Dah Sampai Masa ...

Monday, June 01, 2015


Assalamualaikum!




Tanggal 18hb, tamatlah sudah riwayatmu setelah menjejak 20 tahun usia. Inilah sebabnya aku terpaksa berulang alik ke kedai dobi layan diri selama lebih seminggu. Bau hangit seperti benda terbakar malam itu memang tak dijangka. Rupanya air mesin basuh sudah melimpahi lantai sehingga mencecah bahagian bawah mesin tu.

Aiseyyy ... nak kena beli baru nampak gaya ni. Baru plan tak nak tambah hutang huhu. Nak beli cash mau cecah ribu riban ...!




Benar Allah Maha Mendengar .... Maha Mengetahui rintihan dan doa hamba-hambaNya yang tak mahu tambah hutang.  Nak jadi rezeki juga ... akhirnya dapat juga gantikan dengan mesin basuh baru. Baru tak berapa nak baru jugak la .. hehe. Rezeki Pak Jelan gi nolong orang pindah rumah, tuan rumah bermurah hati berikan mesin basuhnya untuk kami guna.

Mesin 7kg brand Midea ... alhamdulillah. Condition tip top takda cacat cela. Murah rezeki tuan rumah tu. Kini kerja membasuh baju tidak lagi menjadi masalah bagiku hehe. Dan, tak perlu menapak lagi kat kedai dobi layan diri tu ...weeee! :D



You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. Rezeki...Alhamdulillah..kalau tidak menambah hutang lagi la jawab nya..kan??

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Baiknya hati tuan rumah tu! Seronok lah ya guna mesin basuh tu! Kikiki...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Niat baik kan.. Tak nak hutang... Alhamdulillah.. Dipermudahkan..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM