Guardian Beauty In Action @ Nu Sentral

Sunday, May 24, 2015


Assalamualaikum!


Dari pagi lagi dah sibuk! Bermula dengan Karnival Hari Guru di Dataran Petaling Jaya sempena sambutan hari guru peringkat daerah, kemudian bergegas pula ke KL Sentral untuk satu event kecantikan dan kesihatan di sana. Memang tergesa-gesa dibuatnya, memandangkan kita nak kejar masa. Tapi, mujur naik LRT, tak perlu menyesakkan diri dalam kesesakan lalulintas! Penat tekan clutch ngan minyak tau!




Acara yang dinanti-nantikan setiap tahun telah kembali! Bertempat di Level LG, Center Court, Nu Sentral, Guardian Malaysia peneraju farmasi, kesihatan dan peruncit kecantikan mengadakan #GuardianMakeover untuk menghargai wanita yang inginkan gaya hidup yang sihat dan aktif serta ingin kelihatan cantik walau dimana jua mereka berada.

Acara dua hari ini bermula semalam (23hb Mei) sehingga 24 Mei (hari ini) turut memperkasa wanita dengan tips dan alatan untuk kelihatan menarik dan sihat. Tips-tips mekap dari gaya musim panas kepada malam glam, kasual Ahad kepada makan malam romantik. Eh wait ..! ada lagi yang menarik kat event ni semalam. Nak tahu apa yang best menanti korang? Jom baca sampai habis! ^^

Walaupun ini merupakan pengalaman pertama aku menghadiri #GuardianMakeover yang telah memasuki tahun ke 8, ku akui sangat teruja dan nervous untuk dimakeupkan. Ini pun baru aku tahu acara ni ada servis makeup free hehe.




Pengarah Operasi Guardian Helath and Beauty Sdn Bhd, Ricky Soon berkata, "Sesungguhnya, wanita telah memainkan pelbagai peranan sejak di awal tamadun lagi. Dengan pemodenan dan globalisasi, mengimbangi pelbagai tugas adalah semakin jelas dan semakin mencabar.

Kami berpendapat bahara wanita dari pelbagai lapisan masyarakat boleh menjaga sendiri kecantikan dan kesihatan mereka walaupun mempunyai pelbagai peranan dan tugas serta jadual yang sibuk. Oleh itu, kami telah menyenaraikan bantuan dari pakai kesihatan dan kecantikan untuk berkongsi tips dengan wanita bagaiaman untuk kelihatan cantik walau dimana sahaja," tambahnya lagi.




Bersama team yang akan makeupkan kami dan korang selama dua hari ni. Makeup team dari MakeUp Puzzle dan hair team dari A Cut Above.




Antara jenama yang mengambil bahagian dalam acara #GuardianMakeover kali ini.




Disinilah kami dimakeupkan semalam hehe. Hari ni pun ada tau! So, jangan lupa datang hari kat Nu Sentral yek! ^^




Nak buat rambut di sini tempatnya. 




Terserlah kegembiraan di wajah rakan blogger, Jane Chua sebelum dimakeupkan. Terima kasih Jane sebab jemput kita join event ni ^^




Rakan blogger Shamiera juga ada! Dia tak perasan kot aku amik gambar ni ...fokus sangat tu! hehe




And me ... seminit sebelum sedia untuk dimakeupkan haha. 




Segala macam jenis bedak, celak, pemerah pipi dan berus ada kat atas meja ni! Pergh ...




Lepas makeup boleh buat rambut dengan A Cut Above



Terperasan kejap kerjaya sebagai model! hahaha :p


Dah siap makeup, boleh ambil gambar kat photo booth untuk diambil gambar sebagai kenang-kenangan. Tunggu 10 minit dan gambar siap untuk dibawa balik!





Antara produk-produk kecantikan dan kesihatan yang ada dijual di sini.




Kejadian semalam .... sambutan hebat dari pengunjung terutamanya kaum wanita yang ingin kelihatan cantik dan sihat! Memang panjang barisan, tapi mereka sanggup beratur dan menunggu dengan penuh sabar untuk dimakeupkan hehe.




So, kalau korang berada di sekitar Lembah Klang, jangan lupa singgah di Nu Sentral, Level LG Center Court pada 23 Mei dan 24 Mei 2015. Acara dua hari ini terbuka kepada umum dengan pembelian tiket RM10 untuk produk jenama yang mengambil bahagian.

Nak tahu jenama produk apa yang join #GuardianMakeover ni, boleh rujuk gambar kat atas tadi.

Perghh ..ohsem ni! Beli barang RM10 untuk produk yang participate #GuardianMakeover ni, then korang akan dapat peluang untuk dimakeupkan oleh MakeUp Puzzle dan buat rambut oleh A Cut Above. Kemudian, ada sesi fotografi profesional di mana korang boleh ambil gambar dan bawa balik sebagai kenang-kenangan. Dannnnnnnn .... sebelum balik jangan lupa dapatkan goodies bag di kaunter! 

Tudiaaaa ...! Dengan RM10 je korang dapat macam-macam. Jangan lupa datang hari ni tau! ^^




#GuardianMakeover


Tarikh : 23 – 24 Mei 2015
Lokasi : Level LG, Center Court, NU Sentral
Masa: 11am – 7pm
Harga tiket : RM10 
(dengan setiap pembelian produk jenama yang mengambil bahagian)


Jangan ketinggalan untuk merasai pengalaman ini bersama keluarga dan teman-teman. Bawa adik beradik, best friend ataupun isteri korang hari ni ke Nu Sentral. Belanja RM10 dan rasakan pengalaman Beauty In Action! ^^

Untuk maklumat lanjut tentang event #GuardianMakeover, korang boleh terjah :




You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. wah syoknya dpt dimake upkan.. kalu sy pn snggup beratur.. hehehe

    ReplyDelete
  2. alaaaa mn gmbr full akak hanim setelah dimakeover?

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM