Kepok Lekor Untuk Mek Anim

Thursday, April 24, 2014


Assalamualaikum!



Siapa Mek Anim? haha aku la tu ....

Aku order kelmarin, barang sampai semalam. Siap delivery kat opis lagi hehe. 

Bukan senang nak dapat yang ori. Tambah kebanyakan yang aku beli kat KL ni semuanya banyak bahan tambahan. Bila gigit rasa gebu semacam je patutla tak sodap!

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Sekali pandang macam sosej panjang je kan hehe. Nananana ganu kittterrr .....! haha. Kepok lekor weh! Original dari Terengganu. 

Biasa kalau kita beli kepok lekor, balik umah mesti nak kena letakkan dia dulu dalam peti sejuk kan. Takut kepok tu masam atau berlendir kalau duk kat luar lama-lama ye dak. Pastu bila nak makan, kena kuarkan letak kat tepi dulu bagi lembik baru potong. Kemudian goreng .... haiyaaa manyak leceh ini macam lorr!

Tapi, kepok lekor yang aku order ngan sahabat aku di FB ni, tak perlu susah payah letak dalam peti sejuk. Aku balik umah semalam rileks je letak kepok ni kat dapur. Siap boleh buat keje lain dulu hehe.  

Kalau travel, cara begini memang senang dan praktikal. Tak payah balut dalam surat khabar bagai dah! Dah tu, kepok akan kekal segar selagi duduk dalam plastik kedap udara tu. Bila nak goreng, baru koyakkan plastik. Kan sonang gitu? 





Susah nak cari kepok lekor pior (pure) ikang kat KL ni. Banyak yang aku beli sumer penuh tepung je. Ikangnya skek je. Tak 'feel' langsung bila makang. 

Pahtu koho kerah (keras) bila gigit hehe. 

Senang je aku potong kepok ni semalam. Isinya masih lembut dan baunya kekal segar dan tidak masam serta tidak berlendir! Marbeles!!



Aku potong 2 batang dulu semalam, konon nak 'test' tekak aku ngan anak-anak la kan hehe. Yang lebihnya aku potong siap-siap, letak dalam balang plastik dan masuk dalam peti ais. Senang, kalau terasa nak makan boleh goreng je terus.

Finish produk of kepok lekor
hehe

Kepok lekor ni memang sedap kalau makan ngan sos. Tambah, kalau sos tu sedap kan. Aku beli kepok lekor ni dia bagi PERCUMA SOS. Haaaaaa lagi sodap! hehe. 

Kiranya, sahabat aku ni kira harga tuk kepok lekor je dik non! Taknak ke??

Paling sodap makan kepok lekor ni time dia panas-panas. Luar garing isi dalam lembut you!!

Boleh gak makan-makan sambil tengok tv ke, minuman petang ke, wat makan supper ke? Fuh! kaki ngunyah macam aku saje yang memahami kenikmatan makan kepok lekor panas time-time sejuk gini hehehe. 

Kalau kita pakat-pakat nak bagi ke sedara atau kengkawan pun boleh. Kalau yang biasa suruh kirimkan kepok lekor tu, memang sesuai la order kepok yang kedap udara camni. Tak susah nak jaga dan kebersihan juga terjamin insyaAllah! (^_^)


Malam tadi aku ngan Mira la tukang bedal kepok lekor ni. Dalam masa 5 minit je kitaorg boleh habis sepinggan tu ko! hahaha. Tak caya? aku pun tak caya haha tapi memang sungguh! Masing-masing tgh lapo kedaroh kot masa tu hehe.

Kakak pulak dah membongkang time ni, penat sangat la tu. Pak Jelan dok atas hiway lagi tghmalam semalam baru sampai umah huhu.

Memang sodap tak menyesal aku beli ngan sahabat ni. Alhamdulillah, moga makin murah rezeki diaorg ni. Kalau jual barang baik, kita pun akan dapat feedback yang baik ye dak (^_^). 


*Kalau korang teringin nak merasa keenakan kepok lekor terbaik dari Terengganu ni, boleh PM sahabat aku di FB dia, Azizi Zie. Untuk pengetahuan korang, dia beri khidmat delivery SECARA PERCUMA TAPI UNTUK 3 BUNGKUS KEPOK LEKOR KE ATAS sahaja area KL & Lembah Klang. 

Jenuhla weh kalau ordernya sebungkus tapi gi suruh hantar ke Rawang hehe. Macam tak praktikal je kan kan kan :D

#pray4MH370

You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. bagusla pakai plastik kedap udara tu..slalunya kaksura bawak balik dari kampung..diarang letak minyak banyak2..
    *ada anak dara comel rupanya..bukan main meniup kropok tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak, biasa kita beli yang kat kedai hanya balut dalam plastik je kan. Yang ni terpelihara kesucian dan kebersihannya. Tahan lama pun ye gak hehe.

      *model kuat makan tu haha*

      Delete
  2. wahhh sedapnya sis..kat cne tak ada lagi lya jumpa kopok lekor yg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sis, tu yang nak try kepok ni. Alhamdulillah pior punye hehe :D

      Delete
  3. tetiba teringat ada kepok lekor terengganu dari my friend yang tak digoreng lagi dalam peti ais tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaaaa haha takpe balik nanti goreng ye. Kenit pun nak repeat makan lagi malam ni hehe :D

      Delete
  4. Fuhh.. lame dok makang kupok ganu nih.. layang tu makang kupok ganu...

    ReplyDelete
  5. Kepok lekor ganu memang sedap kak anim..hari² makan pun xpe :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM