ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, September 09, 2014

Dalam Pahit Ada Manisnya!

  5 comments    
categories: 


Assalammualaikum!


Dugaan ....

Minggu lepas kereta aku buat hal lagi. Memula aku ingat masalah starter sebab bila aku start dia bunyi "crecettttttttt!crecettttttt!". Bila tanya orang kat opis, diaorg kata mungkin alternator

Tapi Pak Jelan pulak cakap sebab bateri dah weak



"Hidup ini umpama jalan sambil menuruni bukit. 
Sedap jalan menurun, tapi silap langkah ko boleh jatuh 
tergolek sampai ke bawah sambil diperhatikan oleh orang lain"
(motif bermadah sebab nak bagitau dah dua kali aku jalan kaki kat sini
dan belum pernah jatuh tergolek lagi ....wakakakaka!)


Disebabkan tu, kereta tersadai di tepi jalan dari tenghari hingga petang. Dah la masa tu, angin kuat dan hujan lebat ... Pak Jelan hanya mampu duduk dalam kereta dan tunggu hingga hujan berhenti. Habis kerja, aku pergi pula ke dia ...jalan kaki dari opis!

Aku duk dalam kereta, Pak Jelan tolak dari belakang. Cuba main clutch ngan minyak bila kereta bergerak ...tapi enjin tak hidup. Cuba lagi ... tolak ke belakang kemudian tolak ke depan balik. Dan gagal ....!

Dekat 5-6 kali dia cuba tolak, dan aku cuba hidupkan enjin, tapi tak mo start! Bayangkan kami dua laki bini je kat situ! Pak Jelan dah hampir putus nafas, kaki tangan dah menggigil sebab tolak banyak kali. Mujurlah kebetulan ada sorang mat saleh lalu situ, dia offer tolong, tapi still kereta tak mo start. 

Jam dah dekat kul 6, anak-anak masih kat sekolah tak berambil. Aku amik keputusan amik anak dulu bawa ke sini. Pak Jelan jaga kereta.





Sambil jalan kaki aku jenguk-jenguk kot ada teksi yang lalu di situ. Tapi hampa ...! Aku jalan kaki sampai ke jalan besar, jalan dah jem dengan kereta yang berlumba-lumba nak balik. Tapi, aku tak jumpa satu teksi pun! Memang time sesak-sesak gini, teksi takkan lalu.

Jadi, aku ambil keputusan untuk jalan kaki terus ke sekolah kakak dan adik! Dari mana aku jalan? dari stesen Caltex Jalan Selangor sampai ke sekolah agama dekat Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer! 

Fuh! berbaloi rasa dikurniakan kaki yang panjang dan kuat hahaha.

Selesai amik anak-anak, aku singgah solat Asar di masjid. Jam dah dekat kul 6 lebih, aku ngan anak-anak tunggu teksi depan masjid. Hampir 45 minit dan takda satu teksi pun lalu! Huh .... drama apakah ini??? 





Hati dah mula gusar ... kereta rosak, kaki dah lenguh, anak-anak penat, hari dah nak malam, kami jauh dari rumah dan masing-masing lapar! Tapi Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya, lalu sebuah teksi muncul dan berhenti di hadapan kami T__T

Alhamdulillah ....

Di sebalik apa yang berlaku, aku bersyukur pada Allah kerana telah mempertemukan kami dengan insan-insan yang berhati mulia yang sudi tolong. 

Ada yang buat donno je bila nampak Pak Jelan tolak kereta sengsorang ... !

Sedih ....! tapi siapalah aku nak salahkan mereka. 

Terima kasih pada yang tolong kami hari tu. Hanya Allah dapat membalas kebaikan kamu :)


5 comments:

  1. ada sekali tu kita org nk g kenduri.. dah lewat sgt dah.. nak pergi majlis akad nikah sedara kot.. kita tunggu kat tgh rombongan kat tgah jalan pasal rumah pegntin perempuan dah dekat.. tb2 plk ada kereta mati..
    oh tok laki hambe ni pantang x menolong org dlm kesusahan.. dibuka nya enjin , tukar bateri kereta kami..masuk bateri kete tu.. start..dapat start, tukar balik bateri kete.
    rombangan dah smpai..terpaksa tunggu semuanya pasal kami x sudah lagi tukar bateri blk..
    suka betul org tu.. ucap terima kasih, siap bg duit kat Luth..masa tu luth bby sgt lagi..
    harap..bila kita susah nanti..ada org nak tolong.
    br ni kete pun xleh start nasib baik kat rumah..air beteri kering..sama juga..pakcik rumah depan sibuk suruh anak dia pinjamkan kereta nak perhidup kereta..
    insyallah tolong menolong ada hikmahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis, takda ruginya kita menolong orang yang benar-benar dalam kesusahan. Sedih sangat bila tkda orang buat dekkk je tapi rupanya Allah hantar yang lebih baik untuk kita :)

      Delete
  2. ku kenali jalan itu di mana...hu hu hu..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.