[Cabaran 30 Hari] Hari 4 - Buku Kegemaran Aku

Thursday, September 04, 2014


Assalamualaikum!


Hohoho bila kali terakhir aku baca buku yek? 

Ahaa! Bulan 6 aritu ... buku prestasi Mira! Buku la jugak tu kan :p 

Kat sini aku nak buat pengakuan bahawa aku bukanlah pembaca buku yang setia. Zaman aku selak-selak mukasurat buku dah berlalu haha. Terutama buku-buku teks sekolah dan nota-nota zaman 'British' yang aku sampai sekarang bikin pusaka! heeee :D

Tapi, itu bukan lah bermakna aku tak suka membaca! Aku suka...cuma tiap kali aku baca separuh muka surat, mesti mata aku otomatik terkatup! hehe. Pun begitu, aku tetap ada pilihan buku yang pernah aku baca lebih dari sekali. Yang peliknya, bila aku baca buku-buku ni, mata aku tak plak terkatup! haha :p



Koleksi Komik Doraemon




Komik merupakan antara hiburan aku zaman kanak-kanak dulu. Kalau tak silap aku, dulu komik Doraemon dan Dragonball antara yang femes zaman tu hehe. Aku ingat lagi, tiap kali dapat duit upah meniaga nasi lemak ngan mak, aku akan pergi berlari ke pasar pagi berdekatan Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak dan beli setiap jilid komik Doraemon yang terbaru.

Tak silap aku harga dia time tu RM2.50 atau RM3.50. Memang banyak giler koleksi komik yang aku simpan time tu! Ye la, dulu kalau mak tak bagi aku main kat luar, komik ni la yang aku baca untuk hilangkan rasa boring. Tapi, bila kami kena pindah ke Desa Pandan, aku dah tak jumpa komik-komik aku tu. Mak buang kot, aku pulak terlupa sampai ke sudah hehe.



Pilot Cafe





Ombak Rindu




Aku beli novel-novel ni tahun 2006. Aku sebenarnya bukanlah peminat novel tegar. Ini pun hasil pengaruh opismate aku ketika tu yang memang cakap 2 novel ni best! Time tu kegemilangan buku-buku novel memang sedang berada di puncaknya, tapi adaptasi dalam drama tu belum ada lagi. So, nak feeling lebih kenalah baca bukunya dulu hehe. 


Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab




Aku beli buku ni tahun lepas rasanya. Walaupun aku tak khatam habis buku ni, tapi ada masa aku rujuk untuk dapatkan kepastian terutama tentang hukum hakam ni. Umur dah meningkat dah, takkan nak wat bodo wat ilek sampai ke sudah kan! hahaha. Aku cakap kat diri aku, bukan korang tau.

Hmm tu je la kot buku-buku yang aku suka baca hehe. Sikit sangat kan! Kan aku dah cakap, aku bukan pembaca yang setia. Tambah sekarang ni semuanya baca ikut pc, bukan buku! lagila susah nak pegang buku huhu. 


Kalau pegang buku pun, time nak amik periksa KPSL jela heeee :D



Koleksi Cabaran 30 Hari



You Might Also Like

25 pengomen comel

  1. saya orang yang malas baca buku..tapi bila tengok suami baca buku,saya pun sibuk tunjuk rajin membaca..hahaha

    ReplyDelete
  2. pilot cafe pon irra penah baca. tapi lupa dah ceritanya. bab hukum2 ni ptg2 husband balik buka u tube. seisi keluarga dengar. hehe..kan mudah sekarang ni xyah beli buku :p

    ReplyDelete
  3. yeayyy, Ombak Rindu , fiza pun sukaaa

    ReplyDelete
  4. tengok buku doraemon tu.... alahaiiii rindunya zaman2 ribena dulu..... hahaha !!

    tabung sony xperia :) salam kenal ^^

    ReplyDelete
  5. kite suke gak Pilot Cfe.. x sabar nak tunggu filem dia! Ada Neelofa!

    ReplyDelete
  6. komik pun termasuk ehhh... hahaha... ok la tu... doremon lak tu... terbaek...

    ReplyDelete
  7. Ena suka baca doraemon jugaaaa.. kita geng

    ReplyDelete
  8. ombak rindu.. mama baca zaman sekolah..

    ReplyDelete
  9. Rindunya nak baca buku siri doraemon tu

    ReplyDelete
  10. Suka doraemon jugak! :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. wah doraemon, kita tak pernah beli doraemon, mama kita tak bagi...ha ha ha...selalu pinjam dan curi2 baca kawan punya jer.... tapi ombak rindu tu of course iolss pun suka ok?

    ReplyDelete
  12. Buku doremon tu dari zaman dulu lagi kan.. huhuu

    ReplyDelete
  13. give 5. like too doremon. haha. masih follow doremon ptg2 sabtu ..

    ReplyDelete
  14. ya ampunnnn doraemonnn hahahhaa....eh ombak rindu tu ada sambungan tau sue ada bukunya...hhehehhee

    ReplyDelete
  15. ila baca buku ikut peredaran usia..sekarang buku ilmiah hihi

    ReplyDelete
  16. dulu yaya byk koleksi doraemon! hehe.. novel pun suka baca tp skrg takde masa..

    ReplyDelete
  17. Shin Chan ada tak? Eraz pernah kumpul buku Shin Chan.. Buku kat bawah tu, Eraz ada juga..

    ReplyDelete
  18. Anim..org kata kalau kuat ngantuk, sedia ngantuk ni biasanya kena badi mayat! Ada ziarah mayat ke dlm masa terdekat nih.. eh jgn salah faham plk, bkn sebab tu tapi kebetulannya saja org tua² kaitkan dgn mayat yg keadaan terbaring tutup mata. Haha jgn la cuak anim ..lex ar .

    ReplyDelete
  19. Wah.. Peminat doremon rupanya.. Haha..

    ReplyDelete
  20. banyaknya buku akk baca..hehee..nad suka baca buku ujang jee

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM