Antara Benda Yang kerap Terjadi Pada Si Rabun!

Monday, May 25, 2015


Assalamualaikum!


Benarlah kata orang, rambut sama hitam tapi hati lain-lain....

Luar nampak sama, tapi bila sendiri rasa .. baru tahu ada yang tak kena! Itupun kadang-kadang kita 'buta' hati nak mengenal yang mana satu benar yang mana satu palsu. Sebab kita dah cukup yakin bahawa pilihan kita tu dah cukup sempurna ....!

Hurmmm ... tanpa kita sedari, kita dah tersalah pilih. Ia melukakan hati ... malah mungkin akan jadi 'parut' sampai ke tua! Apa boleh buat ... 



Kalau dah rabun .... hahaha! Dari subuh sapiee sampai jam tiga petang, baru sedar kasutku 'kembar tak seiras'! Perghhh .... parah dah rabun ko ni Nim haha! Asal kaler hitam je laju je ko sarung ke kaki kan! Jalan menonong je hantar anak gi sekolah, minum pagi kat warong PakYop, ke hulu ke hilir dalam opis. Boleh tak perasan kasut lain sebelah!

Hok aloh....



Muka konfiden bahagia lepas menang hadiah dalam pertandingan inovasi kelmarin hahahaha!


Patut la bila aku berjalan, kasut sebelah kasut ni tapak dia berbunyi klak kluk klak kluk...haishhh!

Sempat pulak tu join game inovasi anjuran puspanita. Mujur dapat menang hadiah hehehe....


You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. Hehe... dapat dibayangkan. BTW, Tahniah Hanim sbb menang

    ReplyDelete
  2. hehehe.. sy pernah trsalah pkai selipar jepun lain kaler... masa xtahu xrasa pe pn bila dh perasan terus rasa malu tahap dewa.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yang tu lagi cuak rasa! Lain kaler ... memang orang leh nampak dari jauh dah kan hehehe :D

      Delete
  3. hihihi... warna dah sama.. design lebih kurang.. memang meminta la tu.. ihhiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal allene .. memang nak jadi sebab musabab pagi-pagi ni. Mujur orang tak perasan hehe :D

      Delete
  4. hhahaha...lawaks...saya punya rabun tahap nak sapu rumah susah sangat...huwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita main sauk je kat lantai tu sis hahaha :D

      Delete
  5. Alahai Nim, kakak pun pernah terkena bukan kasut aje tak kembar seiras, setokin pun sama gara-gara masa lipat tak perasan. Cuma nasib baik warna gelap taklah org perasan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stokin tu pun kerap jugak tertukar kak ...hahaha. Tapi redah pakai je la since orang tak nampak kat dalam haha :D

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM