Breaking

Tuesday, June 03, 2014

PITYRIASIS ROSEA



Assalamualaikum!

Rabu lepas aku bawa kakak berjumpa doktor di klinik kerajaan untuk mengetahui apa yang menyebabkan kondisi kulit kakak berubah menjadi ruam yang 'luar biasa'. 

Mau tak risau! sampaikan aku offer doktor untuk amik darah kakak dan buat ujian lebih terperinci agar rawatan awal dapat diberikan sekiranya ianya penyakit serius! 

Bila kali pertama doktor tu sebut nama penyakit kulit tu, terbelit jugak lidah ni nak menyebutnya hehe. Yang aku dengar hujung-hujungnya ..... Rose?? Rosie?? muehehehe.

Harap nama je lawa macam bunga rose, tapi rupanya penyakit kulit!

Tapi, mujurlah doktor muda tu pandai menenangkan hati seorang ibu huhu. Dia cakap aku tak perlu risau, kerana apa yang kakak hadapi sekarang adalah penyakit kulit yang biasa menyerang dan ia tidak merbahaya. 

Dan, semestinya aku membuat rujukan tentang penyakit kulit ni, PITYRIASIS ROSEA.


sumber : google

Kondisi kulit kakak tak seteruk ni ok. Ni kulit mat saleh mana ntah aku pinjam kejap buat contoh hehehe. Ngeri kan??? tapi ianya tak seteruk yang korang sangka, cuma gatalnya boleh tahan teruk la hehehe.

Apa itu PITYRIASIS ROSEA?

  • Memula kita belajar cara sebutan yang betul ....


pit-uh-rahy-us-sis row-zee-ah 



.....adalah penyakit kulit biasa yang menyebabkan ruam. Ruam ini akan pulih sepenuhnya dengan sendiri dalam masa 6-8 minggu.


Betul!betul!betul! doktor tu juga cakap benda yang sama. Kakak tak memerlukan rawatan spesifik kerana ia merupakan ruam biasa yang akan pulih dengan sendirinya. Cuma tempoh pemulihan mungkin memakan masa sikit.
  • Ruam ini akan menjadikan kulit gatal-gatal, namun tidak merbahaya dan tiada ubat spesifik yang digunakan untuk merawatnya.

Yup! doktor hanya bagi ubat antibiotik dan sapuan krim untuk melembapkan kulit kakak. 


Tanda-tanda & Simptom


Antara simptom-simptom awal yang aku perasan pada badan kakak di peringkat awalnya ialah tompokan-tompokan merah yang naik sedikit demi sedikit.

Tapi, aku tak pasti dimana ia bermula sebab aku ingatkan tompokan merah tu hanya ruam gatal biasa yang mungkin disebabkan oleh gigitan serangga kecil seperti semut huhu.

Dan, opkos simptom lain ialah kakak kerap menggaru dan semakin kerap dia menggaru, semakin tebal dan 'naik' tompokan ruam tu.


  • Mother patchThe first sign of this rash is a single patch on the skin. Called a "herald" or "mother" patch, this patch is the only patch on the skin for about 2 weeks. This patch can get large. It feels scaly. People who have fair to olive-colored skin will see a pink or rose-colored patch. In people who have dark skin, the color varies from violet to dark gray.


  • Daughter patches: Within a week or two, more patches appear on the skin. These patches are smaller and may appear on the chest, abdomen, back, arms, and legs. Sometimes these patches develop on the neck, face, and elsewhere on the skin. Patches can even develop inside the mouth. These patches are oval shaped. If many patches appear, these new patches may form a pattern on the back. The pattern often looks like a Christmas tree.


  • Patch-free zones: Patches rarely appear on the face, scalp, palms, or soles.


  • Itch: The skin can itch. About half (50%) of the people have itchy skin. The itch tends to worsen when the skin gets warm, such as when a person works out or takes a hot shower.

Antara jenis tompokan (patches) di atas, aku syak kakak terkena jenis 'daughter patches'. Namun, ruamnya lebih kecil dan hanya tertumpu pada bahagian abdomen depan dan belakang. Kaki, tangan, leher dan muka kakak tak kena.

Siapa Yang Berisiko & Punca PITYRIASIS ROSEA?

sumber : google

Semua peringkat umur pun mempunyai peluang untuk menghidapi penyakit kulit ini, tetapi golongan yang paling berisiko :
  • peringkat umur antara 10 hingga 35 tahun
  • semasa dalam kehamilan

Apakah punca pityriasis rosea??

Ini yang bestnya, macam yang aku tanyakan pada doktor kelmarin apa yang menyebabkan kulit kakak dapat ruam macam tu? Dan, jawapannya memang sebijik sama macam yang aku baca di website ni :


No one knows what causes pityriasis rosea. Research shows that it is not an allergy. We also know that fungi (plural of fungus) and bacteria do not cause this skin disease. A virus may be the cause, but researchers have yet to prove this.
It is possible that a virus causes pityriasis rosea, but this skin disease does not seem to be contagious. It does not seem to spread from one person to another.
(Tiada siapa yang mengetahui punca penyakit pityriasis rosea. Kajian menunjukkan ianya bukan disebabkan oleh alahan/alergi. Kita juga mendapati bahawa fungi (banyak fungi) dan bakteria tidak menyebabkan penyakit kulit ini. Virus mungkin menjadi penyebabnya, tetapi penyelidikan masih belum dapat membuktikan ia terlibat secara langsung.
Ianya tidak mustahil jika terdapat virus yang menyebabkan pityriasis rosea, tetapi penyakit kulit ini tidak berjangkit. Ianya tidak merebak/berjangkit ke tubuh orang lain)
Betul!betul!betul! walaupun pada peringkat awal dulu, kakak dan adik berkongsi tuala tapi adik tak kena! Apatah lagi diaorg bermain, bersentuh dan berpeluk setiap hari.
So, no worries on this part!

Diagnosis, Rawatan & Hasilnya

Bagaimana pakar kulit mendiagnosis pityriasis rosea?
  • Biasanya pakar kulit tidak menghadapi masalah untuk mengesan masalah kulit pityriasis rosea, tetapi ianya tidak selalu mudah. Kadang-kadang ruam ini boleh jadi kelihatan seperti eczema.
  • Untuk mendapatkan kepastian, ujian darah boleh dibuat atau cebisan kulit boleh diambil untuk diuji.

Bagaimana pakar kulit merawat pityriasis rosea?
  • Pityriasis rosea biasanya akan pulih tanpa sebarang rawatan. Anda boleh menjangkakan ruam selama 6 hingga 8 minggu sebelum ia hilang sepenuhnya. Sesetengah orang hanya mengalaminya dalam masa 2 minggu sahaja, tetapi kebiasaannya ia berlarutan sehingga 8 minggu atau lebih.
  • Sekiranya pesakit mengalami gatal-gatal yang teruk, pakar kulit akan memberikan ubat untuk melegakan gatal.


Hasilnya
  • Ruam akan pulih dengan sendirinya, tanpa meninggalkan parut. Sesetengah orang yang berkulit gelap mungkin akan mendapati kesan ruam yang kabur. Kesan ini mungkin akan mengambil masa untuk hilang, tetapi akhirnya ia akan hilang juga. 

Apa yang perlu dibuat sekiranya anda/anak anda mengalami Pityriasis Rosea?
  • Berjumpalah dengan doktor - jangan tunggu lama, sebaliknya dapatkan nasihat doktor untuk kepastian, agar ia bukannya penyakit kulit yang serius.
  • Mandi dengan air suam - jangan mandi dengan air panas, kerana ia akan memburukkan kondisi kulit dan ruam tersebut akan lebih tampak jelas pada tubuh.
  • Elakkan dari berpeluh - elakkan diri dari terdedah kepada cahaya matahari terik atau melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan badan berpeluh. Ini akan menjadikan kondisi kulit bertambah teruk dan menyebabkan kita tergaru-garu. 

Adalah penting untuk kita mengetahui apa yang dialami oleh tubuh badan kita dan bertanyakannya kepada doktor sekiranya ada yang kita tak jelas atau tak tahu mengenainya.

Alhamdulillah, masalah kulit kakak tidak serius, takda pantang apa pun sebab doktor kata tak perlu pantang bagai. So, makan macam biasa cuma kena pastikan dia tidak berpeluh dan tidak tergaru-garu.


sumber info : aad.org



#pray4MH370

11 comments:

  1. cian dia mesti gatal kan.. Aunty farah doakan semoga kakak cepat sembuh yer.. ^__^

    ReplyDelete
  2. yaa.. kena lah selalu jumpa doktor.. hehe .~ moga sembuh sedia kala ya.. :)

    ReplyDelete
  3. mmg terbelit lidah nak menyebutnya....harap sembuh dgn cepat....

    Entri Terkini MINDAKABUR : Google Chrome Berupaya Memainkan Video dan Audio

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh.. uihh, terbelit lidah nak sebut nama saintifik tuh , heuheuheu

    ReplyDelete
  5. Baru saya tau ttg penyakit spt ni.. ingat ruam2 je ye. Thanks sharing Anim.. semoga kakak cepat sembuh sepenuhnya ye... aamiin.

    ReplyDelete
  6. Nice info... Berbelit lidah nak nyebutnye...

    ReplyDelete
  7. Hi my 4.5 years old son baru kena. Nak Tanya ya anak Puan dah sembuh 100%? Ada tinggal kesan kat kulit tak? Thanks so much

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sudah ... anak saya sudah sembuh 100% dan tiada kesan bintik-bintik pada kulit :) Selagi anak puan wong tak garu atau berpeluh then it should not be a problem :). Moga cepat sembuh :)

      Delete
  8. I am one of the person suffering this disease. Seksa tau dgn gatalnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ... gatalnya tu yang boleh jadi seksa tu, moga cepat sembuh ye sis

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.