Sukan & Surat Cinta

Tuesday, September 30, 2014


Assalamualaikum!





Sabtu lepas kakak bersukan di sekolah. Ini kiranya kelas ganti a.k.a temasya sukan tahunan la gamaknya. Memula kakak cakap, ibu bapa takyah datang sekolah ....aikkk! ada ke sekolah buat sukan pastu ibubapa takleh datang tengok?? hahaha rupanya anak aku ni konpius kekdahnyeeeee ....! haha.

Kecik-kecik dah kuat konpius ....




Aku suka tengok anak-anak kuat aktif bersukan di sekolah, tak kira la tadika atau sekolah rendah. Aku tak halang walaupun diaorg nak masuk lari 100 meter hehe. Bila aku tanya, kakak masuk acara apa dalam sukan nanti ? 

Kakak masuk perbarisan je bu ...

Adeh .... haha ... takpela nak janji masuk kannnn :D




Hahahaha nampak sangat kakak malu-malu kucing di situ! :p

Seboleh-boleh dia nak ngelak aku amik gambar dia hehe. Oh, dia memang tak suka amik gambar dah sekarang ni. Kalau aku suruh dia posing santai atau bergambar sorang, dia takmo dah. Bergambar ngan aku pun taknak dah ... kuatnya malu budak ni hehe.




Walaupun hanya masuk perbarisan, bersungguh-sungguh dia berjalan dalam grup hehe. Comel pulak ibu nengok kakak .... besar dah anak ibu ye sobsobsob~

Sukan start pukul 9.00am, ingatkan nak cilok kakak balik awal ... sekali dia cakap buu kakak ada sukaneka jap gi ....

Aikkk! tadi kata masuk perbarisan je ...?

Haihhh .... kaki konpius tul anak dara aku ni! T__T




Kakak menang tempat kedua acara sukaneka Tahun 1. 

Well done kakak .. tahniah sayang! Aku tau dia teringin nak masuk acara larian 100 meter tu. Tapi, katanya dia lari tak cukup laju ... tu pasal tak terpilih huhu. 

Takpela sayang ... nanti cuba lagi k :)

Habis sukan, kami singgah petrol station, tukar baju kakak sebab nak gi umah kak ipaq. Masuk dalam kereta, aku hulurkan dia sesuatu ....





For you kak ....

Dia amik dan pandang aku ... heran ...

Ape ni bu? hadiah ke?

Amboii ... mentang-mentang ada pingat ingat hadiah je ye!

Buka la dulu .... ada orang hantar tuk kakak 





Serius ... aku nervous time ni! Khusyuk dia baca surat cinta aku untuk dia .... entah kan dia faham entah tidak hehe. Dekat 5 minit juga aku tunggu respon dia ... kemain dia membacanya! hehe.

Pas 5 minit takda respon gak ...! 

Camne? faham tak surat tu?

Faham ... terima kasih ibu.

.... and she smiled to me. Rasa macam nak peluk aku tapi mungkin malu kot ... lalu aku tarik badannya ke badanku dan aku peluk dia.




Ibu sayang kakak .... di dunia dan akhirat :)


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. hehehe..nasib baik siap dengan baju sukan..kalau tak acane tu

    ReplyDelete
  2. Tahniah kakak moga jdi ank yg solehah

    ReplyDelete
  3. Sweetnya Kenit tulis surat untuk si kakak :-) Mesti terharu sangat bila kakak baca kan?

    ReplyDelete
  4. sayu rasa..untuk anakku sayang..terbayang tulis surat kat anak sendiri

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/09/mitos-dalam-menentukan-madu-asli-atau-tidak.html

    ReplyDelete
  5. Tasha yg baca sikit2 pon rsa terharu huhu. Lainkan hati seorg ibu ni huhu

    ReplyDelete
  6. tahniah kakak.. part last tue touching la anim..huhuhu

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM