Laman Web Rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, September 17, 2014


Assalamualaikum!


Begitu pantas masa berlalu, dan dalam masa dua tahun aku berblogging ni banyak perubahan yang telah aku lihat di sekeliling aku. Dunia blog juga telah banyak berubah, dan kebanyakan perubahan ini boleh diterma baik dikalangan blogger-blogger sendiri.

Dan, sejak aku menjadi ahli Kelab Blogger Ben Ashaari, lagi banyak yang aku dapat pelajari tentang dunia blog ini. Betul! Berbanding masa aku sorang-sorang terkapai-kapai mencari info dan kenalan dalam dunia maya ini. Alhamdulillah, rakan-rakan dalam Kelab Blogger Ben Ashaari banyak membantu blogger-blogger baru macam aku untuk menapak lebih kukuh.





Bersama rakan-rakan blogger lain, kami dihimpunkan dalam satu komuniti tanpa mengira populariti mahupun senioriti seseorang. Semuanya sama dilayan sama rata dalam kelab ni. Takda cantas mencantas, takda diskriminasi dan tentu sekali tiada pilih bulu! Aku ingat lagi pesan Aben bila memula join kelab ni dulu, nak berjaya jangan tunggu orang datang pada kita tapi kita tunjukkan bakat kita (blogging) dan rezeki akan datang dengan sendiri.

Bermula dengan Page Kelab Blogger di Facebook, kini Kelab Blogger Ben Ashaari telah melangkah setapak ke hadapan dengan tertubuhnya laman web rasmi iaitu www.kelabbloggerbenashaari.com, Jelas bahawa kami sangat serius dalam dunia blogging dan ingin mempromosi blog-blog rakan seperjuangan yang terpaksa bersaing dengan blogger-blogger yang sudah gah.




Antara tujuan lain penubuhan Kelab Blogger Ben Ashaari ialah :
  • Mengeratkan sillaturrahim sesama blogger
  • Mempromosi blog masing-masing
  • Memberi panduan dan tips kepada rakan blogger yang baru berjinak agar mereka tidak tersalah langkah atau tersasar dari niat sebenar apabila berblog.




Selain laman web rasminya, Kelab Blogger Ben Ashaari turut mempunyai akaun rasmi Instagram iaitu @kelabbloggerbenashaari. Pelbagai aktiviti kelab bersama blogger akan dikongsikan di akaun Instagram.  Sudilah kiranya korang memberikan sokongan dan follow instagram kelab.

Seiring dengan moto kelab Bukan Sekadar Blogger, ya kami bukan blogger semata-mata tapi kami bersaudara dalam satu komuniti dan saling menyokong antara satu sama lain. Kami tak kacau orang lain dan sudah pasti kami tidak mempunyai hasad dengki terhadap orang lain. Ehh... tu citer lain dah tu hahahaha :p.

Pada yang ingin menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari, kami alukan kedatangan anda selagi tiada prasangka buruk. Kelab ini bukan untuk berpuak-puak atau mahu meuwujudkan jurang antara kita tapi sebaliknya kami ingin menyatukan blogger dalam komuniti dan memeriahkan lagi dunia blogging! ^^ 



You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. Semoga hubungan kita sesama ahli erat dan kukuh

    ReplyDelete
  2. Wah..baguslah dah laman web ni..boleh bertukar2 pendapat.. :)

    ReplyDelete
  3. memang best join group ni..terima kasih

    ReplyDelete
  4. Semoga kelabbloggerbenashaari ini menjadi platform buat mereka yang masih baru atau yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog.. Gunakan peluang ini sebaiknya..^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah aaminn aamin yarabbalalamin. Terima kasih atas sokongan bro :)

      Delete
  5. Semoga tak da desas desus negative lagi lepaih ni

    ReplyDelete
  6. kalo sy like dah dikia join ke? ada syarat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau like page kelab di fb, boleh ping entri di sana :)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM