Dia Tak Bagi Aku Berblog?

Monday, September 08, 2014


Assalamualaikum!


Dua hari aku kena 'kuarantin' disebabkan diaorg. Takleh tengok aku pegang gajet ... handphone, iPad atau laptop! Macam ada 'sensor' kat laptop tu, kalau aku pegang je akan ada salah seorang dari diaorg yang perangai merajuk! 

Haih ....

Kadang-kadang aku 'curi-curi' juga ruang untuk update blog, tapi tak berjaya! Hah! memang aku tak pandai nak cilok pun ngan diaorg haha. Ada gak aku try amik hati diaorg. Aku masakkan apa yang diaorg suka, aku layan diaorg main, aku bawa gi kedai Meei Mei, belikan diaorg eksrem, aku gurau-gurau sakat menyakat sampai menangis si kecil tu aku 'kerjakan' hahaha. Tapi tak jalan jugak ....!




Dah la minggu lepas aku kena sound setepek ngan kakak gara-gara ngadap wassap sambil tersengih sengsorang. Selamba badak je dia kasi ayat sentap! Tergamam aku dibuatnya .. tapi memang ada benarnya dia tegur tu huhu.

Bila anak-anak dah boleh bercakap dan memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka, mereka akan persoalkan kenapa kita tak spend time ngan mereka. Tambah, anak-anak aku ni jenis yang tak tidur siang, hyperaktif kemain! Selagi dia tak pejam mata, dia akan main sampai puas dan akan ajak kita sekali. Kalau kita tak layan, siap sedia la telinga korang dengar ayat sentap diaorg huhu. 




Aku faham mereka perlukan perhatian dari ibu dan ayah mereka. Lebih-lebih lagi cuti hujung minggu Sabtu & Ahad .... sebab dua hari ni je la mereka dapat tengok muka aku lama sikit berbanding hari-hari biasa. 

Sebab tu sepanjang dua hari cuti hujung minggu lepas, aku tak da apa-apa update yang special di blog, melainkan aku 'curi-curi' masa tengahmalam siapkan entri #cabaran30hari tu huhu. 

Tu pun kena kantoi ngan si kecil yang bangun kencing tengahmalam ...

Ibu ... jom la tido. Asyik men laptop je .....!

*cepat-cepat tutup laptop lari ke katil dan tido*

T__T


You Might Also Like

15 pengomen comel

  1. haha....betul tu...akak pun pernah kena tegur dgn anak....dengan my husband pun pernah....aduhai......

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn kak, memang sentap kita dibuatnya hehe. Budak-budak kalau nak tegur diaorg kasi direct terus hehe :D

      Delete
  2. he2 memang budak kecik mmg camtu...nakkan perhatian..layan je,,esok da takde diorg nak berkepit ngan kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah sis, memang itulah yang kita fikirkan. Diaorg cepat membesar, kalau dari sekarang kita tak bersama-sama ngan mereka, mungkin takkan ada masa lain lagi bila mereka dah besar.

      Delete
  3. Hahaha kesian akk... xpelag sabar jelah ye demi anak anak

    ReplyDelete
  4. Hihihi..camne lah nnt ada anak sendiri.hihi

    ReplyDelete
  5. amboi...mak dia dah kena berjaga-jagalah nie,kang ada kena sound lagi...hehehe...sabar jelah anim,mybe mereka nak perhatian lebih kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, memang kena bersabar banyak. Budak-budak sekarang dah pandai meluahkan perasaan tak macam kita dulu hehe. Apapun luahan diaorg, kita kena amik perhatian.

      Delete
  6. Di org nak perhatian lbh tu kan kak

    ReplyDelete
  7. Itulah cabaran sebenar blogging, kena bijak urus masa.. keluarga yg utama, kelalaian kita boleh memusnahkan impian bahagia anak².

    ReplyDelete
  8. sedih pulak baca kisah ni.. mama baru lepas memasak untuk family, layan anak2.. sekarang baru dapat blogging... kejar masa kekadang..

    ReplyDelete
  9. Hmm... Agaknya gtu gak lah gaya bila ank sy besar nnt... Mmg autopublish entry je lah memanjang.. Tu pun kalau sempat kot..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM