Asal Malam Je .....

Tuesday, May 05, 2015


Assalamualaikum!

Dekat-dekat time nak tido ...time tu la baruuuuuu tangan mula nak gerak! Nak buat itu ..nak buat ini ...! Mata ibu dah ngantuk ni ...bantal dah memanggil-manggil. Siang tak cukup tido ... tahukah kamu anak-anakku feelingnya tak sama macam tido malam tau.....ekekekeke. 

Time ni la dua beradik ni baru nak pegang gunting, nak cari kertas, nak guna magic pen ... nak lukis itu nak lukis ini. Siang bantai melompat, berlari dalam rumah ... malam baru boleh duduk diam hehehe. Tapi dalam diam-diam tu ...tangan 'berjalan' jugak! Nak buat semething untuk ayah katanyeeeeeee .....



Ok, ini bukan untuk ayah ye. Ini aku jumpa dalam beg sekolah dia time buat spotcheck hehe. Rupanya ini karangan dia buat sendiri suka-suka time cikgu takda dalam kelas ...boring letttewww! hehe. 

Tajuknya siput ngan siput berkawan ...time baca tu aku dah kerut dahi dah...bila baca isi, baru tahu rupanya cerita siput dan semut berkawan ...hahaha. Adeh ...kakak mengantuk kot time ni ..boring cikgu tak masuk lagi hehehe. 




Yang ni si kecik tu buat ...pun malam tadi jugak. Mata dah lebam pun masih nak melukis mewarna lagi. Memula dia cakap nak bagi gambar sebenar kat kawan sebagai hadiah. Ehhh ... suka-suka je nak bagi gambar kat orang yek. Nehi ..nehi! 

So, aku cakap kalau Mira nak bagi kawan hadiah gambar Mira .. Mira lukis je ikut gambar tu atas kertas putih. Kemudian kaler ...kemudian lipat bagi kawan. Haa yang tu ibu benarkan! Tu la ... memang cari nahas la ibu bagi idea camtu ...hahaha. 

Dah acaner Mira nak lukis? Mira tak tauuuuu! katanyeeeee. Nampak susah nau kalau dilihat dari sekeping gambar tu kan. Aku cuba bagi hint suruh dia lukis dari 'luar'. Ambik dari garisan, lukis ikut je gambar tu. First time baru nak try lukis sendiri ...kekok pun ye jugak. Dia terer mewarna je selama ni hehehe.

Takpe ibu tolong sikit la yek. Suh dia pegang pensel ...tunjuk kat mana kita nak lukis dulu. Haa ..mula dari atas kepala ...bahagian rambut. Dia pegang pensel ..aku pegang tangannya. Pastu pandu tangan lukis ikut gambar. Aku cuma tolong guide je sampai mana nak berhenti, selebihnya dia tolak sendiri pensel tu dan lukis huhu ....

Dah siap lukis ..mewarna pulak! Syukur yang tu ibu takyah ajar dah ...haha. Mata ngantuk dah ni!



Yang ni hasil nukilan kakak untuk ayahnya ...hehe. Memula dia buat kad yang boleh sangkut kat leher tu, pastu tukar jadi camni pulak. Tak mo dah tulis atas kertas macam selalu ..kali ni dia guna kadbod mana ntah dalam bilik kecik tu ...hehe. Diguntingnya ...dibuat muka senyum le...pastu lekat segala benda atas tu haha.

Yang aku pulak cadangkan supaya letak gambar ayah dia kat kad tu. Maka, gambar keluarga hari raya ngan gambar ayah dia tengah bakar ayam la jadi 'mangsa'  .... ekekekeke :p

Ayat macam biasa ...kalau tak menyentuh hati, itu bukan kakak le .... tulis sampai tak cukup ruang dah ...haha. Boleh pulak sambung konar kat tepi ..bawah ...hehe. Mujur dia buat kotak, faham jugakla ayahnya nak membaca kang. Ibu tengok pun ...ada fenin laaaa :p

Hehehe .... :D


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. kreatif betul ler kakak dan adik nie..
    mewarisi dari saper ler tue.
    hehehe.
    hilang tensen kalau kena kaco pn tgk hasil cmtu

    ReplyDelete
  2. tapi suka dengan gambar tu, comel...

    ReplyDelete
  3. anak2 kreatif..layan kan je.hehehh

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM