ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, September 23, 2014

Blogger's Family Day Di Agrofarmstay, Melaka - Part 1



Assalamualaikum!





Minggu lepas, aku mendapat jemputan dari pihak Agrofarmstay melalui #kelabbloggerbenashaari untuk menyertai Blogger's Family Day selama 3 hari 2 malam bersama dengan rakan-rakan blogger yang lain.




Setelah sekian lama merancang percutian dengan anak-anak, akhirnya dapat juga aku tunaikan permintaan mereka kali ni. Nak sangat gi jenjalan jauh-jauh katanya huhu.

Kami bertolak awal dari KL dalam pukul 3.00pm. Perjalanan ke Agrofarmstay yang terletak di Durian Tunggal, Melaka hanya mengambil masa 2 setengah jam je dari KL. 

Sementara tu dalam kereta ....



'Charge bateri' luuuuuu! :p




Agak senang nak cari Resort Agrofarmstay ni, kami Waze aje dah jumpa hehe. Kawasan sekeliling diliputi hutan dan kampung-kampung, jadi bila lalu kat sini rasa sejuk, redup dan nyaman je.




Alhamdulillah, akhirnya tepat jam 5.30pm kami berjaya sampai di Resort Agrofarmstay ni. Kalau tak silap, masa ni baru dua keluarga blogger yang dah sampai dan dari #kelabbloggerbenashaari, aku berjaya sampai dulu! hehehe. 

Semangat nak bercuti kannn! :p




Aku dipertemukan dengan En. Bari, pengurus Resort Agrofarmstay ni dan juga orang yang bertanggungjawab menjemput kami (blogger dari kelabbloggerbenashaari) ke sini. Isi borang dan dengar taklimat ringkas dari beliau, kemudian baru aku diberi kunci villa !

Yessss, aku dapat villa!!! hahahaha :p




Villa kami atas bukit! ^^




Bergambar kenangan depan pintu villa hehe ^^

Villa yang kami duduk ni namanya Villa Idaman, sangat luas ruang tamu dan dapurnya. Mempunyai 7 bilik dilengkapi dengan bilik air setiap satu! Tak perlu susah payah kuar masuk bilik kalau nak ke tandas.

Nak tengok apa ada dalam villa? Jom usha! ^^




Ruang tamu yang luas! Luas melampau ok! Kakak ngan adik siap boleh lumba lari lagi kat sini.




Kalau korang nak tahu, semua perabot yang digunakan untuk ruang tamu dalam villa ini adalah berkonsepkan perabot jati yang diimport. 

Jadi, memang selesa kalau duduk atau baring di sini. 

Rasa nak tidur kat situ jugak! haha.





Bergambar dulu sebelum gi swimming pool hehe :D




Ruang santai dan borak-borak seisi keluarga.




Ruang makan. Besaq baq ang!




Jom naik atas pulak! ^^









Pemandangan dari luar tingkap di tingkat dua.




Jom ke dapur pulak! ^^





 .
Pada sebelah malamnya, semua blogger dan keluarga masing-masing berkumpul di Dewan Lily untuk mendengar satu sesi taklimat ringkas tentang kemudahan dan program yang telah disediakan oleh pihak homestay untuk 3 hari 2 malam ini.





Aben memberikan ucapan sebagai wakil dari Kelab Blogger Ben Ashaari.




Kemudian, kami dibawa ke Dewan Palma untuk menikmati makan malam. 



Pak Jelan sempat lagi meraging Qhaliff hehehe.





Itulah antara serba sedikit pengenalan untuk hari pertama. Nak tahu apa aktitviti kami seterusnya?

Tunggguuuuuu! nanti cheq ceghita nooooo ^^


8 comments:

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.