Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah

Friday, November 07, 2014


Assalamualaikum!

Exam kakak dah habis ..! So sekarang ibu nak check result akhir tahun kakak. Hari tu ada dia bawak balik kertas-kertas soalan sekali ngan markahnya. Tak tau la memang semua budak macam ni ke, tapi kalau kita tanya dia boleh buat ke dak, dia akan bagi jawapan cliche, boleh je bu ... 

Bukan tak konfiden dengan kebijaksanaan anak sendiri, tapi stress jugak bila dia jawab gitu setiap kali ditanya hahaha. Nak jugak kita tau ape soalannya, susah ke tidak, boleh jawab ke tidak. Kita ni punyer la susah payah bagi tips kat dia camna nak jawab soalan (hahaha). 

Hari pertama dia exam, ayahnya siap bagi tips lagi nanti kakak jawab soalan, kakak jawab muka surat yang belakang sekali tau. Biasanya jawapan ada kat muka surat belakang baru senang nak buat muka surat depan 

Haaa hahahaha zaman ayah sekolah dulu memang biasa buat gitu ye :p

Ok ok jom check SINI.



Bagi aku baguslah ada sistem macam ni, mudah untuk parents nak check result exam anak-anak. Tak perlu tunggu anak-anak bagi repot kad kan. Semuanya di hujung jari, so parents kena alert benda ni ye. 

Masukkan no kad pengenalan anak, pilih sekolah rendah atau sekolah menengah dan tahun semasa. Tekan semak laporan, nanti butiran anak kita ada ditunjukkan.




Ni kakak punye. Pilih je result mana yang kita nak tengok samada ujian, periksa awal tahun atau akhir tahun. Pergh .... camni baru syok! hehe

Dah tengok result kakak ... jatuh satu anak tangga dari periksa awal tahun dulu. Kena guna Plan B camni untuk tahun depan hehee.

Korang dah check? Moh check sekarang!


You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. saya tak check...muahahahaha...boleh cenggitu anim? ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. wah...da canggih yer sekarang...nanti sy nak ajr mak cek result adik2..haha

    ReplyDelete
  3. aida dari semlm nak cek.
    nak cek la ni hah...

    ReplyDelete
  4. Haah la. Lupa ada aplikasi ni. Tertunggu tunggu juga anak bawak balik buku rekod. Tapi nan hado. 😀

    ReplyDelete
  5. Yup... Mmg mudah je... X blh nk tipu lagi dh... Report card dihujung jari...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM