ruangiklan
ruangiklan

Thursday, May 14, 2015

Amaran Untuk Jutawan : Telur Goreng Milik Kami!!!

  21 comments    
categories: ,

Assalamualaikum!

Gila! Memang kerja gila ...! Korang tau tak pasal ni? Kalau dah sampai tahap macam ni, memang patut kena protes! Siapa dia nak ambil hak cipta resepi itu dari kami?? Mentang-mentang dia orang kaya punya wang satu juta ... boleh beli semuanya? boleh miliki semuanya?? Mengarut!

Walaupun aku bukan blogger masakan, tapi aku tak pernah terfikir sampai nak ambil hak cipta resepi telur goreng. Agak-agak la pun nak buat macam tu .... walaupun pada orang lain resepi telur goreng tu hanya ... telur goreng tapi itulah antara makanan kegemaran anak-anak aku!

Bayangkan lah kalau jutawan gila tu ambil hak cipta resepi telur goreng ... kita semua tak boleh nak goreng telur guna resepi biasa yang kita buat. Dah tu .. lepas ni anak-anak aku dah tentu tak boleh makan telur goreng kesukaan mereka. Kesian mereka ....




Sesuatu perlu dibuat ...tak puas hati aku kalau terus berdiam diri! Resepi telur goreng pun nak dikebasnya .. macam takda resepi lain dah ke??? Kenapa perlu nak beli hak cipta semata-mata untuk ibu dia? Kami pun kaum ibu juga! Tak boleh ke kongsi sama-sama??? Haihhh ... ada juga spesis orang tamak macam ni! Grrrr ....!

Tak puas hati ... maka aku join protes awam bersama kaum ibu yang lain hari tu. Bertempat di hadapan bangunan sebuah stesen media terkemuka negara, kami sama-sama membantah kerja gila jutawan ini! 

Apa nak jadi ...jadila!!




Sebagai ibu, kami akan terus berjuang untuk pertahankan hak kami. Dia mungkin jutawan ... dia mungkin kaya ... tapi dia tak boleh beli segalanya! Dan, itu termasuklah resepi telur goreng. 

Hari Jumaat ni, 15 haribulan, keputusan akan diumumkan di One Utama samada jutawan ni dapat memiliki hak cipta resepi telur goreng ataupun tak. Aku nervous nak tengok keputusan ni ... Aku takkan biarkan jutawan ni dapat hak cipta resepi telur goreng!

Telur goreng milik semua ...semuaaaaaaaa! >.<


21 comments:

  1. hehehe...eh..tetiba macam tak faham pulak pasal telur goreng ni..

    ReplyDelete
  2. lorh.. sampai mcm 2 skali.. resipi 2 dh berdekat org duk buat mana boleh dia buat mcm 2... huhuhu

    ReplyDelete
  3. adakah ini betul betul

    ataupun hanya gimik .......

    terkejut jugak bila baca paper

    ReplyDelete
  4. Erks. nak tanya boleh. Ini isu apa yer? Daripada pembacaan saya, macam jutawan tu nak beli resepi telur goreng *telur goreng tu telur mata kerbau kan?

    Ini bermakna, kalau itu menjadi hak dia, kita semua dah tak boleh goreng telur ke? Lepas tu, kedai pun dah tak boleh jual telur ke? Dan kemudiannya, ayam pun dah tak boleh bertelur sesuka hati mereka la yer?

    *maaf, ayat macam merapu, tapi hanya untuk mendapatkan kepastian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitula cerita dia lebih kurang .... apapun kena tunggu 15hb (esok). Nervous ni nervous ni!

      Delete
  5. telur goreng punya nak buat hakmilik? dunia oh dunia

    ReplyDelete
  6. eda sebenarnyer tk berpe nk paham sangat pasal ni..

    ReplyDelete
  7. bende mcm ni pun ade ke...hurmmmm

    # Mencari Rakan - BlogList Mei & Jun - Owh!MananQayyim™

    ReplyDelete
  8. siapa jutawan tamak tu? ni kali pertama dengar kes seumpama ni berlaku......

    ReplyDelete
  9. MACAM DRAMA JER...HEHEHE

    ReplyDelete
  10. Hurm...jgn telur rebus nak di copyright gak suda la.

    ReplyDelete
  11. ape nie ? tak paham la. telur goreng ??

    ReplyDelete
  12. hahah lawak laa kak hanim .. kenapa telur goreng yg jadi mangsa ?? haha

    ReplyDelete
  13. Mmg sejarah betul la ni...bab ni pun smpai kena protes cmni..

    ReplyDelete
  14. Flash mop untuk restoran baru ka?

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.