Wednesday, September 10, 2014

# Cerita My Pearls

Ada Kad Kredit Sendiri?


Assalamualaikum!




Perghh! Hebat budak-budak sekarang ni... kecil-kecil dah ada kad kredit sendiri, mengalahkan orang bekerja! Entah apa yang nak dibeli ngan 'kad kredit' tu agaknya?

Adakah duit belanja RM3 yang aku bagi setiap hari tak cukup tuk dia? Tu belum kira RM3 pulak untuk sekolah petang? Sampai nak kena guna 'kad kredit' bagai? 

Alkisahnya ...

Kakak kantoi bila ayah jumpa dompet baru dalam baju sekolah. Belum sempat aku nak tegur, adik dah kasi 'bocor' awal-awal cakap kakak ada dompet baru. Dan aku buka dompet dia ..... ada 'kad kredit' ni! 

Katanya, kakak di sekolah dia yang bagi! 

Cakap pasal kad kredit, teringat aku akan pesan abah dulu .... Nim, ko jangan amik kad kredit ni Nim. Sok, menanah ko nak bayar balik!

Betul ....! Taubat aku tak guna dah kad kredit pastu! Time nak belanja memang syok, tapi time bil sampai depan mata rasa nak hempuk paler kat dinding sebab nyesal tak fikir dulu sebelum membeli.

Lesson learnt! T__T

Sebolehnya, elakkan berbelanja guna kad kredit. Kalau kita ni jenis yang sangat berdisplin guna kad kredit khas untuk satu-satu benda penting macam minyak kereta saja ...takpe! Tapi, yang jadi masalah bila kita tak boleh manage perbelanjaan ikut keperluan, dan akhirnya kita yang menanggung masalah besar!

Gara-gara berhutang kad kredit ni, ada yang sanggup bunuh diri tau!

Hishhh! nauzubillahiminzalik!

12 comments:

  1. memang kad credit ni xpayah guna pun takpe.,..kang sedap je slot ..hujung bulan kena bayau..memang bernanah ler ..hehe

    ReplyDelete
  2. Kad kredit ni nak bayar balik nanti susah,
    ada charge die per month.

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. pandai budak sekarang kan huuu ana xsuka berhutang2 takut oo..

    ReplyDelete
  4. Lya pun x berani nak ambik risiko kad kredit

    ReplyDelete
  5. guna kad kredit risiko dia tinggi, hihi dengarx2 cite pun dh tkut.

    ReplyDelete
  6. comel je budak2 nak pakai kad kredit. hehe

    singgah

    ReplyDelete
  7. kad kredit apa tu? ke sesaja hiasan je?

    ReplyDelete
  8. serik dengan kad kredit... now pakai debit card jer...dah ada dekat 6-7 years kot tak pakai kad kredit dah...ha ha ha...

    ReplyDelete
  9. Mmg x pakai pun kak... Guna kad debit je sng...

    ReplyDelete

Apa kata korang?