Monday, June 16, 2014

# Animasi # Cerita My Pearls

Tonton Filem Animasi Super Squad Bersama Keluarga


Assalamualaikum!

Sabtu lepas, aku & keluarga berkesempatan menonton wayang animasi Super Squad di eCurve, Damansara melalui jemputan rakan blogger. Ini merupakan kali pertamanya aku menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang setelah 7 tahun lamanya! muahahaha.

Eh, tak percaya ke? Tolong la percaya ... ioulls tak biasa menipu ok!

Memang dah 7 tahun aku tak jejak panggung wayang. Start aku mengandungkan kakak, aku dah stop buat keje-keje tu sumer hehehe. Tapi, bila aku dapat tahu ada tayangan perdana filem animasi Super Squad, memang aku taknak lepaskan peluang ini untuk menontonnya bersama keluarga. 

Cerita kartun takpe hehehe.




Baru ku tahu tak susah sebenarnya nak pergi eCurve ni, just drive sambil guna waze tau-tau je dah sampai hahahaha. Maklumla uolls, ioulls baru pertama kali jejakkan kaki ke eCurve ni. Kesian tak?? kesian kannnnnnn ....

That's why this time aku tekad nak bawa anak-anak dan suami pergi menonton wayang bersama-sama. Macam family treat gitu kannnnn. Sekali sekala nak juga merasa keluar hingga lewat malam hehehehehe. 




Pendaftaran bermula pukul 8pm dan tayangan bermula pukul 9pm, tapi kami sampai dalam pukul 7.50pm gitu. Lepas register, terus berkejar ke surau untuk solat maghrib dan kemudian baru kami keluar amik gambar mana yang patut hehehe.

Tayangan perdana filem animasi Super Squad ini dibawakan khas oleh penerbit filem sebagai hadiah kepada pemenang majalah E-Baca dan blogger. 

Ini juga merupakan kali pertama aku bawa anak-anak merasai sendiri pengalaman menonton wayang dengan skrin besar. Haaaaa melopong masing-masing tengok muka kartun tu besar-besar kan hahaha.

Tengok ngan ibu ayah takpe, jangan memandai-mandai nak gi tengok ngan kawan ye huhu.



Antara watak-watak dalam filem animasi Super Squad. Anak-anak aku memang cukup suka bila si Shasha & Blinq bercakap sebab watak-watak ini menggunakan dialek kelate & penang dalam filem ni. 

Inilah keunikan filem animasi Super Squad yang tiada pada filem animasi lain. Kakak & adik tergelak-gelak dalam panggung. Mujurlah kami duduk seat atas sekali T__T




Sebelum tengok wayang, haruslah bergambar kenang-kenangan dengan maskot Elly (pink) & maskot Danny (biru). Di atas ni adalah para pemenang majalah E-Baca bergambar kenangan bersama.




Takkan budak-budak je yang nak bergambar dengan maskot Super Squad, mak budak pun teringin jugak nak bergambar! hahaha. Dulu mana ada maskot-maskot ni sumer, beruntung budak-budak sekarang dah la dapat gi tengok wayang free, dapat pulak bergambar kenang-kenangan dengan maskot-maskot super duper comel ni. Aku rasa macam nak pegang je mata si Elly tu hahaha.





Sempat lagi testing batang selfie tu bersama maskot-maskot yang comel ni uolls! hahaha. Pak Jelan beli kat Pudu je, syok jugak menatang selfie-selfie ni ye hehehehe.

Filem animasi Super Squad mengisahkan pengembaraan lima adiwira untuk menyelamatkan bumi daripada dimusnahkan oleh makhluk asing.

Kisah bermula sekitar tahun 2413 apabila Supersquad merentas masa kembali ke tahun 2013 apabila mendapati makhluk asing sedang menyerang bumi.

Walaupun pasukan tentera bumi yang diketuai oleh laksamana Aaron pada mulanya berjaya menumpaskan makhluk-makhluk tersebut, namun, ratunya telah menukar perancangan dengan membuka portal ke zaman kini sehingga menyebabkan pasukan tentera bumi dihapuskan oleh tsunami masa.

Dalam filem tersebut, Diana telah menyumbangkan suaranya bagi watak Elly, Aaron Aziz (Laksamana Aaron), Dafi (Kapten Danny), Radhi Khalid (Blinq), Marina Tan (Alan), Elza Irdawati (Sasha) dan Megat Sharizal (Zeeboz).




Pada pendapat aku, filem Super Squad adalah sebuah filem animasi yang boleh pergi lebih jauh lagi dalam industri filem animasi tempatan. Dari apa yang aku dapat tahu, untuk menghasilkan filem SuperSquad ini saja memerlukan masa 2 tahun untuk menyiapkan sepenuhnya. 

Segala kerja keras dan usaha akhirnya berbaloi dengan penghasilan filem yang pastinya mampu menarik lebih ramai lagi ibubapa untuk membawa anak-anak mereka menonton filem ini. 

Tahniah aku ucapkan pada pihak penerbit dan semua yang telah menjayakan filem Super Squad. Ternyata, anak-anak aku pun terhibur dengan filem ini (^_^). Adik siap minta repeat lagi tengok citer tu kat panggung hehe.

So all the best to the production house of Super Squad, dan bagi ibubapa yang ingin menghabiskan masa bersama anak-anak bolehlah bawa mereka pergi menonton filem animasi Super Squad! InsyaAllah, anak-anak korang pasti akan melekat je kat tempat duduk tak gi mana-mana hehehe.


9 comments:

  1. sesekali luangkan masa dengan anak-anak ka hanim,wah..siap ada batang selfie tu lagi..hehehe..lepas nie boleh banyak ambil gambar selfie la

    ReplyDelete
  2. Wahh best.. seronok jugak ni bwak anak2 santai sekeluarga.. thanks sharing Anim.. :)

    ReplyDelete
  3. wahh seronok nya.. anak-anak tengok , mak ayah lepak sekalii hehe

    ReplyDelete
  4. Rasa macam nak tengok juga filem nie, nampak cam best ;)

    ReplyDelete
  5. salam kak..dah lama lya tak lawat akak kat cne..seronok sekali sekala bawa anak2 tgk wayang animasikan.hilang gak kebotringan diorang

    ReplyDelete
  6. sapa yg excited ni? anak ke parents? ;-)

    ReplyDelete
  7. dah lama tak tonton wayang nie...

    ReplyDelete
  8. kalau la Emir dah besar boleh la bawak dia p tengok citer2 mcmni..tapi skrg tak boleh lagi.. kang jenuh dok berligan dalam panggung pulak..=D

    ReplyDelete

Apa kata korang?