Anak Dara Nak Handphone!

Tuesday, September 30, 2014



Assalamualaikum!


Hohohoho boleh tahan jugak demand anak dara aku yang sulung ni ye. Umur baru 7 tahun dah berani minta handphone?? Takpe takpe, permintaan kakak akan ibu panjangkan ke ayah hahaha. 

Teringat dulu nak mintak atok belikan kasut roller blade pun kena tunggu 2 minggu lebih semata-mata nak karang ayat-ayat bodek kat atok tau! Takut-takut nak cakap ngan atok ... tapi disebabkan giler sangat ke kasut roller blade masa tu, aku gagahkan jugak buka mulut ni huhu.



Tapi, budak-budak sekarang dia punye berani takyah tunggu 2 minggu ... time tu kalau dia tengok dan berkenan time tu jugak dia akan mintak kat kita. Dah tu ayat nak mintak tu, macam nak mintak tolong belikan gula-gula! Huh ....

Aku perhatikan je gelagat kakak dok belek-belek katalog gajet tu. Dah dipesan jangan dibawa naik katalog tu, buat sampah je dalam umah ni! Kemain khusyuk dia tengok gambar-gambar dalam katalog tu. Belek punye belek ...


buu ... kalau kakak pandai jaga barang, ibu belikan kakak handphone lenovo boleh?

Lenovo??? ... hamboiiiiii

alaaaa boleh la buuu .... plissssssss


Umur baru 7 tahun dah pandai mintak handphone.....  

Esok esok umur 17 tahun dia minta ape agaknye? 

Kapal terbang kah? uhuk uhuk~


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. Huhu...terpengaruh gn persekitaran sekeliling...

    ReplyDelete
  2. Ermm budak2 zaman sekarang anim.. depa pun nak up to date jugak..hehehe

    ReplyDelete
  3. Ayat menggoda sungguh. hehe. Dulu zaman sy, mintak handphone kat ayah, memang nak kena pelempang la.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM