Friday, September 05, 2014

# Islam Point Of View # Jom Tambah Ilmu

Asas Wanita - Wiladah dan Nifas


Assalamualaikum!



gambar hiasan


Bab Wiladah dan Nifas


Berikutan masalah beranak, dalam bab nifas pula, tempoh maksimum keluarnya darah nifas dalam mazhab Syafie ialah 60 hari. Perlu difahami apa maksud wiladah, maksudnya ialah beranak. Dan nifas ialah darah yang keluar dari bahagian dalam faraj, selepas kosongnya rahim daripada bayi, contoh, dapat anak kembar 2, keluar bayi pertama dan keluar darah, darah tu tak dikira nifas lagi. Selepas keluar bayi ke-2 baru darah yang keluar dikira nifas.


Analogi contoh mudah faham:

  • Beranak, terus keluar darah 46 hari =Nifas. Mandi sekali sahaja selepas tamat darah nifas

  • Beranak, terus keluar darah 68 hari =Nifas 60 hari, 8 hari istihadah. Mandi sekali selepas 60 hari dan wajib solat selepas itu.

  • Beranak, tiada darah 3 hari, keluar darah pada hari ke-4 sampai hari ke 50 =Wajib mandi lepas beranak (mandi wiladah), jika tiada darah keluar dari kemaluan walau setitik (selain darah akibat potong Ceaser). Wajib solat 3 hari tu sekadar mampu. Tidak harus solat pada hari keluar darah pada hari ke-4. Hari ke 50 apabila berhenti darah, wajib mandi (mandi nifas) dan solat.

  • Beranak, tiada darah keluar 18 hari, keluar darah pada hari ke 19 hingga hari ke 58 =Wajib mandi lepas beranak jika tiada darah keluar walau setitik. Darah yang keluar hari ke-19 sampai 58 tu adalah darah istihadah, kerana mazhab Syafie menyatakan, nifas mesti mula start keluar dalam tempoh 15 hari dari wiladah (beranak). Jika darah start keluar selepas 15 hari dari hari beranak, darah yang keluar adalah istihadah (mazhab Syafie).

Mula kena solat

Wahai wanita, jika darah anda berhenti 5 minit sebelum masuk waktu Asar (contoh), tapi anda check darah keluar ke tak pada dah masuk Asar, anda sebenarnya kena qadha Zohor tu, sebab anda dah suci dalam waktu Zohor. Ramai sangat wanita ambil ringan perkara ni.


Jika anda check time lepas Subuh masih ada darah, masa waktu Zohor anda tak check, lepas tu anda check pukul 5 petang, sudah tiada darah, maka anda wajib qadha Zohor dan wajib solat Asar. Ramai wanita salah faham bab ni, ingatkan cuma kena solat waktu yang masa dia check darah dah takde tu je.


Jika check pada waktu sebelum tidur, masih ada darah, pagi esok bangun pada waktu Subuh, check sudah tiada darah, anda wajib qadha solat Isyak yang sebelumnya kerana darah sudah dikira berhenti pada sebelum masuk waktu Subuh, yakni ketika masih dalam waktu Isyak. Begitulah juga dalam waktu-waktu lainnya.


Apa yang penting, ialah kekerapan anda check, dan keyakinan darah berhenti pada saat bila.



Artikel berkaitan :


8 comments:

  1. salam jumaat and great piece of sharing hanim...

    ReplyDelete
  2. Thanks, walaupun belum ada pengalaman bersalin/melahirkan...info ni berguna juga suatu hari nanti, inshaAllah!

    ReplyDelete
  3. bukan je isteri kena ambik tahu , suami pun kena ingatkan isteri..
    good info buat semua..

    ReplyDelete
  4. assalam...thanks atas perkongsian yang menarik..
    http://bit.ly/1nzxuic

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang bagus.. terima kasih kak.. dapat juga ena pelajari hal hal wanita.. kalau tak tahu camtu camtu je...

    ReplyDelete
  6. Ambil tahu..senang nak ingatkan isteri waktu solat yg wajib ditunaikan segera. Jangan ingat yg lain jer..hah!

    ReplyDelete

Apa kata korang?