Beriadah Sepuasnya Di EnerZ Indoor Extreme Park!

Monday, May 11, 2015


Assalamualaikum!




Minggu lepas, aku berkesempatan membawa keluarga beriadah di EnerZ Extreme Indoor Park, Subang Jaya. Kebetulan pulak dapat jemputan dari blogger +Bro Framestone hehe. Lagipun, ramai blogger yang dah sampai sini kan ... teringin juga nak bawa anak-anak aku melompat di sini hehe. Bagi kakak peluang nak bergembira dan bermain sepuasnya sebelum nak hadap kertas peperiksaan minggu depan heeee :D


Nak datang sini tak susah! Boleh waze EnerZ Indoor Extreme Park, sampai la korang. Kalau nak elak tol, dari Federal amik simpang kiri ke Subang Jaya. Pastu terus je amik kiri lagi sampai jumpa Summit USJ. Terus lagi sampai jumpa Giant Summit belah kiri. Terus lagi sampai jumpa kilang Mamee. Haaa EnerZ tu sebelah kilang Mamee dan kilang Honda je hehe.



Dari rumah pukul 8.40am, sampai sana satu jam kemudian. Anak-anak ibu nak sangat melompat kan. Jom kita masuk dalam melompat sampai muntah! hehehe. Ibu pun tak sabar nak buat lompat bintang atas trampolin ngeeee :D




Apa-apa hal, kita register dulu. Nak main kat sini kena pakai stokin ye. WAJIB pakai stokin yang di atas ni saja. Kalau takda boleh beli dengan harga RM5. Yang ni ada pelapik getah di bawahnya, so bila melompat atau buat aktiviti tak la licin.

Apa dia EnerZ Indoor Extreme Park ni?

EnerZ adalah INDOOR EXTREME PARK dan gelanggang sukan yang berkeluasan 80,000 kaki persegi menyediakan ruang bagi aktiviti dan sukan untuk golongan kanak-kanak dan remaja dan sesiapa sahaja yang ingin kekal aktif. Taman dalam bangunan ini beroperasi sepenuhnya pada awal April 2015.

EnerZ Extreme Park adalah tempat yang sesuai untuk mengadakan hiburan korporat, hari keluarga, pelancaran produk dan acara untuk team-building.

Antara aktiviti yang hebat menanti anda! :
  • Trampolin
  • Dodge Ball
  • Free Jumps
  • Airbags
  • Foam Pits
  • TramRobics dan banyak lagi!




So, sebelum kami memulakan aktiviti wakil dari EnerZ memberikan taklimat ringkas kepada semua blogger dan keluarga mereka. Lupa dah nama brader ni, kami panggil coach je hehehe.



khusyuk dengar briefing mihmihmih :p


Di EnerZ, mereka menyediakan program khas untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan keatas yang dinamakan sebagai Children Edutainment Program. Education (pendidikan) + Entertainment (hiburan) digabungkan dalam aktiviti khusus untuk menjadikan kanak-kanak lebih seronok dan memupuk sifat yakin boleh dalam diri kanak-kanak.


Energizer (20 minit)

Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan. Di sinilah mereka akan mengenali satu sama lain serta pelantikan ketua untuk setiap kumpulan dibuat. Siap dengan lagu tema kumpulan lagi! hehe.




Lepas tu mereka buat senaman warm up sebelum melakukan aktiviti seterusnya.


 Team Building Games ( 35 minit)




Permainan pertama ... lari dalam guni! haha. Memang lejen permainan ni kan. Melalui program Edutainment, kanak-kanak bukan sahaja didedahkan kepada kepentingan kerja berpasukan tetapi semangat dan sorakan untuk rakan-rakan lain juga penting. 


Group Obstacle Course (35 minit)



Cabaran ...halangan pasti ada. Tak kira samada kanak-kanak atau dewasa, kita perlu menghadapinya. Tapi bagaimana? Melalui aktiviti ini, kanak-kanak belajar bagaimana untuk menangani masalah dan halangan serta tidak takut untuk berhadapan dengan cabaran. Ia juga memupuk semangat keberanian serta jangan berputus asa!  Go kakak! Go adik! ^^




Untuk aktiviti seterusnya, kanak-kanak diwajibkan pakai safety harness. Haaa inilah permainan yang dinanti-nantikan oleh kakak dan adik hehe. Dua benda diaorang tak sabar nak buat ...melompat dan memanjat! haha. Jom, kita gi manjat dulu ^^


Gut Builder ( 1 jam)



Kakak 'lesap' entah ke mana time ni hehe. Laju nau dia naik dah sampai ke atas sekali. Tak sempat nak amik gambar. Dapat yang adik punye je la. Serius giler muka Mira hehe .... takut ke ... fokus ke aku pun tak pasti! haha.

Apapun, aku taknak ngadap dia sangat ... aku tau dia agak panik sikit kat atas tu, tapi coach di situ sentiasa beri semangat dan dorongan untuk diaorang teruskan sampai habis. Buang rasa takut dan yakin kita boleh sampai hingga ke 'garisan' penamat! ^^




Yes dear ... you can do it! ^^




Jangan takut! Ibu yakin Mira boleh buat! ^^



 Tudiaaa kakak dah sampai atas ehehe ^^




Aktiviti untuk bloggers dan keluarga lain juga disediakan oleh penganjur pada hari tu. Berlompat sakan masing-masing! hehe. Kami diajar beberapa teknik melompat dan melantunkan badan oleh coach di situ. Memula tu memang takut sikit laaaa .... hehe tapi jatuh atas trampolin yang melantun ni takla sesakit jatuh atas lantai simen kan! so, kita layannnnnnnnkan aje la! hehehe ...

Siap ada video pulak lagi ....!




Hahahahaha ... habis rosak teknik aku melompat! Dah ...tengok sekali je! :p




Ada games untuk para bloggers, iaitu Slam Dunk Attack. Setiap pasukan kena buat balingan dan bola yang berjaya masuk dalam jaring tu akan dapat point. Point akan dikira dan yang tertinggi akan menang. Ofkos ada hadiah untuk pemenangnya hehe.

Yang ni aku tak biasa buat ... nak jaringkan bola atas darat pun payah nak masuk, inikan pulak ko kena melompat sambil jaringkan bola! haha. Tak caya? ....meh tengok aku lompat :p





Hahahaha ...lompatnye je lebih tapi bola ketegaq nak masuk lubang! haha. 
Eh, tapi aku sempat jugak jaringkan 5 biji sebelum tu tau ... cuma time ni je tak masuk! wakakaka :p




Last buat wall climbing 10 tahun lepas ...masa kursus BTN haha. Apakah lepas 10 tahun aku masih berdaya nak manjat dinding ni? 

Hati tu teringin nak panjat ...tambah tengok kak Ayu Rafikah pun bersemangat panjat ...takkan mak anak dua nak 'kalah' dengan mak anak enam kotttt! Nehi ... nehi muehehehe :p



Go go Hanim!



Time ni dah tak dengar apa dah orang cakap kat bawah tu. Fokus nak capai dari satu batu ke batu lain haha. Mujur ada stokin tu ... !




Yess! yessss! sikit lagi Nim ... haha. Tangan dah menggeletar, kaki dah kaku masa ni. Otak kata naik kaki ...naikkk! tapi dia takmo naik dah hahahaha. So sampai di situ je la aku dapat sampai pun hahaha :D




Nampak kepenatan di situ haha. Legaaaa dapat pijak tanah balik ... tapi puas hati! Bila lagi nak buat kalau bukan sekarang ...time badan masih sekeping lagi ni, baik kasi pulun habis wakakaka :p

Next, kami main Dodgeball! Pergghh ...best giler game ni baq hang! Seronok rupanya baling bola kat orang ye haha ...time ni la boleh nak release tension pun. Tapi bola tu lembut ...kena badan pun tak sakit hehe :)




Time ni team kami lawan team lain hehe. Dah macam dalam perang pulak semua orang dalam ni. Tak menahan orang yang pakai tudung ungu tu ... dok jerit kat orang depan suh ready ready, tapi orang depan dia buat pekak je! aiseyyyyyy .... haha :p




'Perang' Dodgeball bermula! Adik awal-lawal lagi dah tersingkir ... asyik kontrol cute je kat depan tu mau tak kena baling ngan bola hahahaha! :p

Yang kakak dok melompat dari awal sampai ke sudah! Orang suh amik bola baling kat team lawan, dia bantal melompat kat situ je .... hahaha asokar makan gaji buta ke ape ni! :p


video




Last game, kami main Dare You Jump? Main macam galah panjang, cabarannya sebab main atas trampolin hehe. Kena lepasi halangan penjaga garisan sehingga ke hujung sana untuk menang game ni. Kalau kena dengan tekniknya, boleh menang ni hehe.

Selain dari melakukan aktiviti di atas, setiap blogger turut diberikan tugasan sepanjang hari tu. Kalau nak tengok task yang macam mana, korang boleh terjah je Instagram @wanimira :)

Dah puas bermain, tibalah saat yang dinantikan oleh semua bloggers. Seseorang bakal membawa balik hadiah berupa iPad! Wowwww....! Dan pemenangnya adalah ......

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



v
v
v
v
v
v



Tahniah Lin! ^^



Cer cari yang mana satu aku?? 
Yang kecik macam 'Dora' berdiri sebelah kiri tu la aku hehe ... my mini 'me'! Time ni aku duduk dalam surau lagi hehehe.



Harga tiket masuk



TAWARAN MENARIK DARI ENERZ! 


Terima kasih pada semua bloggers dan keluarga mereka yang terlibat pada hari tu. Terima kasih Bro Framestone dan EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya atas jemputan ini. Alhamdulillah, kami sekeluarga seronok meluangkan masa bersama-sama dengan yang lain.




Gambar team kami! Sekali lagi .. aku takda time ni hehehe. 
Duk surau lagi ... mujur Mira ada wakilkan mihmihmih :p




Pada korang yang berhajat nak bawa anak-anak ke sini, EnerZ sangat mengalu-alukan kedatangan korang! Tengok je la kanak-kanak riang kat atas ni ... seronok tengok diaorang main lompat-lompat! hehe.

Oh ya, di sini juga turut disediakan kemudahan lokar untuk menyimpan barang. Selain tu, kemudahan surau dan tempat makan pun ada. So, ibubapa yang tak nak join boleh tunggu anak-anak diaorang di cafeteria kat tingkat atas sambil makan-makan hehe. Untuk ke surau, korang boleh ke laluan trampolin tu ..turun tangga dan surau kat tepi tu je. Atau just tanya je krew yang bertugas kat situ nanti diaorang akan bagitau. 

Seronok seronok juga .. kewajipan pada yang Maha Esa jangan dilupa! ^^


EnerZ turut menyediakan pakej untuk keluarga sekali. Untuk ketahui lebih lanjut tentang EnerZ, korang boleh terjah : 


Website : www.enerz.my  

Alamat :

Lot 791, Persiaran Subang Indah, 47500 Subang Jaya, Selangor



Pasaipa pulak adik posing macam duduk pengantin atas pelamin tu? 
hahahaha :p


Thank you EnerZ! ^^


* thank you yang kasi share gambar di atas hehe :)



You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. perghhhhkkk... kalau muja gi ni,,, bukan budak je main,, mak budak pun main sekali niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi laaaaa mak budak tak main sekali hahaha. Muja wajib try ni ... lagi senang nak melantun hehe :D

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM