Sunday, June 29, 2014

# Bangi Golf Resort # Event

Ramadhan Treat At Bangi Golf Resort Restaurant Giveaway!!


Assalamualaikum!





Kali terakhir Anim buat contest di blog kesayangan Nukilan Kenit ini ialah pada bulan September 2013. Taklah lama sangat kan hehehe. Bukannya tak nak buat, malah kepingin sangat nak aktif bersegmen dan bergiveaway dengan semua rakan-rakan blogger, tapi komitmen terhadap benda lain sangatla tidak mengizinkan waktu tu.

Anim ingin berikan sesuatu yang istimewa buat pembaca dan rakan-rakan sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Dan, kali ini pihak Bangi Golf Resort telah bermurah hati ingin memberikan hadiah istimewa kepada pembaca blog Nukilan Kenit

Terima kasih BGR!! (^_^)

Ini juga salah satu cara Anim menghargai rakan-rakan dan pembaca yang tidak jemu berkunjung ke blog ini. Terima kasih atas sokongan dan kehadiran korang di blog Anim ni.

So, Anim nak buat GA seringkas dan semudah yang boleh. Harap korang boleh join dan support Anim ye! Oh ya, blogger atau bukan blogger juga dijemput untuk join tau. Asalkan ada emel, senang Anim nak hubungi korang.




Bismillahirrahmanirrahim


Caranya tersangat la mudah uolls!!


  • LIKE fanpage NUKILAN KENIT

  • Sila berikan jawapan untuk soalan ini, "Kenapa anda ingin menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort?". Jawapan hendaklah tidak melebihi 30 patah perkataan.

  • Tinggalkan jawapan anda di ruangan kotak komen di bawah entri ini beserta alamat emel. Jawapan yang tidak disertakan dengan emel tidak akan dikira sebagai jawapan lengkap, lantas tidak akan dilayan.


Tarikh tutup penyertaan



29hb Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435H
(SEBELUM 12.00 TENGAHARI)



Anim mencari 5 pemenang bertuah yang boleh memberikan jawapan terbaik dan paling menyentuh hati hehe. Nak tahu, hadiah yang bakal korang menangi?



2 VOUCHER BERBUKA PUASA PERCUMA 
di Restoran Bangi Golf Resort untuk setiap pemenang!!


Voucher ini sah tempoh dari 2hb Julai sehingga 26hb Julai 2014. Jadi, korang boleh set time and date yang sesuai untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Restoran Bangi Golf Resort.

Terbaikkkk bukan! (^_^)


So, mudah je kan? Hanya berikan jawapan terbaik untuk soalan di atas dan sekiranya terpilih korang dah boleh berbuka puasa bersama pasangan korang di Restoran Bangi Golf Resort! Mana tahu rezeki korang kali ini (^_^)

Ohsem! (^_^)

Seorang dapat 2 voucher ok! Korang nak bawa pasangan ke, nak bagi pada ibu ayah sebagai token atau hadiah anniversary diaorg ke, atau korang nak hadiahkan voucher tu sebagai hadiah hari lahir pada sahabat atau kenalan pun boleh!

So, moh join sekarang dan berikan sebab mengapa korang ingin makan di Restoran Bangi Golf Resort. Tak tahu jawapannya? Boleh rujuk entri INI dan insyaAllah korang akan tahu jawapannya hehe.


Selamat Mencuba!

(^_^)

25 comments:

  1. Nak Join... Harap-harap ada la rezeki menang ni.. AMin..

    ~ Dah Like
    ~ "Kenapa anda ingin menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort?"
    -Eyza ingin menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort sebab dah lama teringin nak cuba makanan kat sini , semua nampak sedap dan mengiurkan selera, BGR jugak selesa, bersih dan sesuai untuk seisi keluarga dan terdapat kemudahan surau untuk memudahkan kita bersolat selepas makan.

    alamat emel : eyzafarza@yahoo.com

    Blog : http://eyzamiel.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam singgah, mcm best ja tp jauhnya..hihi :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Anim

    Ni jawapan SA

    ~ done liked
    ~ SA semestinya teruja nak menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort kerana hidangan ala kampung dan tradisional yang diperkenalkan semestinya sesuatu yang unik yang harus dikekalkan. Selain itu kemudahan yang BGR sediakan turut menjadi daya tarikan terutama kemudahan surau..

    Email : suriaamanda@yahoo.com
    Link : http : / / suriaamanda.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Wahhhhhh! Nakkkkk!

    Fanpage sudah like tau : siti auni afifah


    Kenapa anda ingin menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort?
    Dah tentulah makanan di bangi golf resort sangat berbaloi dan semuanya sedap-sedap! Dari ala-ala kampung sehingga ke western,memang boleh masuk semua dan memang favourite !!!!!!


    Yeahhhh!

    Email: letopink@yahoo.com
    Url Blog: http://letopkeypad.blogspot.com


    Semoga blog ini terus sukses dan sukses ! :D

    ReplyDelete
  5. nak join jugak lah
    -dah like fan page
    -kenapa ingin menjamu selera di Bangi Golf Resort
    "makanan yang pelbagai dan amat memenuhi selera tekak semua,ye lah ,tak suka western ada masakan melayu,desert yang super sedap,telur special yang rugi tak cuba hanya ini satu2 di Malaysia,tempat makan yang selesa dan bersih,kita nak kupon ni nak hadiahkan kat kawan sempena besday dia..huuhuu"

    email : shz_sulaiman@yahoo.com
    url blog : myputeri21.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. kenapa ingin menjamu selera di Bangi Golf Resort?
    kerana sudah pastinya ialah Bangi Golf Resort mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM.. barulah boleh menikmati tanpa was-was hidangan lazat di BGR terutamanya kegemaran saya Kambing Panggang Golek. wauuuu...

    email : borjr330@gmail.com
    url blog : http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...saya pun nak cuba join juga la yer..mana tahu ada rezeki.. Hehehe..

    1. dah like page Nukilan Kenit
    2. Saya ingin menjamu selera di Bangi Golf Resort kerana mereka menyediakan menu yang variasi dan pelbagai pilihan yang menarik boleh dicuba di sana. Selain suasana yang begitu selesa dan fasiliti yang disediakan memudahkan pelanggan untuk mengerjakan solat. Sangat sesuai dijadikan lokasi berbuka puasa bersama orang tersayang iaitu suami saya ^_^..

    Terima kasih untuk GA ni.. :)

    email: dilakazuha@yahoo.com
    Fb: dila kazuha
    Blog: dilakazuha.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. + done like

    + saya teringin sangat menjamu selera di Bangi Golf Resort ini kerana ingin mencuba Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma yang dikatakan terbaek dari tangan chef sendiri!Saya ingin menikmatinya bersama suami yg mana kami akan berbuka diluar sekali setiap kali berpuasa!

    + idzwa@yahoo.com

    + www.nurul-izwa.blogspot.com

    TQ~!!

    ReplyDelete
  9. all d bez semua peserta kontes
    nak join..tp tempat tu x dpt nk pergi..jauh...
    apa pun bangi golf resort mmg terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yumida datang beri support! (^_^)

      Delete
  10. Good luck kepada semua yg join..kalau laaaaa dekat confirm farah pun join jugak..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Farah atas sokongan, all the best to them all :)

      Delete
  11. salam

    dah like
    kenapa?

    Time berbuka puasa mesti pening cari menu . Jadi kalau di BGR menu pilihan dari tradisional ke western dari dewasa ke kanak-kanak tak perlu nak fikir lagi. DI sini semuanya ada .

    B- Berbuka puasa bersama kids dan hubby memang wajib
    G- Gembira tak terkata bila menang voucher berbuka kat BGR
    R- Rasa tak payah tanyalah , ramai dah review thumbs up katanya so apalagi jom terjah

    kitepunye2013@gmail.com
    http://www.kitepunye.com

    ReplyDelete
  12. Dah lame like FB page akak heheheh

    Saya nak berbuka puasa di Bangi Golf Resort sebab nak dapat merasa berbuka puasa dengan pasangan halal saya buat pertama kali di tempat yang sangat special. Hehehe eh segan pulak. :">

    fadzirazak@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Dah lama dah like... he he...

    saya nak buka puasa di Bangi Golf Resort sebab makanan yang nampak sedap dan nak bawa isteria makan kat luar pula sekali sekala.. he he..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Saya join ye dan dah like page.

    Kenapa saya ingin menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort?

    Dengan berlatarbelakang padang golf yang cantik memberikan udara nyaman, makanan yang menyelerakan membuat semua tertawan serta kemudahan yang selesa dan mesra pengguna mengagumkan setiap pelancong. Pasti saya ingin menyertai bersama.

    Emel : pinkgemstone90@gmail.com
    Blog : http://solehahshamsuddin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. Done like fb sherry go
    Saya ingin menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort sebab cuaca panas ni, saya ingin makan dalam yang memberi pelbagai pilihan makanan, memuaskan jamu selera saya.

    email sherrygo@hotmail.com
    blog; http://namesherry.com

    ReplyDelete
  16. Join last minute

    Dh like fb

    Saya ingin menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort kerana ingin meraikan harijadi anak pada 29 Jun ini beserta seisi keluarga dan menikmati pelbagai pilihan juadah yg lazat terutama sekali tarikan yang tiada seumpamanya di Malaysia iaitu Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma

    Email gitps@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. ok nak join..selagi belum pukul 12.hehehe..

    dah like fanpage fb

    Kenapa saya ingin menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort?

    Nad ingin menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort kerana nad Nad teringin membawa ayah dan mak untuk berbuka puasa di tempat sebegini kerana kami sekeluarga jarang berbuka di tempat yang dianggap mewah ni Juadahnya yang masih mengekalkan makanan tradisional dan western sangat menyelerakan amat sesuai untuk berbuka puasa. Keselesaan tempat amat sesuai untuk pengunjung yang ingin berkunjung di sini..memang puas hatii bila tengok ramai dah review..

    email : rockers.sakura@yahoo.com
    blog: www.miszrockers.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. Dah terlepas tarikhnya pula... Hehehe

    ReplyDelete
  19. Lama tak singgah sini... Huhu.. Terlepas h dgn GA NI..

    ReplyDelete

Apa kata korang?