Serba Salah!

Thursday, November 27, 2014


Assalamualaikum!




Hurmm ... terkeruk-keruk kepala yang tak gatal ni bila mak tanya semalam bila nak bawa balik cucu-cucu dia balik duduk kampung cuti sekolah ni. Hari tu dah tanya dah kat dua beradik tu pasal benda ni ... dan jawapannya memang nak. Tapi dengan syarat aku kena balik dan duduk sekali ngan diaorg ...baru diaorg nak duduk kampung! Hok aloh ....

Tak sampai hati pulak nak menyusahkan mak sebab mak dok jaga dua orang lagi cucu yakni anak-anak abang aku. Tambah lagi dua orang .... mau pengsan Wan! huhu. Meriah memang meriah ... riuh memang riuh rumah tu nanti ... tapi kudrat mak nak menengokkan 4 orang budak sekali gus dalam umah tu .... dengan ayam lagi ... dengan nak siram pokok lagi ... dengan nak masak lagi bla bla bla bla hohohoho ..... sian mak den.

"Alaaaaa .... takpela... diaorg nak balik kampung biarlaaaa. Mak boleh jaga .. lagipun cuti sekolah ni kan"

"Mak dah jaga dua orang tu.. kang tambah lagi dua orang ni ...sekarang mak buat dua botol susu nanti kena tambah jadi 4 botol susu serentak hehe"

"Takpeeee .... ko hantar je balik diaorg. Kakak ngan adik tu dah besar .... "

Hurmm .... nampak sangat Wan rindu kat cucu-cucu dia ni. Tapi nanti aku kat sini acaner? Dah biasa kiri kanan ketiak ada dua orang budak tetiba takda .... boleh lena ke aku? Malam-malam konfirm rindu .... pastu nangis-nangis dalam tepon cakap ngan anak ibu rinduuuuu .... huhu. Hurmmm .... tapi Wan pun rindu gak cucu-cucu dia ... lama dah tak jumpa ... takkan aku nak berkira ngan mak sendiri? Urghhh .... nyut nyut paler ni!

Yang my cikenits ni pulak nak aku ikut balik sekali, kang malam tak nampak ketiak ibu takleh tido huhu. Cuti tahunan pulak dah tinggai 'teloq' ... adehhh!

Tak dapat lagi bagi jawapan kat mak .... serba salah aku .... acaner ni???



You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Baliklah kejap sis..mungkin terubat rindu wan kat anak cucu.

    ReplyDelete
  2. teringatlak mak sy.. kalau cucu2 dia balik.. nampak berubah muka senyum jer... hehee

    ReplyDelete
  3. anggaplah ianya seperti tika honeymoon dulu-dulu.Tak payahlah sampai dua bulan cuti mereka kat sana,bagilah sehari dua...Masa untuk diri sendiri gitu.Diorang dah besar.Mereka juga perlu belajar berdikari.

    ReplyDelete
  4. sama macam saya la ni..tak boleh jauh dengan anak..hahha..biasa mak2 memang macam tu..kan??

    ReplyDelete
  5. Hehe... Mmg tak boleh berpisah dgn anak... Mmg serba salah juga... Cuma cuba lah tnya anak2 nk dok dgn sapa... Heeh

    ReplyDelete
  6. abah saya da minta anta nurin & syuhada ari tu.
    but saya terus terang kata tak la. sebab saya tak boleh anak-anak takde di sisi.
    and izzat nanti takde teman nak gaduh :)
    yes, atok da rindu cucu2 :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM