[Cabaran 30 Hari] Hari 12 - 5 Wishlist Aku

Friday, September 12, 2014



Assalamualaikum!




Wow! kali ni aku nak kongsi 5 wishlist aku kat korang. Biasa kalau aku blogwalking mesti ada kotak wishlist ni kat sidebar blog korang kan. Yang mana dah tertunai, klik right. Yang mana belum, kotak masih kosong.

Sebenarnya ..... hajat aku yang sebenar-benar lagi benar dan membenarkan telah pun tertunai. Apa hajat aku tu biarlah ia menjadi rahsia aku seorang. Yang pastinya hajat yang telah tertunai itu bukan berkenaan diri aku atau Pak Jelan atau anak-anak aku.

Moga beliau istiqomah ....

Ok! 

So, disebabkan hajat aku yang pertama-tamanya dah tertunai aku nak tambah lagi la wishlist aku. Penganjur nak 5 je kan, ok la aku kongsikan 5 antara 1000 wishlist aku yek hehe :D


1. Menunaikan haji dan bawa mak bersama ke Mekah.
  • Abah dah pernah pergi dah, cuma mak je belum. Siapa yang tak teringin nak pergi ke Mekah al Mukarramah,tempat paling dicintai Allah. Dulu kaki mak sakit, susah nak berjalan jauh. Tapi sekarang alhamdulillah dah beransur pulih. Kalau hajat aku ni kesampaian, dan Allah permudahkan segalanya untuk mak dan kami, aku doa agar mak diberi kesihatan yang baik untuk menunaikannya.

2. Berhenti merokok!
  • Bukan aku yang merokok tapi orang 'sebelah'

3. Memiliki kedai mainan kanak-kanak (macam Toys R Us)
  • Aku teringin sangat nak jadikan kedai mainan tu sebagai harta pusaka untuk budak-budak ni. Paling koman pun macam kedai Meei Mei tu pun jadi la hehehe. Pasaipa? Pasai aku rasa dah beratus ratus  ringgit aku 'leburkan'  kat kedai mainan! Kalau dapat, aku nak hadiahkan kat diaorg, pastu diaorg boleh makan tidur main dalam kedai tu hehe.

4. Tambah anak
  • Mana aku pergi mesti orang bertanya, Nim, bila nak tambah lagi? Mira pun dah besar. Aku faham...aku memahami keinginan korang untuk melihat keluarga kami membesar dan bertambah. Aku pun sama. Takpe, pasni 100 orang yang baca hajat aku ni tadah tangan dan berdoa sekejap untuk aku. Boleh cenggitu? boleh la... boleh la...boleh la :)

5. Senangkan mak dan abah
  • Sebak bila teringatkan mak dan abah yang hanya tinggal berdua di kampung. Sampaikan kakak tanya kat aku, ibu tak sayang atok ngan wan ke? nape tak tinggal ngan atok dan wan? Aku berdoa dan berharap sangat suatu hari nanti aku dapat duduk tinggal dekat ngan mak dan abah. 

So, itulah 5 wishlist aku untuk kali ini. Segala yang aku hajatkan di atas bukan rekaan semata-mata. Ia lahir dari dalam hati ini. Semoga Allah perkenankan hajat-hajat kita semua insyaAllah :)



Koleksi Cabaran 30 Hari

You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. amin...moga semua wishlist anim tu akan tercapai...

    ReplyDelete
  2. wishlist yg pertama tu pun termasuk dlm wishlist fae

    ReplyDelete
  3. Jemput Join http://assiddeeeqah.blogspot.com/2014/09/liebster-award-dari-blogger-zai-jamilah.html

    ReplyDelete
  4. semoga wishlist kak hanim tercapai

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM