Monday, September 15, 2014

# Cerita Kat Opis # Story Kenit

Pemeriksaan Kesihatan Bersama NKF


Assalamualaikum!


Sekarang ni banyak betul penyakit-penyakit baru yang muncul. Macam-macam nama penyakit, sampai terbelit-belit lidah ni nak menyebutnya. Dan, kesedaran tentang pemeriksaan kesihatan di kalangan masyarakat sangatlah kurang.

Sedikit keberuntungan bagi orang-orang yang bekerja dengan jabatan kerajaan/company yang selalu cakna tentang tahap kesihatan staff mereka. Kalau sendiri-sendiri nak pergi klinik buat temujanji untuk check kesihatan, memang takdo la!

Kalau ada pun, sangat sedikit bilangannya.




Jadi, bila jabatan aku offer staff untuk buat pemeriksaan kesihatan ni memang aku tak lepaskan peluang! Apa benda NKF ni?? NKF adalah singkatan bagi National Kidney Foundation (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan).

Tiap-tiap tahun mereka memang akan datang ke jabatan untuk buat health screening tuk staff HQ. Bayaran?? FREE!! sebab Kelab Jabatan tanggung mihmihmih~

Cuma perlu bayar RM5 untuk buat test kolesterol.

Sambutan memang menggalakkan! Rugi sangat mereka yang tak buat tu. Time ni la kita nak tahu tahap kesihatan organ dalaman tubuh kita macam mana. Ada juga yang takut nak buat sebab memang dah tahu ada sakit, so nak elak terkantoi baik takyah buat huhu.




Memula aku check blood pressure dan bacaannya 105/69. Agak rendah kan? Tapi, petugas tu cakap ok la ni normal hehe. Pastu gi meja sebelah pulak ukur tinggi dan berat badan. Yang ni yang aku tunggu-tunggu ni! haha.




Kalau sebelum ni tinggi aku 5'7" a.k.a 170cm dan berat aku 65kg! Bagi aku, tu kategori gemuk dah tu haha. Pernah sekali aku capai berat 72kg waktu mengandungkan Mira ..fuh!*lap peluh kat dahi*

So, tadi aku timbang berat aku jadi 57kg dan tinggi aku 169cm! Wahhh! turun 1cm lorrr hahaha. Adakah ini faktor umur aku yang semakin meningkat?? Atau petanda aku boleh pakai high heels?? hehe T__T




NKF juga check air kencing dan buat ujian darah. Kat atas ni time ujian kolesterol, kalau tengok pada badan aku macam mustahil je aku simpan kolesterol kan haha, tapi jangan sangka orang kurus takleh naik kolesterol! Haa kena check jugak tu...alhamdulillah bacaan aku normal je 4.84mmol/L ^^




Last sekali baru kuar result seperti di atas. Semua bacaan aku normal, BMI, Blood Pressure, kolesterol, gula dalam darah. Cuma ada slack sikit part air kencing huhu. Kandungan protein dok ada pulakkk! So, aku kena lecture ngan orang tu tadi suruh minum air masak 3 LITER SEHARI!! *mabuk*

T__T


TIPS : banyakkan minum air masak supaya badan tidak terbeban dengan makanan yang kita makan.


7 comments:

  1. tang tinggi turun tu musykil gak tu...maknanya farah boleh meninggi jugaklah ek??? agagagaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha boleh jadi ..... teori ada dah tu :p

      Delete
  2. sy kat opis tiap2 thun ad kursus kesihatan.so mmg akan ad amik darah check kolesterol bagai ni...taun ni bln 11, sy pn join.nt blh la tahu kolesterol cmne..kalo taun lps mmg byk kolesterol dlm bdn.arap taun ni normal lah ehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la begitu sis, penting untuk kita tahu tahap kesihatan kita macam mana kan. Bila orang dah beri kemudahan kita kena la gunakan sebaiknya.

      InsyaAllah moga sis dapat bacaan normal :)

      Delete
  3. bgus ni..ingt kn kita siht, mna tau sakit.
    kalau byr dah berapa..
    socso pun ada bg ni kan.. tetapi utk 40thun ke atas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti socso ade ke tak, tapi kalau ada itu sudah bagus! ^^

      Delete
  4. okla kalau free..sape tak buat memang rugiiiii..kalau nadberat pun tak sampai 40..ish2

    ReplyDelete

Apa kata korang?