Sampai Bila Nak Berebut?

Thursday, November 13, 2014


Assalamualaikum!




Agak-agak anak korang macam ni jugak ke? Aku tengok anak-anak abang aku takda pulak pesen gini walhal no.1 ngan no.2 jarak umur setahun je and lebih kecil dari kakak dan adik ...! Tapi takda pulak aku tengok diaorg berebut macam kakak dan adik huhu.


Ada kan aku citer kisah trauma bila tido hari tu ... haha. Ingatkan time tido je diaorg cenggitu rupanya bila naik kete pun sama ...! Yang pelik-pelik aje anak aku ni ...

Bukan takat time tido je diaorg berebut ... time dalam kete pun sama! Sapa duk ngan ibu waktu pegi sekolah ...sapa duk ngan ibu waktu balik petang ...? 

Kadang-kadang sampai aku pun terikut-ikut sama duk mikir giliran sapa yang tido sebelah aku malam ni. Esok pagi sapa pulak duduk sebelah aku dalam kereta. Petang nanti sapa punya turn pulak berkepit sebelah ibu .... hehe.

Pening ibu ....

Tapi bila difikir-fikirkan balik ...

Biarkan lah ... sementara diaorg masih kecik masih nak duduk sebelah aku masih nak berkepit ngan aku. Inilah masanya aku nak rapat ngan diaorg. Sok sok dah besar masing-masing dah belajar duk jauh, mana nak dapat momen macam ni dah.....

Kalau bukan dengan aku dengan sapa lagi diaorg nak bermanja berkasih sayang ...


*balik kang giliran sapa duduk sebelah ibu ye? :)

You Might Also Like

16 pengomen comel

  1. anak-anak kita serupa, Hanim...
    aduhai. kadang-kadang naik geram aida dibuatnya.
    semua benda dlm dunia ni diorang berebut.
    termasuk la nak cium ijat. berebutkan ijat tu hah!!!
    aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la sis..kesian kat ijat. Ni baru dua orang berebut ibu sorang, kalau dah tiga orang ... haihhh fenin fenin hehehe :D

      Delete
  2. Budak2 memg slalu mcm tu kan hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak selalu Asha ... budak lain takda nak berebut mak diaorg sangat hehe :D

      Delete
  3. hehehehehehe..gelagat anak² menggelikan hati juga bila di kenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis ... bila berhadapan tu geram sangat tapi bila dikenang balik kesian pulak hehe. Plus lawak lagi ade la!

      Delete
  4. Aiikk..... Bila giliran papa dia pulak?? Hahahaha

    ReplyDelete
  5. heheh...macam tu pulak ye..bagus jugak asyik berkepit nih..nanti sampai besar dia dulukan kita..ekekek

    ReplyDelete
  6. hahaha kdg2 lucu kan bila pikir benda mcm tu jd mslh bsr bg budak2.. hehe..tp btl lah apa sis ckp tu.moment tu xkan berulang so hargai sebaiknya :)

    ReplyDelete
  7. amboi kemaheng lagi tu :D

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/11/serang-restoran-old-malaya-kopitiam.html

    ReplyDelete
  8. hehe..lain budak lain ragam dia..sementara nak besar camtulah kan..macam2 perangai..nnti dah besar lain plak perangainya...hehe

    ReplyDelete
  9. rasenye perangai budak2 mmg cm nie..

    ReplyDelete
  10. budak2 kan....macam2 ragam..bab berebut tu la makin diorang mesra...bila salah sorang xde diorang sunyi

    ReplyDelete
  11. Bro yang besar nie pun selalu berebut dengan puan isteri, walaupun jarak umur agak jauh juga

    www.broframestone.com

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM