Sunday, September 07, 2014

# KBBA # KelabBloggerBenAshaari

[Cabaran 30 Hari] Hari 7 - Sejauh Mana Pentingnya Pendidikan Bagiku


Assalamualaikum!



sumber : google

Waaaaa dah masuk hari ke-7 dah! Hari ni aku nak berkongsi pendapat mengenai kepentingan pendidikan dari perspektif Dr. Hanim :D

Sabda Nabi saw  yang bermaksud :


"Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Riwayat Ibnu Majah)

Setiap peringkat fasa kehidupan kita memerlukan kita untuk menuntut ilmu sebanyak yang boleh. Sebab itu manusia diberikan akal oleh Allah swt kerana dengan akal maka kita dapat menerima dan memberi ilmu dengan mudah.

Sejak dari dalam kandungan ibu lagi, kita sudah pun diberikan pendidikan. Kalau kita tanya mak-mak kita dulu, apa yang mak ajarkan kita masa kita dalam kandungan? Mak kita jawab, mak bacakan surah Luqman, surah Yusof untuk kamu. Supaya kamu nanti membesar jadi anak yang soleh/solehah

Sebagai ibu, aku juga turut mementingkan pendidikan untuk anak-anak. Baik dari segi akademik, moral dan pengetahuan tentang Islam. Benda yang selalu aku ingatkan pada anak-anak ialah beza antara orang berjaya dengan tidak adalah pada ketinggian ilmunya. 

Kalau nak berjaya mesti ada ilmu. 

Namun, ada ilmu saja tidak menjadikan kita berjaya sepenuhnya jika kita tidak sebarkan pada orang lain, dan ilmu itu akan menjadi sia-sia jika kita tidak beramal dengannya.

Jadi, teruskan menuntut ilmu dalam apa jua keadaan kita. Dan, sentiasalah beramal dengannya supaya kita dan orang lain sama-sama mendapat manfaat di dunia dan di akhirat.

Tapi, jangan pula kita pi belajar ilmu yang tidak sepatutnya, pastu kita sebarkan pada orang lain atau kita aniaya orang lain. Nescaya ia akan mengheret kita ke lembah kehinaan.

Wallahualam.



Koleksi Cabaran 30 Hari


6 comments:

  1. Kita cuba tanamkan pentingnya belajar dalam diri anak-anak sejak mereka dari kecil lagi..

    ReplyDelete
  2. Menuntut ilmu bukan sekadar yg ada sijil je kan.. bnyk ilmu baik yg ada di bumi Allah ini utk kita pelajari. Mudah2an menjadi ibadah kebaikan yg dpt memberati timbangan amal kita semua di akhirat kelak... aamiin.

    ReplyDelete
  3. Ilmu ni , semakin diberikan semakin bertambah..tak luak lah sikit pon.

    ReplyDelete
  4. Martabat org berilmu mulia disisi Ilahi..

    ReplyDelete
  5. ilmu boleh di cari dimana-mana tetapi dari sumber yang betul

    ReplyDelete

Apa kata korang?