Dikau Banyak Berjasa .....

Saturday, June 21, 2014


Assalamualaikum!



Umur peti sejuk ni lebih kurang 18 tahun dah tapi masih bertahan sehingga kini. Dari zaman aku darjah 6 lagi, peti sejuk ni dah banyak berjasa kepada kami sekeluarga. 


Jaaaaaarang sangat nak rosak. Betul! aku tak tipu! Takda masalah cooler atau motor. 'Sihat walafiat' dia setia menjaga kami hampir 20 tahun ini.




Apa brand??

Haaaaaa brand ni memang brand kegemaran orang-orang dulu. Antara brand yang tahan lama dan tahan lasak, macam Singer & National ni la. Abah memang particular bila memilih barang letrik. Mesin basuh, peti sejuk, tv, readio dan vakum semua nak guna brand National.

Sebab abah kata, National tahan lasak dan tahan lama. Tengok je la peti sejuk ni. Tuan dia dah duk kat kampung, dia masih berdiri tegak kat dapur tu huhu.

Cuma sekarang ni peti sejuk mak ni dah tak berapa nak berfungsi dengan baik. Ye la, sedangkan manusia pun boleh sakit-sakit inikan pulak mesin. Bahagian bawah peti sejuk ni dah rosak. Tak sejuk, so aku tak simpan apepun kat bawah tu.

Bahagian freezer je yang masih berfungsi setakat ini. Itupun, dok tunggu masa gak tu huhu. Ohh tolongla jangan 'nazak' sekarang, aku masih perlukan ko untuk raya nanti hehehe.

Peti sejuk aku pulak, aku dah jualkan pada orang masa pindah ke KL dulu. Takda tempat nak letak kat umah ni, dah tu masa tu peti sejuk ni masih elok lagi. Aku sayang sangat ngan peti sejuk aku tu, brand Hitachi.

To peti sejuk mak, please behave and jaga 'kesihatan diri'. Kami masih perlukan khidmatmu. 

Ioulls janji ioulls akan guna uolls baik-baik (huhu).




You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. Wow....lama tu kak...klau 20 thn sama umurlh dgn sy..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ikhwan, memang dah lama peti sejuk ni :D

      Delete
  2. Keluaran dulu2 memang tahan lama... Peti sejuk zumal pun sejak zaman sekolah lagi dan masih ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la zumal, barangan letrik dulu kalau dijaga dengan baik memang tahan lama :))

      Delete
  3. Wahh mmg lama tu.. berbaloi sgt2 membelinya. Sayang & pastinya bnyk nostalgia... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berbaloi dan tepat pilihan abah dulu. banyak nostalgian pun ye gak, tutup pintu punye la ganas sampai terjerit mak hahaha. Mujur tak tanggal pintu peti sejuk tu, elok sampai la hehehe :D

      Delete
  4. BRAND NATIONAL MMG TAHAN KAN KAK
    arti tanye kat kedai nak beli kipas angin brand national
    diorg kata dah xde brand national, diganti dgn brand panasonic
    nama lama national, nama baru panasonic..info baru..yumida pun baru tahu
    blender jenama national kat umah pun tahan lasak gak..berbaloi beli
    menabung nuff sini - volkswagen

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah yumida, dulu diaorg letak nama National pastu Natioanl-Panasonic, la ni dah Panasonic. Memang terbukti tahan barangan letrik dia.

      Delete
  5. 20 tahun lepas akak kerja National kat Sg. way PJ tu....so brg elektrik memang beli brand National...tahan lasak dan ada brand masa tu....mesin basuh & kipas angin akak brand National bertahan sehingga hampir 15 tahun....tapi yang paling lama rice cooker brand National hadiah masa kahwin dulu dah berusia 21 tahun....lamanya...barang elektrik paling akak sayang.....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh! untungla kak sukma, takyah susah nak survey tempat lain. Barang baik dah dok depan mata kan.Memang kalau barang letrik tahan lama ni, kita pun semakin sayang dengannya.

      Nak nak sekarang ni, barang letrik semakin mahal di pasaran. Kalau salah beli kemudian rosak, mau nangis nak cari duit beli yang lain huhu.

      Delete
  6. Wow lama tue hanim.. tak dinafikan brand dulu2 memang tahan.. tak macam skrg pakai 2-3 tahun dah lingkup.. =D

    ReplyDelete
  7. Wah tahan lama ni...SA kat rumah guna Singer je...itupun sbb my mum yang suka coz tahan lama...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM