Gelagat Dua Beradik

Sunday, November 09, 2014


Assalamualaikum!


Dua hari ni cuaca tak berapa nak ok sangat. Hari Sabtu, ujan dari tghari sampai ke senja! Kejap renyai ..kejap lebat. Hari Ahad, Pak Jelan pulak ada hal ... kena gi opis. Sampai ke petang kami terperuk dalam umah. But, tghari tu gi kedai ade gak la singgah taman permainan bawa budak-budak ni kejap.

Plan nak bawak diaorg gi jenjalan seperti yang dirancang tak jadi ... kesian kakak dan adik. Tambah pulak kaki aku sakit gara-gara termasuk dalam lubang time nak berjalan ke gerai yong tau foo semalam, masih terasa sakitnya sampai hari ni. Nak pijak pun sakit ....! Hari tu jatuh ligamen kena, kali ni jatuh tulang yang kena. Sakit wooooo ...!




Balik dari kedai, kakak request buuu boleh tak kakak tolong ibu buang kulit udang nanti?. Hurmm ....tak bagi kang kesian pulak dia. Dah la tak dapat gi jenjalan, nak tolong ibu pun ibu tak bagi. 

Okla ok la ibu bagi tolong but kopek udang je. Pisau pisau no arrr

Ok bu ...




Tekun kakak mengopek udang sampai berkerut-kerut dahi. Yang adik dok main daun balut tempe. Dia aim dah kat pisau, aku bagi signal jari no no no! 




Sambil buat keje sambil bercakap. Adeee je benda yang nak dipokpekkan dua beradik ni. Mana reti diam budak-budak ni. Kadang-kadang tu yang kakak ngusik adik bagi udang kat muka dia. Menjerit besar budak tu ....hehe.





Dah puas kopek udang, kakak nampak kentang pulak. Nak kopek jugak. Memula aku tak bagi tapi akhirnya 'cair' jugak ngan pujukan rayu seorang anak huhu.

Sambil dia ngupas kentang tu, aku perhatikan jugak. Mana boleh tinggal dia ngan adiknya camtu je. Pengupas tu pulak tak tajam cam pisau so ok la.




Nak sangat nolong ibu, kalau tak bosan katanya. Nanti dah besar harapnya rajin macam ni jugak ye anak-anak. Tengok muncung adik tu .... frust sebab tak dapat ngupas kentang cam kakak hehe. 

Ehhh awak tu 'halus' lagi ye Mira. Tunggu besar cam kakak sok, baru leh buat. Buat masa ni main je la daun pisang tu huhu.








Lauk hari ni ...



You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. kak, sedapnya lauk akak... rajin anak-anak membantu kak ye...

    Mama Niza

    ReplyDelete
  2. Bagus...
    Kira rajin laa tue.. nak gak tolong ibu... he he eh

    ReplyDelete
  3. comelnya anak dara mama,rajin pulak tu.suka,suka.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM