Wednesday, June 18, 2014

# Cerita Kat Opis # Sanah Helwah

Menu Brunch - Happy Birthday Bos! (^_^)


Assalamualaikum!

Pagi semalam aku tak bersemangat nak makan ....tettibbaaa! Pertamanya, sebab aku frust terlupa nak amik repot kad Mira sebelum cuti sekolah tengah tahun hari tu. Keduanya, sebab aku nak simpan 'tong' kecik aku ni untuk tengharinya nanti hahaha.

Ade orang nak belanja weh! ^^




Ini lah breakfast saya! hehehe. Cicah biskut kering ngan milo. Pak Jelan panggil BISKUT KERING ni ROTI KERING tau. Ape ntah, kalau dah biskut tu biskut je la, masa bila plak biskut jadi roti?? hahaha.

Dia kata orang Perak panggil biskut = roti. Hok aloh! mujur ioulls orang Brunei muahahaha! Haipp jangan muntah sini, gi muntah sana .... beta nak makan! :p

Dari kecik, sampai la dah tuhak ni ha memang aku tak miss makan biskut kering cicah ngan air milo. Inilah juga makanan pagi dan petang aku time dalam pantang dulu tau. Milo kosong lagikkk!




Jeng jeng jenggggg! Hidangan tengahari aku semalam disponsor penuh oleh bos a.k.a penyelia aku hehe. Kak Tun kata, En. Haniff belanja sempena birthday dia 13hb Jun lepas. Ooohhhhh! Happy belated birthday En. Haniff, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi peluang untuk belanja kami lagi dan lagi ....hehehehehe.

Oh terlupa plak, nasi ape aku makan ni? Inilah namanya Nasi Ayam Bakar. Kalau bos-bos nak belanja, biasanya diaorg bawa kami gi makan kat carpark depan Jabatan Kimia tu. I tell you, the ayam bakar very juicy and the black pepper sauce tu, nampak je cam 'innocent' tapi pedasnye kemain!! huhu.

Kalau korang yang suka makan pedas-pedas, Nasi Ayam Bakar ni mungkin boleh korang cuba. Dalam bangunan carpark tu je, tengok ada orang beratur panjang, tu la kedainya! hehe tapi kena masuk dalam sikit tau.

Oh by the way, aku amik ayam bahagian paha (my feveret tu!),harganya RM7.00, kalau bahagian kepak RM8.00.





Punyela cerdik sangat aku ni kan, dah tau nak makan podeh-podeh gatal sangat gi amik air teh ais (lupa nak letak ais)! Aku celet sikit-sikit je ayam ngan sos lada hitam tu, tapi pedasnya .... nauzubillah! hahahaha. 

Aku siap refill 2 kali air teh ais ni haha. 

So, takkan nak cakap terima kasih kat bos je kan, kenala bagi ucapan sikit ye dak.

"Sanah helwah En. Haniff!"

Hahahahaha ok tak? ok la tu tadi kata ucapan sikit kan :p

So, kalau korang nak singgah PJ bolehlah roger-roger aku, nanti aku bawa gi makan kat kedai Nasi Ayam Bakar ni. Pastu korang belanja aku makan sama, amacam ok tak? hehehe.

p/s: korang dah makan kan, so takdala rasa bersalah sangat aku post gambo nasi ayam bakar ni hehehe. Aku ni lagi la ... puasa! Doakan aku dapat puasa penuh hari ni ye (^_^)




9 comments:

  1. mahalnya tang kepak tu..baik amik isi..puas hati sebab banyak isi kan...hehehe..bestnya ada orang belanja makan..

    ReplyDelete
  2. breakfast kita sama ler kak,
    cuma breakfast saya awal,
    pukul 3 pagi saya breakfast milo sama biskut :)

    ReplyDelete
  3. Orang Perlis cakap biskut tu biskut mayat tau :))

    ReplyDelete
  4. nice~kita sama2 kuat makan...makan selagi sihat...

    ReplyDelete
  5. Wahh.. nasib baik dah lunch hehee... Selamat menjalani ibadah puasa Anim.. :)

    ReplyDelete
  6. biskut kering tue mmg stok wajib ada kat rumah.. cicah ngn air milo petang2 sedap ooooo... selamat berbuka nanti hanim.. =D

    ReplyDelete
  7. Pesal kepak lg mhl dari peha...musykil akak ni...sapa nk tolong jwb ni..

    ReplyDelete

Apa kata korang?