[Cabaran 30 Hari] Hari 10 - Apa Ada Dalam Handbag Aku?

Wednesday, September 10, 2014



Assalamualaikum!



Yeaaaa! dah hari ke 10! cepatnyeeeee masa berlalu ... huhu. Serius??? Serius ke korang nak tahu apa ada dalam handbag aku ni? hahaha. 

Jangan menyesalll!!

T__T




Memula aku citer pasal small handbag aku ni la ye. Aku beli ni kat kedai Meei Mei dengan harga RM9.90! hahaha. Walaupun aku wanita melayu terakhir (terakhir la sangatttt!) tapi aku takda 'nafsu' nga handbag mahal atau branded. 

Satu - mahal nau beg branded!

Dua - ralat!

Tiga - aku jenis 'buas' guna barang .. kecuali kalau barang tu adalah hadiah dari orang, nescaya aku tak 'buas'! so sudi-sudilah bagi aku hadiah handbag tuk besday aku nanti ye ekekekeke :p

Disebabkan 'handbag' aku ni kecil, maka sangat la limited space dia. Memang purposely pun aku pilih beg kecil. Korang tau je la kan .. dah jadi mak-mak ni semua benda aku nak sumbat masuk dalam beg huhu. 



Apa ada dalam handbag iolss?? 

1. Segala jenis kad - kad tutttt! kad blogger, kad itu kad ini.

2. Duit singgit-singgit - khas untuk belanja sekolah kakak haha. Senang bagi duit singgit-singgit.

3. Gambo anak

4. Resit/Resit top up yang lama-lama -  perap buat pekasam! haha

5. Lip balm -  tapi bukan aku punye. Anak-anak punye! Anak-anak pulak yang terlebih melaram dari maknya ..... pe cittaaaa!

6. Buku bank anak

7. Barang mainan anak (pffftttt)

8. Brooch tudung -  untuk hal-hal kecemasan! Kerap sangat pin brooch aku ni tertanggal!

9. Kabel USB

10. CD softcopy gambar anak

11. 1 sachet minuman TrudTox - dok buat review hari tu, gigih spare dalam beg ekekekek :D

Tu je yang aku ada dalam  beg kecil aku ni. Sepatutnya ada vicks tapi dah hilang ntah ke mana haha. AKu selalu spare vicks tu, pasal senang kalau nyamuk gigit anak-anak aku, aku terus sapu pastu tak gatai dah hehe.

Tak macam handbag orang lain, isi dalam beg aku takda makeup set ...kan?? Sedeyyyyy ~

T__T


Koleksi Cabaran 30 Hari


You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. comelnya beg dia..tapi macam2 ada..ni baru betul2 poket doreamon..hehhe

    ReplyDelete
  2. Mainan anak2 hehehe..biasa la Dah jd mak gitu la...

    ReplyDelete
  3. Tudiaaa... esok ena dah ada anak, macam nilah kot.. ekekeke

    ReplyDelete
  4. Duit singgit sama mcm ibu yaya. haha

    ReplyDelete
  5. Fuii.. Byknya isi.. Beg ajaib nih.. Hehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM