Air Tangan Mak Di Pagi Raya

Tuesday, August 05, 2014


Assalamualaikum!


Baru seminggu lepas aku menikmati masakan dari air tangan seorang mak yang sangat kurindui. Seminggu duduk kampung masih tak puas rasa hehe.

Bila mak tahu aku beraya kat kampung lagi tahun ni, kemain semangat mak masakkan untuk kami semua. Ye la, nak buat sengsorang mana larat weh. Penat mak masak tapi sorang anak pun tak timbul di pagi raya kan. Jadi, alhamdulillah tahun ni rezeki kami sekeluarga sekali lagi dapat beraya ngan mak & abah.




Selain dari kemeriahan sanak saudara kaum keluarga berkumpul di hari yang berbahagia, kemeriahan masakan dari air tangan seorang mak juga menyumbang kepada keceriaan suasana di pagi raya, betoi dak? Wallahi, aku bersyukur dikurniakan seorang ibu yang sangat ikhlas dan setia menggembirakan anak-anaknya setiap kali kami pulang ke kampung.

Ya Allah ampunilah dosa kedua ibubapaku dan limpah kurniakanlah rahmatMu keatas mereka...aminn T__T




So, malam raya tu mak aku yang tercinta telah masak beberapa lauk raya sebagai persiapan awal. Of course aku tolong sekali la. Giler ape mak dara (aku la tu) nak tengok aje ape masterchef (mak) buat kat dapur?? kang ade yang kena hayun ngan sudip kang baru tau hehehe.

Aku main letak je gambo ni, tak ikut susunan pun. Janji hado! First, sup tulang uolss! Lemak berkrim sungguh sup tulang yang mak buat ni. Hidangan wajib kami sekeluarga tiap kali raya. Seminggu sebelum raya abah dah tempah kat best friend dia hehe. 2 hari lagi nak raya baru pi amik.






Kuah lodeh uols! Mak masak pagi raya tu. Makan ngan nasi impit perghhh! Syiokkk! Cuma mak tak buat kuah kacang tahun ni. Mak cakap, kalau buat pun, abah sorang je yang makan so ikut undi majoriti tahun ni ye hahaha.




Wuih! lomang ni seh boli kek Ghombau pagi sobolum ghayo ngan abah seh. Pagi-pagi kami boduo dah tercongok kek gorai lomang topi jalan kek Sg. Layang. Abah seh cukup suko lomang ghombau ni, tak mau dio makan lomang kek melako tu hehe.




Sup tulang layi hehehe




Di saat harga ayam yang mencanak naiknya di pasaran, mak tak perlu gusar kerana ayam kampung dari reban hidup segar dalam jagaan mak hehe. Sejak mak bela ayam kampung ni, kami adik beradik tak perlu risau nak cari ayam buat lauk. 

Pengalaman motong ayam ade aku citerkan kat SINI. 3 Ekor tumbang untuk raya kali ni. Ayam dara tau uolss! :p




Dan, kali ni hidangan raya kami bertambah enak dengan masakan rendang kampung yang mak buat special untuk para tetamu. Dah la tu, resepi ayam rendang ni menggunakan rempah khas tradisional yang mak beli di Rembau. Rempah pun import uolss! hehe.




Tak ketinggalan mak masakkan juga mihun goreng buat cucu-cucu kesayangannya. Ade gak kuey tiow goreng, tapi belum sempat aku nak amik gambo benda dah habis hahaha. Sedap nau telio aku tengok, sampai lupa nak 'tembak' sekeping buat kenang kenangan muehehehe :D




Tengok! tengok! atok pun telio nengok rendang ayam wan hehehe. Time ni baru balik dari solat raya, terus bukak baju Melayu dan duduk kat meja makan. Sabo abah sabo ... Anim pun telio gak ni hehehe :p




Haaaa nampak cam 'separuh siap' je kan lauk ni haha. Memang separuh siap pun! Nama masakan sambal udang petai, tapi time ni belum masuk udang lagi baru nak kasi lembutkan petai. 

Sampai habis sambal udang petai tu aku kerjakan, baru teringat yang aku tak 'tembak' lagi gambo ni! 

Huh.




Last but not least, mak buat laksa pulak. Licin uolss! anak-anak aku makan laksa ngan kicap je muahaha! Bertuah punye anak, memang senang sungguh nak bagi makan kat diaorg ni. Mak pun pelik acaner la rasanya makan laksa ngan kicap tu yek hehe.

Sebenarnya, banyak lagi yang masak sepanjang minggu lepas. Tapi, aku asyik terlupa nak amik gambonya. Maklumla, sedap sangat makannya sampai tak ingat nak capture gambo bagai hehe. 

Sebagai anak, aku sangat bersyukur kerana masih berkesempatan untuk merasai nikmat air tangan seorang mak. Bukan semata-mata sebab mak aku pandai dan rajin memasak untuk anak-anaknya, tapi sebab kasih sayang mak terhadap kami adik beradik walaupun ada ketikanya kami mungkin ada melukakan hatinya sebagai anak, samada secara langsung atau tidak.

Wallahi aku tak mungkin dapat mewarisi sifat2 dan kasih sayang mak, tapi akan aku cuba didik diri ini untuk menjadi penyayang seperti mak. 






You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. sodapnyo, sehingga menjilat siku......melilih air liur ni ha, dah lah tgh puasa ni.... sabor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sis ana, kemain menjilat sikunya hehehe. Belum boleh jilat lagi, tunggu maghrib nanti ye :D

      Delete
  2. Masakkan mak memang terbaikkan kak.. heehehehehe aaauumm sedap nyaaa tengok juadah yang mak akk masak tu...

    ReplyDelete
  3. Air tangan ibu la yang paling sodap kat dunia nie ^_^

    ReplyDelete
  4. X leh tahan SA tgok ayam kampung tu hanim....sedapnyaaaaa...bak la sekor ha...

    ReplyDelete
  5. Masakan mak memang terbaik!!!
    psst:-anim benda nie dah lama farah perasan.. gambar2 yg anim share lama betul loading.. tak tahu la sama ada internet nie slow @ gambar anim yg ambik masa lama nak keluar.. tapi dok bw blog orang lain okey jer.. maybe gambar2 yg anim share besar kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. barangkali gmbr terlalu banyak atau besar kot farah? anyway, thanks for the feedback dear. Ill try to minimize the mb of the photo next time k :)

      Delete
  6. Thun ni tak merasa air tgn mak sndiri.. Tapi air tgn mak mentua.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM