Bila Tekak Ngidam Donat!

Monday, September 01, 2014


Assalamualaikum!




Yang sulung nak makan roti canai, yang kecik nak makan donat. Hurmm selalu sangat dah kita lepak kedai mamak tu kakak, apakata kali ni kita lepak kedai yang ada air-cond pulak hehehehe :D

Lama dah aku tak menyinggah makan kat Dunkin Donat Desa Pandan ni. Dulu, asal mak bagi duit je mesti aku perabihkan kat sini. Dulu aku memang 'gila'kan donat dia ni! hehe. Donat dia la yang paling lembut, yang paling manis, yang paling sedap dan juga yang paling mahal kalau nak dibandingkan dengan donat gula biasa kedai Cik Tonah!





Pilihan anak-anak ....

Aku pilih satu je untuk tekak sendiri. Lama dah tak hadap donat ni, rasa teringin pulak tekak ni hehe. Sejak aku jumpa donat yang lagi satu tu, aku macam dah tak da 'nafsu' kat Dunkin Donut ni. 

Dulu, kalau aku nak order donat aku akan pilih donat yang ada filling. Paling aku suka, strawberry, chocolate, bavarian custard dan raspberry. Fuh! aku sorang boleh habiskan 6 ketul sekali!




Papehal baca bismilillah dulu yek :)





Oh my Bavarian Custard! Antara banyak-banyak filling, yang ni la paling aku suka! Kalau dalam tray tu takda filling custard punye donat, aku tak makan pun takpa huhu. Mujur tadi ada hehehe :D

Tetiba rindu pulak ngan Big Apple's Donut (huwaaaaa) T_T




Haaa ko! sampai juling juling biji mata anak aku hahahaha. Kesian ... lama dah ngidam ni hehe :D




Ya Allah! paling tak boleh blah anak aku yang sulung ni. Dia boleh bantai duduk bersila atas kerusi sambil makan! haha. Adoiiii! memang Melayu jati ni! :D




Hampir licin kotak donat tu. Yang 'sempurna' lagi tu tinggal tuk ayah katanyaaaaaa hehe. 

Sekali sekala manjakan tekak anak-anak ngan donat mahal. Ngidam sikit-sikit boleh la ye nak. Jangan ko bantai ngidam nak makan donat ni hari-hari dah la! Botak cepat ibu nanti! :p



You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. Dah lama tak makan donut mahal nie

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tengok gambar donut....

    ReplyDelete
  3. kalau ngidam hari2 pun tak pe..sebab anak2 pun suka..tak rugi punya..

    ReplyDelete
  4. ty jarang mkn donut. tp kecut air liur plk tgok ank2 akk mkn sedap...

    ReplyDelete
  5. Selalu lepak kat Dunkin donut tepi ameer ehsan ni.. huaaaaa rindunya port sini.. lepak2 dengan member

    ReplyDelete
  6. pebret akak dunkin donut,big apple and jco...sedapnya..lama jugak tak pekena nie..terasa kelembutan makan donut tu anim

    ReplyDelete
  7. Huh.. hari ni tekak saya pun mengidam donut... jln ke aplha angle pagi tadi ada appointment, ternampak donut.. Buka blog petang ni ternampak jugak donut kat sini. Mmg kena singgah belilah ptg skit nanti.. :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM