Thursday, May 28, 2015

# Story Kenit

Dalam Perjalanan ...


Assalamualaikum!


Probably dah sampai pun time ni rasanya. Waktu call mak tadi, katanya di Pedas/Linggi. Allahuakbar ... senangnya dalam hati mak datang KL arini. Walaupun hanya seketika mungkin ..tapi kedatangan mak abah dah lama aku nantikan.

Serius, mood aku kelaut hari ni. Dengan selsema dan bersin sejak malam tadi, gara-gara mengemas rumah sebab mak nak datang ... muehehehe. Gitu laaa ..mak nak datang baru terhegeh-hegeh nak kemas rumah kan huhu. Puas laki bini mengerjakan dapur dan depan bilik air semalam. Dua kawasan tu memang kritikal pun haha ... perlu sentuhan ajaib untuk kelihatan kemas dan teratur. 



Background kebun belakang umah - Perak


Hurmmm ... minggu ni last sekolah. Aku rasa nak ikut mak abah balik kampung. Takmo duduk KL, rasa nak 'lari' kejap dari hiruk pikuk ni semua. Nak temankan mak gi shopping raya. Nak buat kuih sesama ... nak tolong mak bersihkan reban ayam. Nak tebas serai abah depan umah. Nak bersihkan kebun abah.

Banyak benda aku boleh kat kampung. Banyak benda yang aku boleh tolong diaorang. Anak-anak boleh main kat depan rumah. Tak perlu risau orang jahat datang kacau. Petang-petang jalan kaki atau naik basikal round satu kampung! Ohh ... rindunya saat tu!

Hurmm ... sabar ye Nim, hari tu akan tiba juga nanti insyaAllah ...


2 comments:

  1. tulah seronoknya kat kampung yang takde kat bandar kan anim..akak pun tak sabar nak bercuti kat kampung..

    ReplyDelete
  2. wahhh anim ada plan nak tinggal duduk di kampung... kirim salam kat mak ayah yer... heee....

    ReplyDelete

Apa kata korang?