Cukup 10 Tahun!

Wednesday, November 19, 2014


Assalamualaikum!


Memang begini la ragam kalau kete dah 'old season'. Pejam celik pejam celik dah 10 tahun 'dia' berkhidmat untuk aku dan keluarga. Ke sana ke sini dengan 'dia'.... kena 'cium' dan 'bercium' huhu. 

Semua tu pengalaman. Tak sangka tahan lasak jugak ko ye!




Tapi, akhir-akhir ni teruk pulak 'sakit'nya. Lepas satu ... satu. Kalau ada Pak Jelan tak kisah... ni bila jadi 'lone ranger' .. ape aku boleh buat? menangis je la ...! 

Tak sangka benda nak jadi ... walhal sebelum tu dah check habis dah dan dah rasa yakin kete aku ni dalam keadaan tip top! Tapi itulah ... dugaan .. ujian Allah nak beri di saat suami tiada di sisi gi outstation. Mujurlah ada insan berhati mulia sudi membantu.

Kejadian pagi kelmarin ... hantar kakak ke sekolah. Sampai depan sekolah tetiba temperature naik mencanak! Assudoh ...! pe hal pulak ni? takkan bocor balik kot? Sangkaku paip radiator hari tu yang bocor balik! 

Buka hud depan tengok ... paip yang atas pulakkkkkkkk! T__T

Memancut air keluar dari batang hos tu. Mira masih lena kat belakang ... acaner aku nak buat ni? Pak Jelan dah nak masuk Tol Gombak. Aku gagahkan juga drive sampai ke tadika Mira. Alhamdulillah sampai ... hantar dia masuk sekolah dan aku balik semula ke kete buka hud depan dan melangut kat situ sambil fikir ape nak buat next!

Tak boleh jadi ... aku call Pak Jelan mintak dia patah balik. 

Pak Jelan sampai .. check punye check memang hos tu berlubang! 

La hau la wala quwwata illabillah ...

Pak Jelan tampal dekat tempat bocor tu dengan sejenis benda hitam ape ntah. Pastu balut ngan selotep hitam. Tapi tak tahan jugak ... sampai kat opis benda tu leaking balik! Assudoh ...!

Dipendekkan cerita, Pak Jelan terpaksa juga lapor diri di Kuantan dan dengan terpaksanya dia meninggalkan aku di situ. Menitik air mata mengenangkan aku yang sengsorang masa tu. Nak tak nak kena masuk ofis dulu, petang tu baru bawa kete gi bengkel.

Nak gi bengkel tu pun aku kena bawa sorang lelaki, aku dah la tak kenal sesapa kat seksyen 8 tu. Kang dia caj aku tinggi kang acaner? aku nak jawab ape? Mujur rakan sekerja sudi nak temankan aku ... sorang lelaki sorang perempuan. 

Terima kasih korang .... T__T



Ginilah rupa hos radiator selepas ditukar. Mujur kena RM40 je hehe. Mudah benor nak nukarnye, tak macam paip kat bawah tu ... ! Alhamdulillah ... setel masalah hos aku. 

Hai la kete ... mohon jgnlah buat hal lagi ye. Aku sayang ko tau ...!


*lagi 9 hari nak melangkah ke umur baru ... ya Allah permudahkanlah kesulitanku ini..aaminn~

You Might Also Like

14 pengomen comel

  1. nasib sikit jer..kalau akak pon mesti cemas...kereta kalau dah 10 tahun keatas..memang macam2..cam kereta akak jugak..lepas satu..satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni memang sikit kak ... mujur jugakla boleh setel. Kalau kena bocor tang lain tak tahu la nak buat camner huhu

      Delete
  2. Replies
    1. lama dah Asha .... banyak jasa kete kebal ni hehe

      Delete
  3. saya bab kereta ni memang tak tau apa2..semua serah kat suami..alhamdulillah stakat ni tak penah jd apa2 bila solo..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la hehehe. Tapi dalam kita yakin tu, benda nak jadi...jadi jugak akhirna. Tawakal dan usahakan jugakla bagi baik semula

      Delete
  4. Mmg cmtu lah kan... Dah berusia.. Kete kami 12 tahun juga... Beribu juga hbis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh! lagi lama sis ... ni pun memang nak kene overhaul dah ni huhu

      Delete
  5. mujur ada kawan2 nak temankan..memang kalau kita je pergi entah berapa harga dia letak.lagi2 kalau kita buat muka blur..seronok je depa tekan harga..ehhehe..tapi tak semua la..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak ... kalau gi sendiri pun cam tak yakin nak cakap ngan orang haha. Nak kene berteman jugak.

      Delete
  6. alahai..kesiannya..
    memang susahkan kalau suami takde kereta plak sakit
    kereta ahkak pun dah 12 tahun umurnya..
    tapi masih sayang lagi utk tukar baru..

    ReplyDelete
  7. Sayang kan. 10 tahun dah. Semoga dipermudahkan urusan anim.

    ReplyDelete
  8. Lama dh berjasa..nk mtk tukar baru kot...hehehe.. tapi nasib baik la tak mahal sgt kan anim..

    ReplyDelete
  9. adeh..tu sushnya kalau lone rangerr..adoii..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM