Melepet 3 Hari!

Wednesday, November 26, 2014


Assalamualaikum!


Pernah tak korang rasa bila anak sendiri sakit, mak-mak cam kita ni otomatik mesti tau apa nak buat... tau ape nak letak kat badan bagi kuar panas ... tau ape nak letak kat dahi ... tau ape nak masak bagi kembalikan selera makan anak.

Tapi .... bila kena tang diri sendiri ... ko jadi 'kosong' jap! Nak kata bodo kang, cam kasar pulak bunyinye. Blur tak tentu hala .... takleh nak fikir ape dah! Seolah-olah jalan depan ko ada dinding bata yang tinggi dan ko takleh pecahkan dinding bata tu ....! 

Pernah tak  .... pernah tak??? 

Komplikated sangat ke ....? T_T

Start hari Ahad lepas konsert dan hari anugerah cemerlang adik, badan ni dah mula rasa seram sejuk. Ingat sejuk sebab ekon dalam Dewan Sivik MBPJ tu, rupanya memang dah nak sakit rupanya.

Melepet? tau melepet tu ape? tu bahasa mak iolss hehe. Melepet means macam badan lemah selemah-lemahnya. Kalau berdiri tegak seminit terus tumbang! Aku sempat update blog hari Sabtu tu je, tu pun sebab kakak demam panas. 



Pagi Isnin dah tak daya sangat dah. Terus bawa gi rsat Subang. Ya Allah ... rasa badan macam dah lembik giler dah. Mata pun dah tak larat nak buka. Kat kerusi menunggu tu pun aku bantai tido selamba je ... tapi masih dalam keadaan bersopan la hehe.

Segala Wassap dan email aku tolak tepi kejap dua hari tu. Hari ni baru la gigih marathon nak menyiapkan entri-entri yang sepatutnya aku siapkan 2 hari lepas hehe. Dan bermula la jugak marathon membalas email dan komen-komen kengkawan yang datang menyinggah selama blog aku tak berupdate 3 hari ni. 

Cerita petang tadi .... 

Satu keje ape pun tak siap! Bukan sebab malas tapi sebab server down. Ko bayangkan 8 jam aku melangut depan pc gitu je. Habis tertunda lagi keje aku yang dah sedia berlambak tu. Ni pun badan rasa cam tak sedap balik .... sejuk melampau ekon kat opis ni! >.<

Hurm..

Hargailah diri dan masa ketika kita sihat. Hargailah masa bersama dengan orang yang tersayang di kala kita masih bertenaga. Dan yang paling penting, hargai hubungan kita dengan Allah bila kita masih berdaya. Jangan tunggu masa bila dah sakit ... baru nak sebut "Allah ..."

Jangan jadi orang yang rugi dunia akhirat ...!


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. Get well soon dear..InsyaAllah sakit itu penghapus dosa...pasni sihat seperti sediakala pula.. :)

    Ibu Hana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn insyaAllah ... terimakasih atas doanya ibu hana :)

      Delete
  2. Moga cepat smbuh... Sakit penghapus dosa insha Allah... Syukur...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM