Thursday, September 11, 2014

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Lakukannya Bersama !


Assalamualaikum!


Aku akui memang senang ajar kakak tentang solat. Garang-garang aku pun, dia still sudi nak belajar ngan aku huhu. Garang nau ibu kakak ni! Ye la ... aku ni jenis memula ajar memang lembut. Kali pertama teori ... kali kedua bacaan dan gerakan ... kali ketiga praktikal! haha.

Dan, satu lagi kelemahan aku ... aku ni cepat temper bila ajar budak-budak. Padahal aku paling suka ngan budak-budak tapi tu la ....! Mungkin sebab tu aku tidak ditakdirkan jadi guru hehe.




Tentang kakak ....

Dia tau aku garang dan tegas bila mengajar tapi masih berani minta aku ajarkan tentang solat. Takpe kakak, ibu tegas tanda ibu sayang dan nak kakak buat betul-betul. Solat bukan benda main-main, bukan sekadar gerakan.

Memula aku ajarkan yang basic je dulu! Contoh bacaan lafaz solat dan niatnya. Bacaan alfatihah, surah lazim yang pendek dan bacaan-bacaan lain dalam solat. 

Yang sunat, aku tak ajar dulu pasal aku tahu kemampuan kakak setakat mana. Aku tak nak dia rasa susah nak hafal semua bacaan tu. Gigih aku belikan carta solat tau! hehehe. Lebih senang ajar anak gunakan carta cara solat berbanding refer kat buku. 

Bila dah boleh baca yang basic, aku tunjukkan gerakannya pulak. Rukuk macam mana, sujud macam mana, kaki letak macam mana, tangan buat apa dan sebagainya. Benda dok ulang-ulang, kalau kita ajar dia tiap-tiap hari insyaAllah dia senang nak ingat. 

Ada masa kakak rasa macam susah sangat nak buat solat ni. Aku faham ... benda baru bagi seorang kanak-kanak memang akan ambil masa untuk terima. Takpe .. bila dia tunjuk muka seposen tu, aku suruh stop dulu suruh dia berehat. Tengok kartun ke, main game ke, atau makan dulu ke. Gitula cara aku nak amik hati dia hehe.

Alhamdulillah, sekarang kakak dah boleh solat sendiri. Ada bacaan sunat yang masih aku tak ajar lagi kat dia, contoh doa iftitah. Itu on the way ...

Satu yang aku perasan lately, dia sangat suka kalau dapat solat jemaah. Hari-hari dia request solat jemaah ngan kami. Tak dapat jemaah ngan ayahnya, dia akan minta berjemaah ngan aku. Tak sampai hati nak tolak atau say no terus! tapi kadang-kadang terkeluar gak ayat kakak solat la dulu, kakak solat sorang-sorang pun takpe.

Bila kita cakap macam tu, semangat dia macam down sikit la. Sambil buat muka muncung, masuk dalam bilik air amik wudhuk dan masuk bilik sarung telekung sendiri.

Padahal, aku pernah bagitau dia, yang solat jemaah pahalanya 27 kali ganda lebih banyak dari solat seorang diri.

I know .... me bad mother kan T__T

So, semalam ... 


"bu ... ibu nak pahala lebih tak?"

"Naper?"

"kalau ibu nak pahala lebih, nanti kita solat jemaah ye. 
Kakak nak solat ngan ibu"



Kakak .. terima kasih kerana menegur/mengingatkan ibu. Moga kakak dan adik menjadi muslimah yang solehah dan lebih baik dari ibu.


*Buka hati untuk menerima teguran dari anak-anak, nescaya anak-anak juga akan senang menerima teguran dan ajaran/nasihat kita.


10 comments:

  1. betul tu anim,bukan senang kita nak mengajar anak-anak zaman sekarang nie,silap kita habislah mereka ajar kita balik..hehehe..apa yang penting,kita kenalah jadikan diri kita sebagai role model untuk mereka kan..

    ReplyDelete
  2. Bila dah diajar dri dorang masih kanax2 ni senang, dorang senang trima, wah bagus tu kakak suka solat jemaah, siap tlong ingatkan ibu dia lg.. bagus tu..:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...memang elok ibu sendiri yang ajar anaknya

    ReplyDelete
  4. Bagus kakak sng d ajar kan moga jadi ank yg solehah buat ibu ayah

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..bgus klu ibu sendiri yg ajar..

    ReplyDelete
  6. mama sendiri mengajar anak mengaji dan solat. kekadang tu boleh hilang sabar jugak dengan kerenah dorang ni... sabar! sabar.. hihi

    ReplyDelete
  7. Bagus betul anak akak... bagus didikan kak hanim.. biasalah tu kadang kadang kurang sabar bila mengajar budak budak kecil ni...

    ReplyDelete
  8. Hihi LM pun garang ngan ank tp masa LM ngajar dulu x pulak garang. Tu bezanya ank org dgn ank sendiri. Kita nk ank sendiri cpt pandai dan jd yg terbaik sbb tu tegas kemain

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..kanak-kanak ni cepat belajar

    ReplyDelete

Apa kata korang?