Thursday, September 11, 2014

# KBBA # KelabBloggerBenAshaari

[Cabaran 30 Hari] Hari 11 - Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak


Assalamualaikum!




Hari ni aku kena ceritakan kenangan zaman aku kanak-kanak dulu. Hurm... ni yang buat aku berpeluh nak mikior story ape aku nak citer ye hahaha. Terus terang aku cakap, aku hilang ingatan 60% zaman kanak-kanak aku dulu wakakaka. Nak kata kena dera ...tak. Nak kata ada nyanyuk, aku belum tua lagi. Tapi tu la .... aku memang susah n ak recall balik ni!

Tapi sebagai menyahut #cabaran30hari ni, aku gigih 'perah' paler otak aku nak bagi ingat balik kot-kot kalau ada yang masih aku ingat zaman kecik-kecik dulu.

Masa tu umur aku dalam 10-11 tahun kot. Balik kampung time nak raya. Malam lepas buka puasa, pak sedara aku bawa keluar segala jenis mercun dan bunga api! Perghh! bukan calang-calang mercun weh hehe.

So, aku dan sepupu-sepupu yang lain dah tak sabo nak main dah ni! Yang pempuan amik bunga api je. Yang lelaki berlagak nak main mercun haha. So, sepupu aku ni gi amik mercun lebah dan cuba nak bakar.

Tengah sedap-sedap kami menyanyi sambil hayun bunga api, tetiba sepupu aku tadi tu lari mencanak keliling umah! Rupanya mercun lebah dok ngekor dia! haha. Kami pakat ketawa la kan, dah nama pun budak. Tak rasa pulak nak nolong dia masa tu hahaha.

Tapi, aku tak ingat macam mana sepupu aku boleh terselamat dari mercun lebah tu haha. Tak ingatttt! Tapi, yang aku ingat masa tu memang havoc kat luar umah sampai mak-mak sedara pak-pak sedara keluar umah nak tengok apa berlaku.

Sekarang ni, bila-bila aku ingat-ingat balik benda tu ... kesian pun ada, lawak pun ada hehehe. Mujurlah dia takda ape-ape. 

Tapi pelik yek, macam mana mercun lebah tu boleh ikut dia lari keliling umah ye? Ade sensor ke ape? ngeh3x ^^


Koleksi Cabaran 30 Hari


6 comments:

  1. Err bunga api pon lisa tk berani peganggg

    ReplyDelete
  2. Aah kan pelik jugak. ada sensor la kot. haha

    ReplyDelete
  3. best kan bila kenang balik zaman kanak kanak, main mercun ramai ramai, best!

    ReplyDelete
  4. haha, tula kan bila pikir blik mcm pelik..hehe

    ReplyDelete
  5. hhaahahha..kesian budak tu..tak memasal jadi mangsa

    ReplyDelete

Apa kata korang?