Breaking

Wednesday, November 05, 2014

Pembuli


Assalamualaikum!


Rakaman video pelajar dibuli dah jadi viral kat media sosial. Aku tak sanggup nak tengok sampai habis ... kesian tengok budak-budak tu kena sepak terajang. Aku tengok budak #singlethitam ngan geng dia hentam junior-junior tu pun dah menggigil tangan ni. Takleh bayangkan kalau yang disepak terajang tu anak aku ...! Sampai lubang cacing aku korek ko keluar!

Sesetengah orang cakap ragging session ni sebahagian dari proses 'ice-breaking' di sekolah bagi pelajar baru. Budak baru a.k.a junior wajib kena ragging ngan senior. Apa pekdahnya aku pun tak tau! 

Pukul memukul sepak terajang anak orang tak tentu hala! Eeeeeeeeiiiiiii ....! Perluke benda tu semua?? hantar Simpang Renggam terus kang ..haaaa!

Hakikatnya benda (buli pelajar) ni memang berlaku di kebanyakan sekolah. Bezanya dulu takda media sosial nak sharing benda ni. Tapi sekarang ... nah semuanya terbongkar! Nak salahkan siapa??


sumber : google

Sebagai ibu, aku sangat risau dengan perkembangan buruk ni. Mana tak risau ... elok-elok kita hantar anak ke sekolah akhirnya budak tu jadi mangsa buli kengkawan. Bukan fizikal je yang terjejas, emosi dan sosial mereka pun akan jadi teruk gara-gara kena buli! Dan aku juga tak mau anak-anak aku bila dah besar sok jadi pembuli tegar di sekolah! Nauzubillah!

Apekejadahnya buli ni?? meh kita study!


Definisi 'BULI'

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi ke 3, buli ditakrifkan sebagai;
  • Perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.
  • mempermainkan seseorang terutama orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak atau menakutkan orang itu.

Jenis-jenis BULI
  • Buli Fizikal Ekstrim - Memukul dengan tangan atau dengan objek, sepak terajang, menggunakan senjata, mengurut, memicit, membasuh baju pembuli, membelikan makanan, mengugut dengan tujuan mendapatkan aksesori, duit dan sebagainya.

  • Buli Psikologi - Mengejek, memaki hamun, mencerca, mengherdik atau menggunakan bahasa lucah, memanggil nama dengan gelaran yang tidak baik.

Faktor-faktor Yang Mendorong Kepada Kejadian BULI
  • mengalami tekanan perasaan yang menyebabkan naluri dan perasaan ingin membalas dendam akibat peristiwa yang pernah dialaminya sebelum ini
  • rasa cemburu dan tidak dihormati, mahu menunjukkan kekuasaan dan senioriti di tempat tersebut.
  • berasa puas melihat penderitaan yang dialami oleh orang lain
  • pengiktirafan dan penghormatan rakan-rakan lain terhadap dirinya yang menunjukkan sikap agresif terhadap orang yang lebih lemah darinya


Kakak yang darjah satu tu pun tak terlepas dari dibuli kengkawan di sekolah. Hari tu kan dia mengadu kawan cakap kat dia 'tak guna' sebab tulis nama budak tu kat papan hitam sebab bising dalam kelas. 

Tapi takkan la aku nak gi serang budak tu kat sekolah pulak. Takdela aku nak suruh kakak lepuk budak tu kan hehe, tapi aku suruh kakak jangan layan budak tu. Kalau dia bising tulis juga nama dia macam biasa. Kalau dia lebih-lebih, kasi tau cikgu terus!

Bagi aku kejadian buli ni bukan saja berlaku di sekolah berasrama penuh atau sekolah harian. Pelajar lelaki dan perempuan sekarang ni sama naiknya! Kes video pelajar perempuan bergaduh tu .... hishh seriau aku nengok! macam kena rasuk hantu! 


Kakak dan adik tolongla jaga kelakuan awak walau dimana awak berada. Jangan biarkan diri dibuli dan jangan sesekali jadi pembuli!


* ade ke lagi budak kena ragging tiup kipas sampai berpusing, nyanyi sampai ujan turun atau tiup mentol lampu sampai terpadam? hehe


9 comments:

  1. Astagfirullah.. apalah nak jadi.. ena pun tak sanggup tengok budak budak kena buli ni.. risau pula dengan anak buah nak masuk sekolah menengah ni

    ReplyDelete
  2. Masa zaman lya sklh dulu agak kurang dgr kes buli d sklh...zaman skrg aduhh x taw nak ckp apa dah

    ReplyDelete
  3. makin2 menjadi-jadi kes buli ni..

    ReplyDelete
  4. sakit ati dengan mamat singlet hitam tu...hangin je tgk die..

    ReplyDelete
  5. saya kalau buli kecik2 pun saya terus call guru kelas dia..sebab budak2 ni memang bila membuli dia mula dari buat hal kecik2 dulu..bila kita biar makin berani la dia.jadi sebelum apa2 saya call cikgu siap2.mujur anak saya jenis kuat mengadu.kalau diam je.tu yang payah..sedar2 dah lebam sana sini..

    ReplyDelete
  6. aish! bab BULI memang kepantangan mama..... tak boleh mama, kalau mama jadi warden asrama, mama lempang kaki buli ni..

    serius pantang, nanti nak buat entri BULI lah.. hihihihi

    ReplyDelete
  7. salam kenal :)

    kesian tgk budak yg kena buli tu.. ade satu lg video yang rumah anak yatim tu.. lima buli sorg..dah kena tangkap pun..

    risau plak bila anak dh besar nanti nak hantar g sekolah asrama..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.