ikut sekolah. Dari sekolah tadika sampai dah darjah 1, hampir semua lawatan yang sekolah diaorg aturkan diaorg dah pergi. 

Pasal aku tahu, diaorg ni kalau dengan cikgu diaorg dengar cakap dan takut kena marah hehe. So, takda la nak berlari ke sana sini sangat macam diaorg gi berjalan ngan aku.




Lagipun, cikgu diaorg dah listkan awal-awal program tahunan untuk kanak-kanak sepanjang tahun ni dan edarkan pada ibubapa, jadi aku dah boleh tahu bila diaorg punya next school trip dan kemana diaorg nak lawat.

Cara yang terbaik adalah berbincang baik2 ngan anak dan pasangan. Selain tu, berdoa dan bertawakal agar anak kita selamat pergi dan pulang dari lawatan.  

Perkongsian ni untuk ibubapa yang ada anak di peringkat sekolah tadika aje. Kalau yang dah masuk sekolah rendah & menengah tu rasanya takda hal la kot nak kasi lepas anak-anak korang gi lawatan ikut sekolah kan hehe.

#pray4MH370


You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. ibu bapa mana yg tak risau kalau lepaskan anak yg masih kecil ikut lawatan kan kak..kalau lya pun mungkin alami situasi yg sama gak

    ReplyDelete
  2. sama lah kita..anak kan mesti risau

    ReplyDelete
  3. wah, meriahnya.. ye.. mama dulu masa handle budak tadika pergi rombongan pun rasa pening.. lagikan maknya yang melepaskan anak sekecil itu..

    ReplyDelete
  4. Canggihnya tadika anak akak ni... sekolah Tedi tak buat pun lawatan ke kilang Vitagen...

    ReplyDelete
  5. Mmg betul tu kenit... sbg ibu bapa, walaupun kita tau lawatan spt itu sgt bagus & pihak sekolah mmg prihatin, p akan ttp risau juga.. :)

    ReplyDelete
  6. Selalu berpesan dgn anak kalau g lawatan...kita sbg parent mmg risau...

    ReplyDelete
  7. memang risau kalau nak lepaskan anak kalau ikut lawatan ni kan..

    ReplyDelete
  8. hati tgh gundah gulana la ni jumpa blog ni..sbb anak sekolah pra nk g lawatan sambil belajar ke Muzium Negara..Xpenah jauh ngan anak..risaunya..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM