Air Atau Ayaq?

Thursday, September 18, 2014


Assalamualaikum!





Dulu aku ingat takda masalah kalau kahwin ngan orang Perak ni. Sebab masa Pak Jelan ngorat aku dulu, dia pandai cover loghat utara dia hahaha. Dan, aku pulak jenis tak kisah sebenarnya! sebab boleh belajar macam-macam dialek, tambah aku takda lagi sedara atau keluarga yang boleh cakap slang utara macam Pak Jelan hehe.

Tapi, bila dah ada anak ni lain pulak jadinya! Yang si kecil jadi tak 'sebulu' ngan ayahnya gara-gara tak sama dialek bila bercakap! haha. Boleh jadi perang wooooo! 

Banyak kali aku perhatikan gelagat dua beranak ni. Yang anak suka nau mengusik ayahnya, tau ayahnya memang susah nak sebut certain words dalam slang Kay Ell hehe.


"Dek .. tolong amik ayaq kat ayah sat .."

"Bukan ayaq yah ... aaaaair!"

"Aaaaayaq! Ayah sebut ayaq ..."

"Aaaaair! ...sebut a-aaaaair baru adek amik"

"A-aaaaaaaaaaaaaaaaaa .......yaq!"


Begitulah tiap kali adik mengusik ayah bila ayah minta tolong ambikkan air. Pak Jelan memang dah takleh adjust slang utagha dia tu. Dari zaman bercinta sampai la ni, memang ayaq ayaq ayaq ayaq jugak dia sebut! hahaha.

Tang ayaq pun hang pa nak bertekak anak beranak @_@


Uolss pulak sebut ape yek?

Iolss sebut ....

WATERRRR~pfftttttt!

You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. hhahaha.. Amboi "WATER" .. Bukan water , sebut aaaaaaaaayaq .. hahaha . Tapi akak mesti ada terikut certain perkataan loghat utaqa kan ,,. huhuhuu

    ReplyDelete
  2. amboi..pandai ye dok menyakat ayah dia...hehehe...

    ReplyDelete
  3. hihi,,saya sebut banyu...org jawa..
    jom jln2 blog sy .Aya Suria
    http://ayacuya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Haahahah.. memang ayaq la anim.. utara mariii kannn....=D

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. Saya pun sebut ayaq. :D

    ReplyDelete
  6. Saya sebut aiq gak. Bangga ckp utara nie. Balik kg kt sarawak, kena kutuk ckup2.huhu

    www.ourlovebonding.com

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM