Beri Support Kakak Nak Exam!

Monday, November 03, 2014


Assalamualaikum!

Dua hari aku tidak bersiaran di blog ini disebabkan hal-hal yang terjadi. Hanya mampu berdoa dan pasrah dengan kejadian yang menimpa. Itu tanda Allah sayang kita ... nak kasi peringat kat kita supaya jangan lupa Dia.

Dalam masa yang sama, aku kena kuatkan semangat. Semangat sebab kakak akan menempuh exam pagi ini! Yeah .... hari ni officially secara rasminya kakak akan menduduki peperiksaan SPM akhir tahun! haha. Kali ni betul-betul punya... aku tak tipu dan kakak pun tak blur dah!


Minggu lepas siap tunjuk jadual periksa lagi kat aku, so aku dah sahkan tarikh sebenarnya! haha. Adeh .... anak beranak blur jadiknya. Ni baru periksa darjah satu ... belum SPM lagi!huhu.

Anyway, cakap pasal tak bersiaran di blog .... aku memberi laluan menumpukan perhatian pada kakak buat persiapan kelmarin dan semalam. Sama-sama mengadap buku dengan dia, teman dia menulis, komen dia melukis, layan dia main dan sebagainya. 

Tapi kakak .... macam biasa la dia ... cam tak de ape-ape je aku tengok. Lagi sekali dialog yang sama keluar ...

eeeeeeee! kakak tak sabar dah ni ...!

nape? sebab esok?

a'ah .... kakak tak sabar nak jawab periksa esok bu ...! eeeee rasa nak jerit je!

Tengok ... punye eksaited si sulung aku. 

Pagi ni aku pulak yang berdebar-debar. Macam anak nak amik exam SPM! hehe. 

Kak...jangan lupa sebelum buka kertas soalan baca bismillah dulu tau.

Over ke aku? hehe.

Selamat menjawab peperiksaan ye sayang .... ibu doakan yang terbaik buatmu :)

Buat pelajar SPM, all the best to all of you :)


You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. Dania dh habis exam last week.. Alhamdulillah. ..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM