Mira Dah Bertudung?

Wednesday, April 02, 2014


Assalamualaikum!


Tak seperti kakaknya, sambutan Mira terhadap pemakaian tudung agak 'hambar' hehe. Pandai pulak menjawab tu bila kita tanya adik taknak pakai tudung cam kakak ke.


"Adik kan kecik lagi ... baru 5 tahun!"

T___T

Tapi, hari tu tettttibaaaaa Mira macam berminat pulak nak pakai tudung. Alkisahnya, pagi Sabtu lepas sarapan kat kedai Cik Tonah, singgah jap kat bai jual tudung. Dia ternampak tudung budak-budak kaler merah tu, terus amik satu dan pakai. Pusing kiri kanan dalam 2 minit (perasan comel dah tu), terus hulur tudung kat kenit minta bayarkan hehehe.



Memang sejak awal lagi, kenit tak paksa anak-anak pakai tudung. Walaupun Mira kengkadang ikut mood, time dia nak pakai dia pakai. Time dia taknak pakai memang takkan dia pakai hehe. 

Tapi, lately mungkin dia tengok koleksi tudung kakak dah banyak dari dia punya, maka dia pun berlumba la nak kumpul banyak-banyak juga!


Masa event kat Melaka aritu, gigih dia memakai tudung dari rumah sampai la event habis. Tapi, time nak tunggu bas terus dibuka tudung, sebab tak tahan peluh-peluh katanya hehe. Maklumla, rambut tu tebal sangat kan hehee.

But at least, Mira berusaha untuk pakai tudung tanpa ibu perlu menyuruh kan. 


Sebenarnya, banyak cara yang kita boleh galakkan anak memakai tudung walaupun bukan sepenuh masa. Jangan sesekali memaksa tapi tunjukkan contoh yang baik pada mereka. Well, masa kecik begini bolehlah bukak tudung pakai tudung. Sok dah besor, kalau masih juga tak pakai tudung ayahnya cadang nak ikat kat pokok kerengga terussss. Acaner? hehe.



#pray4MH370

You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. Assalamualaikum kenit. alhamdullilah.. semoga Mira boleh bertudung dengan ikhlas hatinya. heheh sheila singgah menabung lenovo sini~~~

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, senang kalau dah didik dari kecik kan?

    ReplyDelete
  3. hehehe comel..kalau di asuh sejak dari kecil t lama2 dah terbiasa la tu kan kak

    ReplyDelete
  4. wah. bagusnya kecil2 mmg patut diajar bertudung. supaya dah besar mereka tak terkejut :)

    ReplyDelete
  5. comel......:) betullah didik dri kcil dgn menjd contoh yg baik...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. mmg kena dididik dari kecil kan.. comel.. :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Alolololo comelnya si kecik ni... memang kena latih dari kecik supaya diorang biasa...

    ReplyDelete
  8. comelnye gambar anak dara berdua tu

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... Belikan tudung soft owning tu sejuk utk anak2.. Ank sy dua thun sy dh biasakan bertudung..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...macam anak akak dari kecik dah biasa pakai tudung so bila kuar mesti pakai kalau tak dia rasa janggal..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM