Breaking

Sunday, November 30, 2014

Konvokesyen & Anugerah Cemerlang Adik!


Assalamualaikum!


Ahaa! terlupa plak story pasal adik aritu hehe. Setel hari anugerah cemerlang kakaknya, tiba hari tuk adik pulak. Buatnya dua hari, Sabtu rehearsal Ahad baru real. Sabtu tu kakak dengan demam panasnya, terpaksa gi hospital, sementara adik kena tinggal kejap dengan cikgu tuk latihan menari. Tabah pulak si kecik tu bila aku cakap aku terpaksa tinggalkan dia kejap dan bawak kakak ke hospital hehe.

Good girl!

Setel bab kakak, kami patah balik ke PJ amik adik. Cun cun tengahari latihan dah habis, ramai budak dah balik. Kakak pun sepatutnya ada latihan menari ngan kawan-kawan dia tuk konsert esoknya tapi disebabkan dia dah demam ... tak pasti dapat join ke tidak esoknya.



Hari kejadian ...

Kakak yang demam malam sebelumnya kembali sihat dan tegap! Dia la yang mengejutkan kami pagi tu hehe. Ibu ingatkan kakak mengigau kejut ibu dalam tido, rupanya dalam otak dia dah set nak gi konsert adik gamaknya hehe.

Bangkit, mandi mandi, rushing rushing pecut ke PJ. Register dan amik makanan siap-siap dan masuk dewan. Kakak dan adik aku hantar terus ke belakang pentas untuk dimake-upkan dan tanda kehadiran. 

Ayah dia .... cari roti canai!

Sementara tu dalam bilik menunggu ....



Hohoho beratur panjang baq ang! Make up retisnye sorang je hehe. Sian kakak tu ... ni kalau job berbayar ni konfirm poket akak kembung kak. Tapi retis cilik ... duit mak pak dok pegang lagi hehe.




Ai Mira .... pandang belakang sokmo ade ape??




Lama gak la nak menunggu turn Mira sampai. Akak tu makeup memang details la siap ngan eye linersnye, eye shadownya, blushernye ... haihhh tenang je anak aku kena make up. Reti plak duk diam tu!



Persembahan kanak-kanak 6 Tahun




Sementara tu aku tengok-tengokkan jugak kakak kalau-kalau dia rasa tak sihat, tetiba pening kepala ke, nak cirit ke. Tapi elokkkkk je aku tengok ... sampai ke sudoh dia dok seronok ngan kawan. Seronok nak menari korea pun ye gak! hehe



Penyampaian sijil graduasi


Pom pom girlssssss



Modern dance!




Ha si sulung aku dah ready nak menari. Tarian ape? Tarian KPOP! Isk isk .... sebelum konsert dia dok bising kat aku suruh buka lagu Korea ni kat iPad! Masalahnya ibu ko ni mana layan KPOP nak! Memang tak tahu la ape kejadah lagunya ni haha. Tambah lagu ni .. Oh! by Girls Generation ke ape ntah.

Sorry la ... KPOP i is tak layan derrr. Tapi anak aku menari aku layan le hehe.



Ini tarian ape ni ... beach dance kot hehe.




Dikir barat pun hado!




Tengah dok bersembang ngan ayah dia, tetiba nampak kelibat budak baju kuning kotak-kotak belakang tirai merah ... eh macam anak aku! Terus aku berlari dari atas ke depan pentas amik gambar Mira hahaha. Tak tau la orang tengok ke dak masa tu .... aku plak tawakkal je harap-harap kaki aku tak terpele'ot dan jatuh huhu.

Ini je la yang paling dekat dan clear ibu boleh dapat pun hehe.

Rupanya Mira dapat hadiah sempena Program Ihya' Ramadhan. Tahniah sayang ...! ^^




Ada persembahan patriotik


Kudo kepang ..! ko hado?




Pandangan dari atas. Haa korang bayangkan camna aku boleh 'terbang' dari atas ke bawah masa Mira amik hadiah tadi ...hahaha! 

WonderMom ha! 




Nasyid tidak dilupa. Mesej berguna .... Bila Izrail datang memanggil.




Ending konsert. Cer cari mana Mira hehe.





Alhamdulillah yeaaa ibu tengok ni! Mira dapat hadiah :).

Tahniah sayang ...! ^^


Balik dari konsert ni terus ibu melepet 3 hari hehe.

5 comments:

  1. Meriah sungguh tahniah adik dpt anugerah

    ReplyDelete
  2. tahniah adik ;)

    Jemput join segmen CN ye ;)

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.