Breaking

Friday, April 11, 2014

Tanggungjawab Anda Sebagai Sponsor GA


Assalamualaikum!

Kalau ikutkan nafsu dan amarah, nak aje aku letak tajuk 'Aku Bukan Peminta Sedekah!'. Tapi, bila difikirkan balik, aku kena rasional dan bersifat umum agar entri ini kena pada semua 'batang hidung' blogger yang rajin buat Giveaway

Bukan niat nak cari gaduh tapi sekadar aku nak cuba BERTOLERANSI dengan semua orang dan nak menerangkan beberapa perkara yang aku dok perhati je selama ni! 

Jadi, jangan ada yang pendek akai dan fikir-fikirkan apa yang aku nak kongsikan disini.

Korang pernah menang hadiah dari GA atau CONTEST yang dianjurkan oleh blogger? Suka tak menang hadiah? Sapa yang tak suka! Aku pun suka! Happy! Teruja!

Tapi, korang pernah hadapi masalah hadiah GA dari sponsor yang tak sampai-sampai?? 

Tak dimaklumkan pada korang tentang masalah dan sebagainya? 

Result GA tak keluar sampai ke sudah? 

Hanya tahu berjanji akan poskan hadiah secepat mungkin tapi janji akhirnya DICAPATI?




Haaaaaa inilah masalah BESAR yang ada pada SESETENGAH BLOGGER di luar sana. Meh sini kita belajar sikit pasal TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SPONSOR GA


1. Pastikan hadiah GA yang disponsor ada dalam simpanan anda - Bila GA dah tamat dan keputusan dah dapat, pemenang akan mengirimkan butiran diri untuk urusan pengeposan hadiah. Amatlah molek sekiranya sponsor GA ambil maklum dan sudah bersiap sedia untuk urusan mengepos hadiah. Janganlah kata baru nak beli, baru nak order dan 1001 alasan lagi! Jangan 'perap' hadiah lama sangat dalam simpanan!

2. Maklumkan pada pemenang bila hadiah nak diposkan - Maklumkan pada pemenang melalui akaun facebook atau email atau di blog. Buat satu entri khas mengatakan hadiah anda dalam perjalanan ke tangan pemenang. Takda la orang tertunggu-tunggu! Takda masa nak umumkan? Habis ko ingat orang ada masa ke nak skodeng blog ko hari-hari???minggu-minggu??bulan-bulan???

3. Sekiranya ada masalah, maklumkan pada pemenang - Yang ni memang biasa la. Masalah tak boleh nak dielakkan. Tapi, kena la bijak menanganinya. Sebab tu aku cakap mula-mula tadi, pastikan hadiah dah ada dalam simpanan. Jika ada masalah, maklumkan juga pada pemenang apa masalahnya. Kenapa tak sampai lagi dan apa penyelesaiannya. Jangan buat senyap macam tunggul kayu!

4. Sibuk? Tak boleh pos dalam masa terdekat? - Allah dah bagi masa 24 jam sehari untuk setiap seorang, takkan satu jam pun kita tak boleh peruntukkan untuk ke pos ofis dan poskan hadiah? Kalau MALAS atau SIBUK sangat, sila bagi hadiah berupa topup je, kan senang! Tak semestinya hari ni umum pemenang, esok mesti pos hadiah. Tapi, kalau dah sampai berbulan-bulan masih TAK SEMPAT memanjang nak pos, apekehei!!

5. Be serious! - Kalau betul kita nak jadi sponsor GA dan hadiah yang kita tawarkan kan tu mampu untuk kita berikan pada pemenang, maka go ahead! Tapi, kalau kita just nak main-main sampaikan orang tertunggu-tunggu dan kita bagi alasan tak munasabah maka bagila orang lain yang lebih layak untuk jadi sponsor.

6. Jangan tunggu sampai pemenang sendiri 'minta sedekah' - Memang keje GILA! Kita pulak nak kena 'menyembah' kat dia tanya bila hadiah nak sampai. Tolongla, be professional! Orang mengharapkan sesuatu dari kita, jangan dihampakan penantian dia! Kalau kena pada 'batang hidung' kita sendiri macam mana? Baru ada akai!!

7. Ikhlaskan bila menawarkan hadiah pada pemenang - Bila kita dah offer nak jadi sponsor seusatu GA, WAJIBla kita bermuhasabah diri dulu adakah kita serius dan betul-betul nak jadi sponsor atau sekadar nak main-main aje! Kalau nak buat ala balai toksah mengada-ngada nak offer jadi sponsor. 

8. Tepati janji! - Tolong tepati janji bila kita jadi sponsor. Kena jujur pada diri sendiri dan orang lain. Tak rasa bersalah ke membuat orang lain tertunggu-tunggu akan hadiah dari kita? Aku sendiri tak boleh tidur malam mengenangkan hadiah topup yang orang tak tuntut lagi. Tu baru hadiah topup??!

So, kalau ada blogger yang tergolong dalam 8 golongan di atas harap-harap dapatlah diubah ketidakprihatinanisme itu kepada profesionalisme. Sebagaimana kita nak para blogger alert dengan senarai peserta dan keputusan pemenang serta tarikh luput menuntut hadiah, begitu juga kita yang jadi pemenang ini NAK SPONSOR ALERT dengan apa yang patut dibuat dengan hadiah tersebut.

Apa yang aku kongsikan ini berdasarkan pengalaman aku. Tu sebab aku serik nak join GA atau CONTEST membabi buta, sebab bila jadi begini aku pulak yang stress! 

Aku tak kisah kalau kena klik sampai 50 sponsor pun, kalau hati aku dah kata nak join aku join jugak. Kalau leceh sangat syaratnya, aku tak join ... SIMPLE!

Bukannya aku acu pisau pemotong daging kat leher sesiapa dan paksa dia letak nama aku sebagai pemenang! 

Tak aku kebuluq hadiah tu tapi bukti dipilih sebagai pemenang dah ada, aku dah jalankan tanggungjawab aku join dan ikut arahan yang betul. Maka, sebagai SPONSOR GA kita kenalah BERTANGGUNGJAWAB juga untuk memastikan hadiah tu sampai ke tangan pemenang yang sepatutnya.

Semoga penerangan aku ni menjadi peringatan buat diri kita semua dan aku sendiri. Ni tips SECARA UMUM. Takda soal membuka aib sapa-sapa sebab aku tak mention nama-nama diaorg kat sini. Yang malunya aku sendiri la pasal nak kena 'mengadap Duli Yang Maha Mulia' minta poskan hadiah yang dijanjikan! Sendiri mau ingat! 

Kita tak selamanya mampu jadi SPONSOR mana-mana GA. Akan ada masa kita juga akan jadi peserta macam orang lain, dan bila benda ni kena balik pada kita, apa kita rasa???

Dan, jauh sekali aku nak bersengketa pasal hal hadiah ni. Dah, kalau takda rezeki aku nak buek cemano, tapi kecewa tu memang akan sentiasa terpahat dihatiku! ecececececeh. 

Kalau ada sesiapa yang 'terasa' tu aku minta maaf awal-awal, tapi aku ada hati dan perasaan jugak tau! Bulan Januari & Februari punya GA, la ni dah April masih tak sampai. Apekehei!!

Istighfar ... istighfar.

#pray 4MH370


17 comments:

  1. jadi sponsor kena bertanggungjawab...salam jumaat dear...

    ReplyDelete
  2. Saya yang kadang-kadang join GA pun terkena. Nak join kena buat entri, like page bagai tapi lepas tu senyap.

    ReplyDelete
  3. btl tu kak..lya entah dah berapa kali dah trkena..bila di tanya tak dibalas2..bila di balas nnt nnt..last2 dah malas dah..lya join ga tgk pada bloger juga

    ReplyDelete
  4. samala berbulan2 dah tunggu hadiah xsampai2..lagi satu ada dapat hadiah topup rm20 smpai sekrang xdapat2..bnyak kali dah mintak tapi dia wat bodoh je..fb on je..alahaiiii lama2 kita sendiri yang malu nak mintak dah..dah macam peminta sedekah pon ada jugak..

    ReplyDelete
  5. Zara pena kena.. then Zara push inbox. cakap nnti..nnti.. then Zara post kat wall fb, bru laa masukkn cash kat akaun kita.. Zara xsuka push org tauu tp org mcm ni laa yg mbuatkn kita jadik bukan diri kita.. benci. Zara jg bperanan sbg sponsor, tp lbh kpd sponsor cash sb mudah bg Zara. Bank-in shaja smudah 1,2,3.

    ReplyDelete
  6. Farah pn pernah terkena kenit.. menang top up dari tahun lepas tapi sampai skrg x dpt2..tp xpe la maybe bukan rezeki farah... cuma utk peringatan diri sendiri farah akan pastikan setiap apa yg dh farah dijanjikan tue pasti akan sampai ke tgn pemenang jugak walaupun lambat.. =D

    ReplyDelete
  7. Pernah juga hdpi situasi tu kenit... 4 bulan lebih bru sy terima hadiah tu.. Suami sy gmbira bila sy mng hadiah tu sbb tu hdiah termhl sy mng dan mmg x sgka mng... Tapi kita sbg pmng dan pesrrta mmg de hak utk tuntut hadiah tu... Saya msg kt blog, email dan akhir sekali whatsapps sbb dpt no fon dr blog dia juga... Alasan dia sibuk x smpt pos... Tapi sbb sy tahu kerjayanya yg mmg sibuk tu.. Mmg fhm sgt kerja tu mcm mana... Sy redha je... Ada rezeki adalah... Malas nk mengharap lagi dh... Tpi lpas 4 bulan hadiah tu smpai dan slmt kt tgn sy... Alhamdulillah... Mmg kita marah... Tpi mls nk fikirkn... Sy fikir jika rezeki sy adalah... Tu pun lpas 3 kali tnyalah...

    ReplyDelete
  8. ha.. tu la..salah satu sebab akak takut nya nak buat GA ni.setelah 5 tahun buat blog baru ni akak terpikir nak buat GA.dengan penaja yang terhad sangt.tak mau banyak2 sebab bila jadi gini penganjur pun sebenarnya kena la ambik tindakan tegas sikit.tak booleh nak biar pemenang tanggung sendiri..sekurang2 nya penganjur kena keep contact penaja tu...agak macam tak nampak dia nak hantar hadiah pada pemenang,memang mendapat la entry panas dan berasap dari penganjuur..

    ReplyDelete
  9. Zumal pula masih nantikan info dari pemenang GA dan segmen yang zumal anjurkan :)

    ReplyDelete
  10. tulah kita pun rasa marah jugak, geram pun ada.. tkut tlepas marah tu kita pulak kena balik.

    ReplyDelete
  11. sokong sesangat
    yumida pun pernah jd sponsor, penganjur n peserta
    n memahami siatuasi akak
    pernah gak lgsg xde terima feedback dri sponsor sampai sekarang

    ReplyDelete
  12. sabar yea kak :)

    -www.aimanaziz.com-

    ReplyDelete
  13. dah banyak kali kena..sampai berbulan2 tunggu..then tanya laa kat sponsor tu..boleh die kate "LUPA"..sabar2..

    ReplyDelete
  14. Pernah jugak kene! Pastu kita pulak yang diherdik balik. Bukan tu je, ada tu sampai kontes berbulan bulan. Katanya nak capai target la apa la. Haihh sabor je la.

    ReplyDelete
  15. Setuju tu ...ada sponsor mcm sponsor...penat jer klik bagai...

    ReplyDelete
  16. Ni betul-betul peringatan buat sponsor.

    ReplyDelete
  17. Semoga menjadi peringatan kpd semua terutama yg nak buat GA & sponsor2nya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.